Bosan.
Khalil sudah kehabisan idea untuk menyelesaikan assignment nya.
Buku-buku tebal yang tersusun di depan nya hanya dipandang dengan berat.'Haih..botak jugak aku baru boleh siapkan assignment Puan Aida'.
Khalil menggeliat. Mungkin masa untuk take five. Dia bangun mundar-mandir didepan meja studynya itu. Tangannya laju mencapai smartphone diatas meja.
Applilasi facebook menjadi sasaran Khalil. Jarinya laju menyetuh skrin telefon, ke atas dan ke bawah. Beberapa page terkenal dibuka.Banyak gossip kosong sahaja.
Anak mata Khalil tertarik pada satu komen di page tersebut.
'B-O-S-A-N' tulisnya.
Dan di artikel sebelumnya juga Khalil perasan ada komen yang sama dari empunya akaun yang sama.
'Ada jugak orang yang lagi bosan dari aku.'
Hatinya terdetik untuk melihat profile gadis itu. Namun hampa. Tiada apa-apa yang menarik. Malah post terakhir adalah pada 2 bulan lepas.
Daria Adam Lee
Khalil kembali ke artikel gossip tadi. Jarinya laju menaip komen.
'Kan?'
Seminit kemudian gadis tersebut membalas emoticon 'Sweat'.
Khalil tergelak kecil. Entah kenapa dia terasa mahu mendekati gadis ini. Laju jarinya menekan button 'Message'.
Khalil : Emoticon (rolling eyes)
.
.
5 minit. Tiada balasan.Ah mungkin gadis itu tidak suka diganggu.
Sedikit hampa tapi dalam hatinya
'#brocuba'Dengan berat hati Khalil menyambung kembali kerjanya yang tergendala tadi. Cukuplah rehat sekejap.
Malam tu Khalil hanya mengisi perut dengan mi segera. Minggu ni agak kelam kabut. Banyak assigments dan kuiz yang perlu diselesaikan. Ini bermaksud lebih sedikit masa yang dapat dihabiskan untuk kerja sambilan nya. Jadi terpaksa lah berjimat cermat.
Dia bukan lahir dalam keluarga yang lengkap, yang sempurna. Membesar di rumah anak-anak yatim, dia tidak pernah mengenali siapa ibu bapa nya. Sepanjang hidupnya, fokus Khalil cuma satu. Untuk survive. Untuk hidup tanpa perlu menyusahkan sesiapa. Dia tak pernah menyalahkan sesiapa atas nasib yang menimpanya. Biarlah dia yang mengubah takdirnya sendiri.
Beberapa minggu lagi peperiksaan akhir semesta. Masa dan tenaga Khalil banyak dihabiskan untuk memastikan dia dapat menamatkan pelajaran di universiti. Jika dia mempunyai ibu bapa, pasti mereka mahu dia berjaya menggenggam segulung ijazah. Tiada salahnya jika dia mahu membanggakan kedua orang tuanya walaupun mereka tiada di sisinya.
Khalil tekun menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki. Dia hanya ditemani suara DJ radio yang berceloteh. Sekali-sekala dia menguap. Mata sudah mulai berat namun dia cuba melawan.
Smartphone Khalil bergetar. Ada message yang masuk.
.
Daria: Emoticon (straightface)
.Entah kenapa hati Khalil gembira mendapat message itu. Senyum terukir di bibirnya. Mahu segera dibalas message itu tapi bimbang pula nampak dirinya seperti tertunggu-tunggu.
"Tapi memang aku tertunggu-tunggu pun dia balas. Ah biarlah"
.
.
Khalil: Emoticon (Smile)
Khalil: Emoticon (Handshake)
Khalil: Khalil
.
Daria: Daria
.
Khalil: I know
.
Daria: Stalker!
.
Khalil: Hey forgive me if I want to know who is this girl that get bored so easily
.
Daria: Not so easy. Been scrolling since morning and the most important news on my timeline is some artist's cat got 1 million follower on instagram
.
Khalil: Emoticon (LOL)
Khalil: Berita penting tu. What if cats from other countries read that news? Mengharumkan nama negara kot
.
Daria: Emoticon (LOL)
Daria: Funny guy
.
Khalil: Nah. Not that funny. You yang mudah terhibur
.
Daria: Haha maybe?
.
Khalil: Anyway, up late?Reading cat news ke?
.
Daria: Trouble sleeping. You?
.
Khalil: Assignments
.
Daria: Eh? Don't look much like a student
.
Khalil: Usya gambar-gambar I ke?
Khalil: Emoticon (Wink)
.
Daria: Damn. KantoiKhalil tertawa kecil. Entah kenapa terasa begitu serasi dengan gadis ini. Bagaikan dah lama kenal.
.
Daria: Khalil?GTG. Talk to you later?
.
Khalil: Okay. Nice talking to you
.
.
.Ah. Kecewa bila sudah tidak berbalas. Status Daria sudah bertukar offline. Agaknya dia ke mana? Tidurkah? Katanya tak boleh tidur tadi. Keluar?Jam menunjukkan sudah pukul 12.30 malam. Dia keluar ke mana? Dengan siapa?
"Eh apa kena dengan aku ni?Yang aku kesah sangat tu kenapa?"
Khalil membuka profile facebook Daria sekali lagi. Melihat gambar-gambarnya. Nampak seperti orang-orang berada, mewah. Tapi mengapa senyumnya seperti hambar?Mata gadis itu seperti menyimpan kesedihan.
Rasa mahu mengenali Daria dengan lebih mendalam membuak-buak.
"Tak salah kan memulakan ikatan persahabatan?"
Seperti ada magnet yang menarik-narik Khalil mendekati Daria. Mungkin dia hanya memerlukan seorang teman bergurau ketika ini, atau mungkin juga dia hanya mahu goofing around. Tapi di sudut hatinya dia akui dia terasa sesuatu.
"It just felt so right"
Sebelum tidur Khalil menghantar satu video seekor kucing nakal kepada Daria. Lucu menonton karenah haiwan berkaki empat itu. Mungkin Daria akan menonton video itu keesokan paginya.
"Hope this will make your day!"
Ikhlas caption Khalil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Second Soulmate
Novela JuvenilKerana yang pertama tak semestinya yang terbaik. Kadangkala kita perlu melepaskan kenangan lama, supaya memori baru dapat dicipta. Daria--seorang gadis yang hatinya dilukai oleh lelaki yang dianggap sebagai soulmatenya dan tidak percaya dia boleh me...