Bahagian Lima

19 2 3
                                    

Sebulan.

Tak sangka sudah sebulan dia kenal Khalil. Saling bertukar-tukar message, usik- mengusik. Namun tak pernah bersua muka. Tengok gambar tu pernah lah. Pernah mereka bertanding muka siapa paling buruk lepas bangun tidur. Of course Khalil menang since Daria, to quote what Khalil said, macam Puteri.

Dia rasa selesa begitu. Selamat.

Mereka tak pernah menyentuh masa silam masing-masing. Tak pernah commit to each other tapi selama sebulan setiap hari bermessage hingga tertidur.

Jika berselisih bahu di tepi jalan, kenalkah Khalil pada Daria? Yang lebih penting, kenalkah Daria pada Khalil?

Daria tersenyum. Sesuatu yang dia selalu buat bila teringatkan Khalil. Dia mahu berterima kasih pada jejaka itu sebab menjadikan dia lebih ceria.

"Weh boss. Kenapa sengih macam kerang busuk aje ni?"

Bella menegur. Syerin dan Tom mengiyakan.

"Haha sorry, termengelamun. Apa you cakap tadi?"

Daria cuba mengalihkan topik.

"Wait wait, you jangan nak mengelak eh. Kami perasan semenjak dua menjak ni you dah lain. Sengih sorang-sorang. Mood pun selalu baik. Baik you cerita what is really going on"

Damn. Tajam juga si Tom ni. Daria tergelak kecil.

"I know there is someone named Khalil. But I didn't know whether he is " something" to you now. So you better spill the beans now!"

Bella pula menambah. Memang dia pernah ceritakan mengenai Khalil pada Bella. Tiga pasang mata memandang Daria tanpa berkelip. Dia mengeluh kecil. Terpaksa cerita apa yang mereka ni nak dengar. Kalau tak, sampai petang pun mereka takkan melepaskan Daria.

"Okay, I only tell you all to escape this interrogation. Haha! I kenal this one guy,since last month and we talk everyday. Talk online"

Tu saja.

"Rupa dia macam mana?"

"Boleh percaya ke?"

"Kami nak jumpa dia!"

Whoa whoa. Diorang nak jumpa Khalil?

"You guys, even I haven't met him yet!"

"You tunggu apa lagi. I tengok you dah macam gila bayang je. Dapat message si dia, tersengih-sengih. Kadang-kadang gelak sorang-sorang."

Well Syerin has a point. Tapi bersediakah dia nak menjadikan hubungan mereka real?
Bersediakah dia nak mengeluarkan hubungan mereka dari keselesaan dunia online?

"Okay okay. I akan kenalkan dia nanti. Tapi bagi I masa sikit lagi?"

Akhirnya jawapan Daria dapat memuaskan hati ketiga-tiga makhluk di depannya. Tapi tak bermakna mereka berhenti menyoalnya mengenai Khalil.

Daria mencari alasan untuk melarikan diri dari mereka bertiga. Bersendirian di dalam bilik pejabatnya lebih menenangkan. Kadang-kadang pening nak melayan karenah kepochi-kepochi kat luar tu.

Ting.

Email notification. You have 1 unread message.

Email dari Darren!

Harapnya email itu ada membawa khabar gembira. Yang dinanti-nantikan Daria.

Hey little sis!
Sorry been busy lately. My area was hit by bad earthquake. I'm okay though. Nanti I give you my new number when available.Anyway, I got involved in reconstruction and recovery for earthquake victims. People here are unbelievable. Semalam bangunan runtuh-runtuh tapi hari ni mereka dah get back to work as usual.

Happy birthday in advance! I can't make it to your birthday this year. But you make sure to throw an epic birthday bash okay.

Lots of love,
Darren

Tidak semena-mena kegembiraan Daria hari ini seperti direntap. Rasa sedih mula membanjiri hatinya. Selalunya Darren akan sentiasa balik untuk menyambut hari jadi Daria. Dan pada tahun ini dia tiada. Papa seperti biasa tidak akan pulang, tidak selepas hari jadinya yang ke-16.

The only day that I hope to be with my family.

Gugur juga air mata Daria. Tiba-tiba terasa keseorangan. Darren yang membesarkan dia. Hanya Darren yang dia ada. Apa guna majlis hari jadi besar-besaran tapi orang yang paling dia nak jumpa tiada di situ.

Papa? Entahlah. Dia dah lama rasa jauh dari papa. Sekadar bertanya khabar sekali sekala. Papa tahu kah apa yang berlaku pada Daria? Papa kisahkah?

Dia mengambil phone. Terasa mahu meluahkan. Nama Khalil meniti di bibir nya.

Second SoulmateWhere stories live. Discover now