Part 29. Tak Pernah Terlambat

29 0 0
                                    

Tentulah aku seronok dengan semua perkara baru itu, sudah namanya cuti memang sesuailah aku berhibur di sini. Jadi, apabila dia mengajak aku keluar malam untuk ke sebuah kelab sambil melihat persembahan pentas secara live aku begitu teruja untuk pergi bersamanya. Jiwa anak mudaku semakin memberontak sejak-sejak aku sampai di sini. Namanya pun baru 21 tahun, status innocent dalam diriku begitu tercabar kali ini. Kami seronok melihat orang muda menari, menyanyi dengan suara-suara Celine Belon dan Mariah Kari di kelab malam. Memang betul apa yang kudengar

selama ini, bangsa mereka memang pandai menyanyi, mempunyai bakat yang mendalam selain suara lunak yang didedahkan dengan

nyanyian dan muzik sejak dari kecil lagi.

Selepas berada dua jam di situ aku semakin terasa panas dan rimas dengan sorakan orang ramai yang semakin riuh, juga persembahan di pentas yang semakin garang dan berani. Dari yang sopan-sopan kepada yang dedah sikit-sikit di atas dan di bawah, namun masih comel kulihat. Tapi apabila keluar sebaris penari lelaki yang pendek-pendek tegap, dengan otot-otot dibetis, dipunggung dan dilengan mereka aku bertukar cemas, berpeluh dan tidak duduk diam seperti saja cacing kepanasan, apa lagi bila sampai sesi tampar-menampar punggung mereka yang montok berisi. Seperti mukaku pula yang ditampar sehinggakan aku menoleh ke tempat yang lain. Memang betul aku berjiwa muda dan masih senang terpengaruh dengan semua benda baru yang kulihat di hadapan mata.  Siapa yang pernah merasakannya tentu tahu apa yang aku maksudkan, sebab perasaan yang 'itu' sangat susah untuk aku perjelaskan di sini,. Mungkin Bobong juga menyedari rasa tidak selesaku berada di dalam kelab malam tersebut, lantas dia bertanya pada pelayan di situ..

"Sorry, kung ano ang club na ito?" Tanya Bobong kepada pelayan seksi yang seperti tertelan sebiji kurma dilehernya.

"Ahh, hindi mo alam?" Jawabnya, seperti suara Amy Search menjerit pitch tinggi.

"Ito ay gay club." Katanya lagi dan berlalu pergi membawa botol minuman kami yang sudah pun kosong.

Perjalanan Hidup Ku..Where stories live. Discover now