Episod 6 ;
Dalam fikiran Taeyeon hanya mengingati pesanan dari gadis tersebut sahaja . Tae mula rasa risau dan takut . Dia terpaksa jauhkan diri dia dari Baek .
" Mulai sekarang aku akan jauhkan diri daripada Baek , Aku akan buat dia benci dengan aku . " cakap Tae dalam hati .
Ketika di dalam Kelas . Baek mula pelik dengan Tae .
" Tae , kenapa dengan awak ni ? " tanya Baek kepada Tae . " Apa yang tak kena dengan aku ? " jawab Tae dengan nada yang kuat . " Kenapa dengan awak ni Tae ? dulu saya kenal awak bukan macam ni perangai awak . Mana sifat lemah lembut awak ? " Tanya Baek dengan riak mukanya yang pelik . " Ei suka hati aku lah , aku nak jadi baik ke jahat ke . Apa masalah kau ? " jawab Tae dengan kekerasan . " Saya nak Tae yang dulu . Ni bukan Tae yang saya kenal . Mana Park TaeYon yang saya kenal dulu ? " tanya Baek dengan nada suara yang sayu . " Mianhae Baek ! aku terpaksa buat macam ni untuk jauhkan diri daripada kau . Aku pun tak sanggup nak buat macam ni . Aku TERPAKSA Baek ! " cakap Tae dalam hatinya .
Baekhyun mula pelik dengan sifat Taeyeon yang sekarang . Dia mula mengesyaki sesuatu .
" Tadi sebelum dia keluar kelas untuk ke tandas , perangai dia tak sebegini . Tapi lepas dia balik dari tandas , perangai dia mula berubah . Mesti ada something yang tak kene dengan Tae ni " Baek mula berfikir .
Kring kring ~ ( Lonceng pertama menandakan waktu rehat )
" Okey ! kamu semua boleh keluar rehat sekarang . " cakap Cikgunya untuk anak2 muridnya .
Mereka semua berlari bagaikan Kambing baru terlepas daripada kandang ~ Mian , kalau salah mohon jangan kecam 🤗 ~ . Tetapi , macam biasa Taeyeon hanya duduk di dalam kelas kerana dia tiada duit belanja untuk membeli makanan . Ketika Taeyeon di dalam kelas keseorangan , Gadis tersebut ternampak Tae di dalam kelas dan mendekati Tae secara terkejut .
" Hey perempuan tak sedar diri ! kau tak keluar rehat ke ? HAHA ke takut terserempak dengan aku nanti ? " tanya Gadis tersebut dengan ketawa jahatnya . " Apa yang awak nak hah ? " jawab Taeyeon . Gadis tersebut pun menjawab " Macam yang aku pesan tadi kat dalam Tandas . Kau jangan dekatkan diri dari Baek , kalau takkk ... " . " Cukup lah ! awak boleh pergi sekarang " jawab Tae dengan riak mukanya yang sedih . " Dan jangan risau , saya takkan dekatkan diri dari Baek . " jawab Tae dengan nada suara yang sayu . Pada masa yang sama jugak , Baekhyun terdengar perbualan mereka . " Apeni ... , Awak nak jauhkan diri daripada saya ? sebab dia ? " menyampuk Baek dengan riak mukanya yang kecewa . Lalu Baekhyun terus pergi dengan menitiskan air matanya .
Baekhyun pergi ke padang untuk tenang kan fikiran nya dan menangis tersedu sedu . Taeyeon pun mencari Baek untuk meminta maaf dan rasa bersalah kepadanya .
" Baek ! di sini pun awak . Penat saya cari awak sana sini . " tegur Taeyeon . " Apa yang awak nak Tae ? " jawab Baek dengan suaranya yang tersedu sedu . Taeyeon pun duduk di sebelah Baek .
BERSAMBUNG...
NAK TAHU APA KESUDAHAN KISAH DI ANTARA BAEK & TAEYEON ? SILA LAH SUPPORT FF NI . TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 😘
YOU ARE READING
I'm sorry..
Non-FictionAda seorang gadis yang bernama Park Tae Yeon dia juga kehilangan ayah & ibunya kerana kemalangan 2 tahun lalu . Baekhyun mula menyukainya kerana sifat dia yang lemah lembut dan membuat baekhyun terjatuh hati kepadanya . Tetapi ada seorang gadis yang...