Gelap.Terasa di awangan.
'Di mana aku?'
Dia terbaring di suatu tempat yang tidak berdasar. Seperti di dalam lautan yang teramat dalam.
Terasa sejuk air menyentuh kulit.
Terasa kosong. Hanya jalur-jalur cahaya nipis kelihatan, terbias menampakkan ruangan kelabu yang mengelilinginya.
Tidak jauh darinya kelihatan satu susuk tubuh yang cukup dia kenali, yang dia rindukan.
'Zain!'
Dia menjerit, sambil cuba bangun berenang ke sana. Tangan Daria lambai-lambaikan ke arahnya.
Tidak semena-mena terasa air memenuhi hidung dan mulut Daria. Kelihatan buih-buih karbon dioksida terapung-apung ke atas.
Dia terasa sesak. Lemas. Lambaian tangan yang awal tadi mula bertukar menjadi gapaian, namun tiada apa yang boleh dicapai.
Dia panik. Makin kuat jeritannya dan makin banyak juga air yang masuk ke dalam mulutnya. Dia tenggelam makin laju ke bawah biarpun masih tidak dapat melihat dasar yang dalam itu.
Dadanya seakan mahu pecah. Daria berhenti melawan. Bayangan Zain makin jauh dan dia kini dikelilingi kegelapan. Hitam. Dia tewas.
.
Daria terjaga. Lenjun pipinya dibasahi air mata. Dasyat sungguh mimpi itu. Esak tangis yang masih berbaki, semakin kuat. Dia meraba-raba pergelangan tangan nya. Masih terasa parut panjang itu. Parut yang menjadi bukti Tuhan masih sayangkan Daria. Dan parut itu juga menjadi tanda bahawa Daria bukan lah Daria yang dulu lagi.
Dia mengeluh, lalu duduk bersandar pada katilnya. Daria menarik nafas sedalam-dalamnya. Merenung jauh ke depan melepasi dinding. Pokok bunga-bungaan yang cantik tersusun di rooftop garden bersebelahan bilik Daria pasti sedang kembang segar. Bertambah indah dengan singgahan si kupu-kupu yang bermain-main di atas kuntuman bunga. Dari jauh sinar matahari mula membanjiri ruang, membawa haba hangat.
8 pagi. Daria bangkit dan terus bersiap. Manis berbaju ungu muda dan berskirt panjang yang berwarna putih. Rambut hanya didandan ringkas dan wajahnya dihiasi dengan solekan tipis.
Walaupun papa telah menyediakan segala-galanya lebih daripada cukup, papa tidak membenarkan Daria duduk goyang kaki, berjoli dengan hartanya. Satu syarat papa untuk membolehkan Daria menikmati kemewahan ini iaitu Daria mestilah bekerja. Dan Daria memilih untuk membuka butik, memandangkan dia begitu gemarkan fesyen dan glamour. Mungkin Daria bernasib baik, ataupun mungkin dia memang berbakat dalam perniagaan, butiknya agak berjaya. Ramai pelanggan butik Daria terdiri dalam kalangan VVIP dan artis terkenal.
.
Butik D.AL milik Daria ialah sebuab bungalow dua tingkat yang telah diubah suai. Tingkat atas ialah ruangan pejabat dan ruangan brainstorming.
Manakala groundfloor adalah display hall yang menempatkan koleksi pakaian ekslusif butik tersebut. Di luar, taman indah mengelilingi bangunan. Rekaan oleh Darren Adam Lee, abang kepada Daria.
' Ah lama tak jumpa Darren. Miss him!'
Detik hati Daria. Dia mengingatkan diri sendiri supaya menalifon abangnya itu petang nanti. Darren kini berada di Negara Matahari Terbit, berkerjaya sebagai jurugambar di sana.
Kelihatan ketiga-tiga staff D.AL sudah memulakan tugasan harian masing-masing. Kesemua staff telah bekerja dengan Daria selama lebih daripada 3 tahun. Mereka ada sewaktu tragedi itu dan mereka cuba sedaya upaya untuk membantu Daria melupakannya. Mereka lah kawan, mereka lah keluarga."Good morning babe! "
Bella menyapa sambil tersenyum.
Daria hanya membalas sapaan dengan senyuman."Oh, ke not so good morning ni?Why so gloomy?"
Ada sedikit kerisauan dalam nada suara Bella. Bukan dia tak kenal Daria. Dulu Daria tak begini. Happy dan normal. Sejak peristiwa itu, Daria bagaikan hilang arah. Susah nak tengok senyumnya, apatah lagi gelak tawa.
"Another nightmare?"
Lemah anggukannya. Pernah Daria mengadu perihal mimpi itu. Dan setiap kali lah Bella akan memujuk.
"Babe, mimpi tu mainan tidur je. I know you can fight it"
Bella menggenggam tangan halus Daria. Bos merangkap kawannya itu masih belum pulih sepenuhnya.
"Malam ni ikut I keluar?"
Daria menggeleng.
"Babe, I don't have the mood lah. Next time okay?"
"NO. I tak kira. We all nak pergi karaoke malam ni and you WAJIB ikut."
Nampaknya Daria tidak dapat mengelak kali ini. Mungkin betul kata Bella. Dia dah terlalu lama patah hati. Dah tiba masanya dia cuba merawat rasa kecewa itu.
Anggukan Daria disambut dengan jeritan gembira Bella.
"Yeay finally you nak belanja I karaoke!"
"Eh wait, I thought I join your plan je. Bila pulak I mentioned I nak belanja you?"
Daria mencubit pipi Bella. Gadis itu hanya tersenyum nakal dan mengenyit mata. Cepat-cepat melarikan diri dari Daria.
"Chow!"
Mujurlah ada Bella. Ada juga yang boleh menghiburkan hatinya. Bolehlah dia melupakan sebentar kesedihan yang semakin lama semakin melemaskan.
Daria membuka aplikasi facebook pada komputer ribanya. Cuba mengalih perhatian dari memikirkan Zain tapi hampa. Tiada yang menarik.
"B-O-S-A-N"
Biadap kah komen begini pada artikel-artikel yang kurang bermutu ini?
Tamat bahagian satu.
YOU ARE READING
Second Soulmate
Teen FictionKerana yang pertama tak semestinya yang terbaik. Kadangkala kita perlu melepaskan kenangan lama, supaya memori baru dapat dicipta. Daria--seorang gadis yang hatinya dilukai oleh lelaki yang dianggap sebagai soulmatenya dan tidak percaya dia boleh me...