Seperti biasa Khalil menjadi orang pertama yang tiba di cafe. Dia memulakan kerja rutinnya. Tetapi semuanya serba tak kena. Dia tak keruan. Sekejap pegang penyapu, sekejap pegang mop. Tapi tak satu pun kerja beres.
Zack dari tadi hanya memerhatikan sahabat nya Khalil.
' Dah kenapa mamat ni hari ni?'
"Bro OK ke?"
Dia menegur sambil menepuk bahu Khalil. Bukan apa, kalau dibiarkan sampai petang cafe tak boleh buka.
"Arghh. Serabut. Aku nak jumpa orang kejap lagi. Nervous. Hehe."
"Awek?"
Melihat Khalil yang tersenyum macam merang busuk tu, Zack dah boleh agak. Kes first time baru nak jumpa awek.
"Haha. Dah bagi mop tu kat aku. Kau pergi setelkan table. Nanti berpeluh busuk nak jumpa awek."
Laju mop bertukar tangan. Dua sekawan segera menyelesaikan tasks masing-masing. Tak sampai 30minit, pintu cafe dibuka untuk pelanggan.
Jam 11 pagi.
Seorang gadis kecil molek tercegat di depan pintu cafe. Dengan bersweater shirt hitam, skirt linen putih, sneakers putih dan sling bag kuning. Rambut disanggul loose sahaja dan sepasang shades menutupi matanya.
Dub dab dub dab dub dab dub dab.
Khalil mendengar dengupan jantung nya sendiri, seakan-akan dipasang speaker. Ya dia kenal gadis kecil molek itu. Yang ditunggu-tunggu dari awal pagi td.
Cuba berlagak cool, dia keluar. Mahu memanggil Daria.
"You, buat apa tercegat kat situ?Jom lah masuk."
Dia tersenyum apabila melihat Khalil.
'Ah manisnya. Ada lesung pipit pulak tu kat pipi.'
"Hi. Jom masuk!"
Khalil memilih meja paling hujung, agak tersorok sedikit. Mahu privasi fikirnya.
"Have a seat. Bagi I 10 minit. I bawakkan you minuman."
'Dia senyum lagi. Alahai cair hati abang!'
Khalil ke kitchen.
"Boss one strawberry milkshake and one strawberry shortcake, extra strawberry,"
"Siapa itu?Girlfriend kamu kah?"
Boss Khalil menyibuk pula. Padan lah hari ini nampak menggelabah, fikirnya.
"She is a girl, she is my friend,"
Jawapan selamat. Ah tapi sebab dia sendiri belum tahu status hubungan mereka. Tak nak lah bertepuk sebelah tangan.
"Confirm,Madam. Awek Khalil ni. Hehe. Nah pergi bagi awek kau minum dan makan kek ni"
Zack mencelah. Dengan strawberry milkshake dan strawberry shortcake ditangannya.
Khalil hanya mengenyit mata dan berlalu keluar.
Dia tahu Daria memang suka strawberry. Mesti dia happy tengok apa yang Khalil akan hidangkan ni.
"Sorry lambat. Nah for you."
"I belum order anything lagi. Macam mana you tahu I nak apa?"
"Oh sorry.I thought you would love this strawberry milkshake and strawberry shortcake. Nevermind, I bawa masuk semula. You nak apa?"
Khalil acah-acah merajuk.
Daria tersenyum lagi.
Dub dab dub dab dub dab dub dab.
Jantung Khalil makin laju berdegup.
Lemah. Dia lemah melihat senyuman Daria!
Lemah selemah lemahnya.Crap! Daria tak boleh tahu dia lemah dengan senyuman itu. Habis lah.
"No it's okay. I'll have whatever you brought me."
"Sure?"
Daria mengangguk. Dia menarik kerusi di sebelahnya dan memberi isyarat supaya Khalil duduk.
"So..you dari mana ni?"
Sekadar berbasa basi. Mencari topik untuk berbicara dengan Daria.
"Dari rumah. I nak gi butik kejap lagi. Eh sedaplah cake ni. You nak tak?"
Belum sempat Khalil menjawab, Daria terlebih dahulu menyuakan kek ke mulut Khalil.
Dub dab dub dab dub dab dub dab dub dab.
Pertama kali dalam hidup Khalil, makan disuapkan gadis. Telinganya panas. Pipinya merah. Dan Daria hanya ketawa.
"It's good kan!"
Khalil mengangguk.
Bermacam-macam topik mereka bualkan. Daripada masalah akademik Khalil sehinggalah perkara remeh temeh seperti bilangan beg tangan yang dimiliki Daria.
"Everyone of them has different roles in my life okay!"
Daria mempertahankan kegilaannya terhadap bermacam-macam jenis beg tangan.
'Errhh, perempuan!' Fikir Khalil.
Sekali-sekala Daria menyuapkan kek ke mulut Khalil. Gelak ketawa mereka menarik perhatian para staff cafe.
Zack mahu memanggil Khalil supaya menyambung kerja-kerjanya tapi ditegah oleh Madam.
"Biarlah. Bukan selalu Khalil bawa kawan. Nanti kita minta dia ganti shift lain,"katanya.
Asyik berbual dan bergurau senda, mereka diganggu dengan panggilan telefon yang diterima Daria.
Zain is calling......
Khalil ternampak paparan nama itu di skrin handphone Daria.
" Tak apa. I call balik nanti. Well dah pukul 2 petang!I kena balik ke butik. Nanti bising assistant I"
"Tak pernah I jumpa boss takut dengan assistant. Hahaha"
Daria mencubit peha Khalil. Cubit manja.
"Jom temankan I ke kereta?"
Khalil hanya mengiyakan sambil bangun. Terasa sekejap masa dihabiskan dengan Daria. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia habiskan masa seharian, melayan karenah Daria.
"Khalil, text me later okay?" Sempat Daria mengingatkan Khalil sebelum berlalu pergi dengan VW Beetle birunya.
Comel.
Khalil tersengih-sengih masuk ke kitchen. Zack mencuit.
"Amboi Romeo. Dating tak ingat dunia!"
"Hehe. Maafkan hamba. Kau gi lah rehat. Aku sambung. Customer meja berapa ni?"
Khalil meneruskan hari dengan penuh bersemangat. Gembira. Hari ini moodnya baik.
Thanks Princess!

ANDA SEDANG MEMBACA
Second Soulmate
Teen FictionKerana yang pertama tak semestinya yang terbaik. Kadangkala kita perlu melepaskan kenangan lama, supaya memori baru dapat dicipta. Daria--seorang gadis yang hatinya dilukai oleh lelaki yang dianggap sebagai soulmatenya dan tidak percaya dia boleh me...