Bahagian Tiga

15 2 0
                                        

Bunyi hon kereta Daria mengejutkan Bella. Bella berjaya memujuk Daria untuk mengikutnya ke parti di Club On the Dot.

"She needs to meet new guy. She needs to be around people"

Itu yang difikirkan Bella.

Sepanjang perjalanan Daria hanya diam. Mengelamun jauh.

"Khalil"

Menarik cara perkenalan dia dan Khalil. Pada mulanya dia mahu ignore saja Khalil, tapi...

Tapi ada sesuatu pada Khalil yang membuatkan Daria terasa dekat dengan nya.

"Tak salah kan kalau nak berkawan?"

"Babe, kenapa sengih sorang-sorang ni?"
Daria seperti kerang busuk dari tadi tersengih teringatkan Khalil. Tak sangka Bella perasan

"I met this boy just now..."

"Whaatttttttt what what?Where?Siapa dia?"

Belom sempat Daria habis bercerita Bella seperti diserang histeria keterujaan.

"Bella! Calm. Its just an online thingy. He is cute though. Haha"

"Online? OMG you kena cerita semua because I'm totally lost here. What's his name? Where he live?"

"Sabar okay babe?I baru exchange messages dengan dia like 3-4 lines je. Mana lah I tahu rumah dia kat mana"

20 minit perjalanan terasa seperti hanya 5 minit. Akhirnya mereka tiba di Club On the Dot.

Sesak dengan manusia yang cuba mencari hiburan. Pekak telinga dek bunyi muzik yang berdentum-dentum. Daria tidak pernah gemar dengan gaya hidup begini tapi adakah pilihan lain buatnya?

Mereka berdua duduk di booth yang kosong di sudut bilik itu. Bella merengek-rengek mengajak Daria menari bersamanya. Dance your sorrowness away, katanya. Tapi Daria hanya selesa duduk di situ, melihat gelagat manusia terkinja-kinja mengikut rentak muzik.

"Okay. Don't go anywhere yea?" pesan Bella sebelum menghilang ke dalam lautan manusia.

Daria memerhatikan gelagat manusia-manusia di sekelilingnya. Muka mereka kelihatan tersenyum. Riak mereka seperti terlalu nikmat berada di situ.

Dia hanya tersenyum kecil. Beberapa pemuda cuba menegur Daria. Nak belanja minum lah. Nak ajak menari lah. Tapi dia menolak. Not tonight.

Tiba-tiba matanya terhenti pada satu susuk tubuh bertentangan dengannya. Tiba-tiba hati Daria berdegup laju. Peluh dingin mula terbit dari dahi nya. Betulkah apa yang dia lihat ini?

Setelah yakin mata mereka bertentangan, susuk tubuh tadi bangun dan berjalan ke arah Daria. Daria bangun, mahu melarikan diri tapi sudah terlambat.

"Daria, wait! I just want to say hi"
.
.
"It's been a year. How are you?"

Daria masih membatu di situ. Cuba memproses apa yang sedang berlaku. Kenapa dalam banyak-banyak tempat, dia terjumpa dengan Zain di sini?

Terasa kering tekak Daria. Dia kehabisan kata-kata. Wajahnya kering dari senyuman. Lalu dia terus berpaling, mahu melangkah pergi dari Zain. Parut di lengan nya berdenyut-denyut. Parut itu akan sentiasa mengingatkan dia apa yang dia terpaksa lalui, kerana Zain.

"Zain!"

Bella muncul tiba-tiba. Raut wajahnya gusar sedikit. Mata Bella cuba membaca reaksi Daria. Seperti jangkaannya, Daria seperti bom jangka yang hampir meletup. Rasa bersalah pula. Jika bukan kerana dia yang berkeras mahu membawa Daria ke sini, tentu mereka tak akan terjumpa Zain.

Daria menarik tangan Bella untuk keluar dari situ. Tiada bantahan. Mereka cepat-cepat ke kereta.

Daria tidak dapat menahan air matanya lagi. Dia menangis teresak-esak di bahu Bella.

"Babe I'm so sorry. I tak sangka kita akan jumpa dia kat sini. Seriously if I knew, I takkan datang sini"

Esakan Daria sudah mula mengendur. Dia tahu bukan salah Bella. Dan dia tak tahu air mata ini untuk apa sebenarnya. Adakah dia rindukan Zain? Tak. Adakah dia bencikan Zain? Mungkin sedikit. Tapi adakah berbaloi dia menangis begini demi Zain? Sudah semestinya tak!

Daria mengesat air matanya. Dia tidak boleh lemah lagi. Cukuplah.

"Babe, jom balik?"

Dia memandang Bella yang kelihatan masih terkejut. Daria tahu Bella hanya mahu dia bergembira malam ini, jauh sekali mahu sengaja menemukan dia dan Zain.

Tiba-tiba smartphone Daria bergetar.

Messanger: You have 1 new message from Khalil.

Khalil: Hope this will make your day!

Bibir Daria mengukirkan senyuman. Yes. This really has made my day!

Second SoulmateTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang