Bahagian Tujuh

1 1 0
                                        

Daria gundah.

Entah kenapa dia menerima pelawaan Khalil untuk berjumpa di cafe. Refleks.

'Oh no!'

Dah terlajak setuju, nak tak nak dia kena pergi esok. Senyum terukir di bibir Daria. Sebenarnya dia lega akhirnya esok mereka akhirnya akan berjumpa. Nak harapkan Khalil, memang sampai bila-bila pun mereka hanya online buddies.

Dengan Khalil, dia kena mulakan. Dengan Khalil, dia yang kena lead. Dia tahu Khalil malu. Atau mungkin takut.

Relaks.

Dari jauh sayup-sayup kedengaran bunyi hon kenderaan. Kuala Lumpur. Mana pernah tidur. Walaupun malam sudah agak lewat, hiruk pikuk bunyi manusia dan gelagat mereka masih memeriahkan suasana. Daria memerhatikan sahaja beberapa pasangan yang bergurau senda, mabuk dengan keseronokan. Baru keluar dari kelab malam, dan mungkin mahu ke kelab lain pula.

Hidup yang tiada kebergantungan. Bebas di awangan. Bukan gaya hidup yang asing bagi Daria. Namun belakangan ini dia sedikit demi sedikit rasa lemas. Tangan tergapai-gapai mencari tali pegangan yang boleh menjadi petunjuk arah.

Laju jari Daria scrolling the phone screen. Dia membaca chat history antara dia dan Khalil.
.
.
.
Khalil: Stress
.
Daria: *sigh
.
Khalil: Student stuff. Argh!
.
Daria: Aww. Anything I can help?
.
Khalil: Nak tengok muka you boleh?Nak sejukkan hati yang tengah panas ni.
.
Daria: Eh macam mana you tahu muka I boleh sejukkan hati you? Entah-entah bikin lagi panas je. Ahaks!
.
Khalil: *smiley
Khalil: I didn't know for sure. Tapi orang cakap angel's face boleh calm the storm.
.
Daria: Damn, you're good. Smooth as hell.
.
Laju Daria google gambar Fat Amy dari movie Pitch Perfect.

Found it!

Gambar Fat Amy yang paling buruk, comot dengan makanan menjadi pilihannya.

Send.
.
Daria: So, are you calm yet?You've seen your angel.
Daria: (Emoticon)LOL
.
Khalil hanya diam.
'Eh lama nya. Marah ke?'
Daria mula rasa menggelabah. Keterlaluan kah gurauan tu tadi?
.
Khalil: Calming as hell. See my profile pic
.
Lega. Mamat ni pandai bergurau. Gambar yang Daria hantar tadi telah dijadikan profile picturenya dengan caption 'Oh my angel!'
.
Daria: (emoticon)Facepalm
Daria: Sesiapa saja boleh jadi bidadari you?
.
Khalil: Of course! You tak tahu ke wanita tu bidadari dunia. Tapi I ada satu spot je untuk Princess kat hati I.
.
Khalil menghantar satu gambar. Itu gambar Daria di majlis pembukaan butik. Manis mengenakan dress biru.
.
Khalil: Sends you a link.
.
Daria terus menekan link yang diterima. Link ke lagu Elton John Princess.

Haven't you heard what's new?
There is a rumor going around that suddenly I've found you
Better believe it's true I got a feeling
This is for real and nobody else will do

You are my Princess
You make me smile
You make my life seem worthwhile
You are my Princess
You are the one
You make the sun shine on me
You're one fine lady
You're my Princess
You're my Princess

Haven't you heard them say I was a prisoner
Buried alive, now suddenly I've been freed?
But love is the sweetest way
Oh, I was lonely
And now you're the only lover that I'll ever need
.
Daria speechless. Hati berbunga-bunga. Rasa senang sekali. Sudah lama dia tak rasa begini.
.
Daria: First of all, mana you dapat gambar I?Stalker!
.
Khalil: And, second of all?
.
Daria: Thanks. Nice song.
Daria: (emoticon)Shyface
.
Khalil: Oklah Princess. Tidur lah. Nanti esok you blame I pulak kalau you tak cukup beauty sleep you tu.
.
Daria: Okay. Night-night Khalil the Knight.
Daria: (emoticon)Beating heart

Daria menghantar satu gambar selfie dirinya. Gambar yang menampakkan mata dan dahi, manakala hidung dan mulut ditutupi selimut.

Semoga malam mu menjadi lebih baik!
.
.
.
Daria senyum. Hatinya berdebar-debar menunggu esok. Rasa macam remaja yang baru nak kenal cinta monyet pula.

Second SoulmateTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang