Awal pagi lagi aku turun mendapatkan bas pertama dari penampang ke kolejku, tujuanku ialah berjumpa dengan sir Suhaimi. Oleh kerana sms semalam aku tidak dapat tidur dengan niat yang dia selindungkan selama ini. Lelaki apakah itu yang main 'sorong tarik, sorong tarik papan', itu namanya pengecut. Bila ku tanya dengan jujur depan-depan dia, tidak betul diakui, dalam telefon bukan main lagi pengakuannya. Telefon bimbit motorola yang diberikan oleh abangku Ronnie yang sudah tidak digunakan lagi, yang adakalanya perlu di tampar-tampar dulu baterinya di belakang agar berfungsi dengan baik. Skrin pun kadang nampak kadang tidak. Tapi syukurlah, asal ada tempat perhubungan aku dengan keluarga, lebih-lebih lagi untuk aku dan Biya. Tapi mau tau saja satu malam aku cas baterinya, itupun tidak sampai ke petang sudah bunyi-bunyi minta di cas lagi.
Dari jauh aku sudah melihat Iskandar menyamping di kedai snooker di bawah kolej, awal pula budak ni hari ini. Macam tau-tau saja dia hatiku panas. Nafas ku sudah turun naik tidak teratur, langkahku juga tidak keruan jadinya.
"Stan.. uiii awal juga kau hari ini? Kenapakah?" Iskandar menyapa
apabila aku mula mendekati bangunan kolej itu.
"Kau diam." Marahku. Tidak memperdulikan dia dan terus saja menaiki anak tangga di situ.
"Stan.. Stan.. kenapa kau? Sabar kau bro.. tunggu dulu, Stannnnn." Suara Iskandar kedengaran begitu hampir dengan ku, belum sempat aku menoleh melihat dia, sudah ditariknya aku naik ke tingkat atas dan atasnya lagi di tempat letak kereta.
"Kau kenapa? Belum pernah aku nampak kau marah begini, cakap dulu.. kau kenapa? Dengan siapa kau marah ni?" Iskandar menahan kedua-dua bahuku dari hadapan. Segera aku menyeluk poket seluarku dan mengeluarkan telefon motorola ku yang sudah pun berselotep merah pada bahagian antenanya.
Walau macam mana pun.. sir tetap juga akan meluahkan pada si Biya. Sir mau dengar sendiri apa jawapannya, tapi sir pasti dia akan terima sir. Sebab kalau dibandingkan sir dengan kau tu.. mestilah sir lagi layak. Kau tu masih student, belum tentu pun lulus atau tidak peperiksaan sem akhir ni. Lagipun kamu dua berlainan agama. Mana mungkin boleh bersama. Lainlah kalau kau mau tukar agama mu? - Sir Suhaimi.
Sir, maaf kalau saya berkasar. Saya harap sir ndak masuk campur hubungan saya dengan Biya. Pasal agama, itu hal kami berdua.
Saya cuma minta sir janganlah kacau-kacau si Biya. - Chiwawa Stanley.
Saya mahu kau yang undur diri. Kau yang patut putuskan hubungan kau dengan dia. Kena sedar diri tu agama apa, jangan nanti bikin susah dia pula. Saya tidak mahu pula si Biya nanti terpengaruh dengan kau sebab selalu sama-sama kau. Jangan kau berani sentuh-sentuh dia, haram bagi agama kami untuk bersentuhan kalau belum kahwin. - Sir Suhaimi.
Sir, takan sir ndak sedar lagi kedudukan sir? Pun mau lagi dengan si Biya ni? Sir biar betul, bercakap macam sir mau betul kahwin dengan dia. - Chiwawa Stanley.
Kenapa.. kau ingat saya ndak boleh kahwin dia kah? Esok pun boleh bah kami nikah kalau dia ok. Umur pun sudah cukup matang juga dia tu. Bukan juga ada penghalang sangat kami ini. Saya boleh bagitau keluarga saya selepas kami nikah. Dalam agama saya tidak akan berdosa pun. Tapi kau tu yang saya takut. Awas kau kalau berani kau sentuh dia ah. - Sir Suhaimi.

YOU ARE READING
Perjalanan Hidup Ku..
General FictionMengetahui bagaimanakah seseorang itu mengenali panggilannya, serta menyahutnya.. Panggilan mengisahkan cerita benar kehidupan seorang pemuda yang menyahut panggilannya untuk menjadi paderi. Suka duka dan cabaran yang terpaksa dia lalui hanya untuk...