EPISOD 1 ;
Pada hari persekolahan , ada seorang pelajar baharu yang bernama Taeyeon yang berumur 17 tahun dan cikgunya meminta Tae Yeon
memperkenalkan dirinya .." Hi , nama saya Park Tae Yeon . saya tinggal di seoul . Saya hanya tinggal dengan nenek dan atok saya sahaja " kata Tae Yeon . Kemudian , Baekhyun bertanya soalan kepada Tae Yeon " Kenapa awak tinggal dengan nenek dan atok awak ? mana mak ayah awak ? " tanya baekhyun . " Mak dan Ayah saya telah meninggal dunia kerana kemalangan 2 tahun lalu dan sebab itu saya tinggal dengan nenek dan atok saya sahaja " kata Tae Yeon . Selepas itu , Cikgunya menyuruh Tae Yeon duduk di sebelah Baekhyun kerana di sebelah Baekhyun tidak mempunyai rakan . Taeyeon duduk dan berterima kasih kepada cikgunya .
Kring kring ~ ( menandakan bunyi lonceng untuk rehat )
" Baiklah , kamu semua boleh keluar sekarang " kata Cikgunya .
Semua pelajar berlari untuk ke kantin dan hanya tinggal Tae Yeon sahaja di kelas .
Selepas baekhyun pergi untuk ke kantin dia mencari cari duitnya " mana duit aku ? " baekhyun bertanya dalam hati . Selapas itu , baru dia teringat yang duitnya berada di dalam beg . Dia berlari ke kelasnya untuk mengambil duit dan ketika dia mengambil duitnya dia ternampak Tae Yeon seorang diri di dalam kelas . " Kenapa , awak tidak keluar rehat ? " tanya Baekhyun . " Saya tiada duit untuk membeli makanan " jawab Tae Yeon .
Baekhyun merasa sedih dengan Tae Yeon dan dia menghulurkan duitnya " nah ! ambil duit saya ni " kata Baekhyun dengan senyuman manisnya . " Eh , tak mengapalah Baekhyun , saya boleh makan balik ni " jawab Tae Yeon dengan rendah diri . " Nah ! ambik je lah duit ni ish awak ni " jawab baekhyun dengan geram .
Mereka keluar dari kelas dan ternampak seorang Gadis yang menyukai Baekhyun .
" ish , aku benci betul lah dengan pelajar baru tu " cakap seorang diri dengan perasaan marah . " Baekhyun , tu aku punya ! " kata gadis tersebut dengan perasaan geram .
Tae Yeon berjalan seorang diri dan gadis tersebut mula mendekati Tae Yeon .
" Hi Tae ! boleh saya bercakap dengan awak ? " tanya Gadis tersebut dengan lemah lembut . " Hi ! boleh je , kenapa ? " jawab Tae Yeon . " Awak dengan si Baekhyun tu kawan je kan ? " tanya Gadis tersebut . " Ya , dia hanya kawan " jawab taeyeon .
Baekhyun ternampak mereka berbual bual dan dia mula mendekati mereka .
" Hi Tae " tegur Baekhyun dengan senyuman . " Hi Baek ! " dengan senyum sinisnya . " Tae ! jom pergi kelas " kata Baek . " Eh ! jom , Let's go ! " dengan senang hati .
Gadis tersebut mula rasa marah dan geram .
" Aku kat sini , kau boleh abaikan aku ya Baek ! " marah si gadis tersebut . " Tak pe , harini , hari kau Tae Yeon " kata Gadis tersebut dengan perasaan yang marah .
BERSAMBUNG ...
YOU ARE READING
I'm sorry..
Non-FictionAda seorang gadis yang bernama Park Tae Yeon dia juga kehilangan ayah & ibunya kerana kemalangan 2 tahun lalu . Baekhyun mula menyukainya kerana sifat dia yang lemah lembut dan membuat baekhyun terjatuh hati kepadanya . Tetapi ada seorang gadis yang...