Hujung minggu bukanlah masa untuk Khalil berehat. Masanya diisi dengan kerja-kerja part time, mencari sedikit duit poket.
Seawal 7 pagi dia sudah di cafe mengemop lantai dan mengelap meja. Selesai di luar, dia bersihkan kitchen pula, walaupun tidak kotor pun sebenarnya. Longkang disekeliling cafe dipastikan tiada sampah ataupun daun-daun kering. Pokok-pokok bunga disiram. Mana yang perlu trimming, digunting bagi rapi.
"Shift you habis pukul berapa hari ini?"
Lydia, pemilik cafe DHouse itu bertanya.
"Tengah hari Madam. Pukul 1"
Lydia, lebih dikenali sebagai Madam dalam kalangan pekerja-pekerjanya sangat suka bila Khalil ada. Khalil antara pekerjanya yang paling rajin dan jujur. Sebab itu lah Madam tak kisah berkompromi dalam hal-hal jadual kerja Khalil. Dia faham Khalil masih belajar. Sudah hampir 10 bulan Khalil kerja part time di situ. Madam berkira-kira mahu menawarkan jawatan tetap kepada Khalil, mungkin sebagai Assistant Manager tapi belum disuarakan lagi.
"Ada job kah petang ini?"
Ya. Selepas habis kerja di cafe, Khalil akan pusing-pusing di kawasan perumahan dengan keretanya mencari job memotong rumput. Banner di pasang di sisi kereta, kad-kad di edarkan, memberitahu jika sesiapa mahu khidmat memotong rumput, boleh hubungi Khalil. Selalunya gaji RM1200 daripada kerja part time di cafe Khalil akan gunakan 900 untuk selesaikan sewa rumah, ansuran kereta, barang rumah dan bil-bil. Manakala 300 memang dia akan simpan. Dan perbelanjaan lain akan ditanggung oleh hasil Khalil memotong rumput. 250 yang dia gunakan untuk membeli alat memotong rumput tu dulu, was the best 250 he ever spent! Memang berbaloi.
"Ada Madam, tapi dekat area sini juga. Kenapa?"
Lydia tersenyum.
"Bagus. Boleh datang rumah saya pukul 6 petang?Nak minta you potong rumput dan bersihkan sekitar rumah. Suami saya ada petang nanti."
Wah. Job lagi. Rezeki!
"Baik Madam. Nanti saya datang"
Hari ni ada 3 job, esok 2. Isnin kelas tak banyak jadi dia setuju untuk buat 1 job.
Boleh lah. Untuk survive dah lebih dari cukup.
Khalil meneruskan kerja-kerja seperti biasa.
Serve customer, clearkan table. Bagi dia, buat kerja biar bersungguh-sungguh, walaupun seremeh mana kerja tu.Pukul 1 Khalil bersiap-siap nak keluar. Semua task sudah di handover bagi budak petang.
"Morning shift sebelum balik jangan lupa ambil lunch masing-masing. Madam belanja hari ni."
Dwan, rakan sekerja Khalil berteriak. 4 orang pekerja shift pagi tersenyum kegirangan. Murah rezeki hari ni. Khalil mengambil bungkusan yang telah disediakan. Ada spagetti, garlic bread dan sup ayam berkrim. Cukup bagi kenyang sampai malam.
Khalil balik. Rehat-rehat sekejap. Mungkin kalau sempat lelapkan mata sekejap. Pukul 4.30 petang dia dah siap nak memulakan kerja-kerja memesin rumput.
Dia selesai di rumah ke-3 lebih kurang pukul 6. Cepat-cepat dia ke rumah Madam Lydia.
Rumah Madam Lydia hanya selang beberapa rumah dari situ. Suami Madam sudah menunggu dia.
"Hah Khalil. Baru mau call you. Mari masuk"
"Maaf tuan. Tadi saya kat rumah Mr.Amdan. Baru selesai"
Khalil mengikut Tuan Lim ke dalam kawasan rumahnya. Luas. Tapi sedikit tidak terurus. Mungkin sebab itu khidmat Khalil diperlukan.
"Tolong kasi clear lalang-lalang ni. Lepas itu pasu-pasu kosong ni alihkan ke belakang.Dulu I buat sendiri semua,tapi sakit pinggang teruk kebelakangan ni"
Khalil hanya mengangguk-angguk dengan cerita Tuan Lim. Memang dia nampak seperti orang yang rajin. Tahu buat kerja-kerja begitu.
"Saya mula sebelah sini dahulu ya Tuan Lim,"
Dia meminta izin untuk mula bekerja. Cepat mula, cepat lah habis.
Satu jam Khalil habiskan masa untuk menyelesaikan tugas yang diarahkan Tuan Lim tadi. Setelah berpuas hati dia ke depan semula untuk memaklumkan majikannya itu. Hari pun sudah beransur gelap. Rasa penat mula menyengat-nyengat belikatnya.
Tuan Lim memberi upah 200 kepada Khalil. Hari ini hari bersedekah katanya. Ditambah dengan upah dari kerja terdahulu, total 400 berjaya dikumpul hari ini.
Wah, lumayan! Hati kecil Khalil bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah hari ini.
Khalil balik dengan hati yang berbunga-bunga. Ada duit, hati senang.Setelah membersihkan badan dia terbaring di atas katil. Handphone nya ditatap.
Kenapa Daria tidak membalas video message nya semalam?Tak kelakarkah?
.
.
Khalil : Knock knock!
.
Daria : Knock knock knock knock!
.
Khalil : I see my cat video did not make your day?
.
Daria : Haha chill! I tak report back kat you je tapi video tu memang kelakar. I see you offline all day tu yang I tak kacau.
.
Eh? Lah lupa pula dari pagi tak on data phone. Khalil menggaru kepala. Padan la tak dapat message Daria
.
Khalil : Sorry lupa I tak online seharian. Btw hari ni rezeki I murah. Haha mungkin nasib I makin baik lepas berkenalan dengan you!
.
Daria : I memang selalu bawa goodluck pun. Kalau I charged setiap orang yang dapat goodluck lepas kenal I, dah jadi jutawan dah kot sekarang
.
.
Kemesraan mereka datang tanpa dipaksa-paksa. Mereka berborak mengenai macam-macam perkara. Khalil bercerita mengenai minatnya mahu mengembara ke negara Mat Saleh, Daria pula mengadu mengenai selera makannya yang susah dipenuhi.Kadang-kadang usikan Khalil membuatkan Daria ketawa dan gelagat comel Daria menghiburkan hati Khalil.
Khalil tertidur sambil memeluk smartphone malam itu!
YOU ARE READING
Second Soulmate
Teen FictionKerana yang pertama tak semestinya yang terbaik. Kadangkala kita perlu melepaskan kenangan lama, supaya memori baru dapat dicipta. Daria--seorang gadis yang hatinya dilukai oleh lelaki yang dianggap sebagai soulmatenya dan tidak percaya dia boleh me...