"Eley.." Panggilan manja untuk Stanley anak bongsunya dari seorang bapa yang sebenarnya tidak pun pernah memanjakan anak itu dan anak-anak yang lain juga.
"Ya pa." Stanley datang menghadap. Bapanya kelihatan lebih tenang dalam beberapa hari ini, tidak keluar minum atau pun ke hospital melawat ibunya. Pulang kerja pun lebih awal dari biasa dan menguruskan mereka adik-beradik. Ada sesuatu yang menggangu bapanya, perubahan drastik itu tentu tidak timbul begitu saja kalau bukan ada sebab-sebabnya.
"Stanley, kalau bapa sama mama kau bercerai, kau mau ikut siapa?" Cukup berhati-hati bapanya mengutarakan soalan bodoh yang tidak sepatutnya ditanyakan kepada anak kecil itu, benarlah orang tua ini betul-betul tidak menggunakan akalnya. Pertanyaan itu membuatkan akhlaknya begitu rendah sekali dimata orang lain sekiranya ada yang mengetahui. Apakah dia melihat anak sekecil Stanley yang hanya berusia 10, 11 tahun mampu memberikan jawapan mengikut kehendaknya?
"Kenapa bapa mau bercerai? Bapa tidak cinta mama lagi?" Soalan yang sama hebatnya dari si kecil Stanley. William seperti sudah pun ditembak tepat pada hatinya mendengar pertanyaan balas anak bongsunya yang langsung tidak diduga.
Dia yang tadinya mengharapkan jawapan boleh memihak pada dia dari Stanley, kini.., adakah dia juga mampu memberikan jawapan seperti yang di inginkan Stanley?
Perbualan itu hanya setakat di situ saja, dia masuk ke bilik dan entahlah apa yang difikirkannya. Begitu juga dengan Stanley yang terus juga masuk ke dalam bilik tidur yang dikongsi bersama abang-abangnya. Dia berlutut di tepi katil seperti di wayang gambar yang pernah dilihatnya selama ini. Itulah agaknya cara berdoa yang betul fikir dirinya sendiri. Dia mula bercakap dengan tuhan, yang sebenarnya lebih kepada melihat gambar poster David Beckham sebesar-besarnya berlekat di dinding.
"Tuhan, kau tolonglah aku pilih dengan siapa aku mesti ikut kalau bapa dan mama bercerai. Aku mahu kau bantu aku membuat pilihan yang susah ini. Amen." Pendek dan menepati maksud sebenar doa stanley itu.
"Stanley.. ," panggil bapanya satu hari,.
"Stanley.., nak. Kau mau jadi apa bila besar?" Tanya bapanya yang sedang menarik tali pancing yang dipegangnya, kalau-kalau ada yang memakan umpan yang dipasangnya tengahari itu.
"Err.. otromen (Ultramen) Pa." Serius dia menjawab, sambil-sambil bermain dengan cacing yang dijadikan umpan mereka pada hari itu.
"Eeeee..jangan kasi masuk tu dimulut." Tegur bapanya, melihat dia yang sudah pun menjolorkan lidah, mahu betul dirasa cacing yang masih lagi bergerak-gerak itu agaknya.
"Apa pun kau mau jadi bila besar nanti, bapa cuma mau kau pilih perkara yang buat kau gembira, yang kau suka." Sambung bapanya lagi, sambil-sambil melihat Stanley memasukan cacing-cacing itu ke dalam poket bajunya. Waktu itu Stanley baru berumur 7 tahun, dia
yang sekali-sekala mengikut bapanya keluar pergi memancing adalah
kenangan yang paling tidak dapat dilupakannya.
"Kalau begitu saya mau jadi 'Huk' (Hulk) lah Pa." Terang anak kecil
yang masih tidak begitu mengerti.
"Kau ini..sikijap Otromen, sikijap Huk. Apa yang kau suka sangat itu kartun itu?"
"Sebab diorang hero.. diorang tidak jahat, itulah banyak orang suka sama diorang. Kalau jahat.. manada orang suka kan? Jadi, kalau saya begitu nanti besar.. orang mesti suka saya, abis saya melawan raksasa jahat untuk selamatkan orang-orang."
Tersentak bapanya mendengar penjelasan anak bongsunya, ada sesuatu yang menyentuh hatinya. Anak-anak kecil seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakan mereka, membentuk peribadi dan juga sahsiah diri mereka. Bapa Stanley diam melayan fikirannya jauh ditengah-tengah laut yang terbentang luas di hadapannya, tidak pernah dia menyangka anak kecilnya boleh berfikiran seperti itu, dia melihat semua pergaduhan dan pertengkaran antara dia dan isteri serta anak-anaknya yang lebih besar dari Stanley. Dalam hatinya dia berdoa agar tuhan menjaga dan melindungi anak ini agar dia tidak sama sekali jadi seperti dirinya.
YOU ARE READING
Perjalanan Hidup Ku..
Genel KurguMengetahui bagaimanakah seseorang itu mengenali panggilannya, serta menyahutnya.. Panggilan mengisahkan cerita benar kehidupan seorang pemuda yang menyahut panggilannya untuk menjadi paderi. Suka duka dan cabaran yang terpaksa dia lalui hanya untuk...
