*Heart to heart 11*
Sinaran cahaya matahari sedikit menganggu lena aku. Silau.
Aku bangun dari katil untuk duduk. Aku mimpi ke semalam. Bila aku tengok keadaan bilik ni. Memang bilik aku.
Haish. Pelik pelik je mimpi aku. Haihh boleh buat aku mati kalau mimpi Tu jadi kenyataan. Tapi aku tau jungkook bukan orang mcam tu.
Pintu bilik aku dibuka menandakan ada orang masuk. Ya bibik aku. Aku tak anggap dia mcam bibik pun. Dia nilah yang jaga makan minum aku. Dia juga yang bagi kasih sayang dia lebih dekat aku. Omma dengan appa tinggal kat jepun nak handle syarikat baru kat sana. Dari aku kecil lagi dorang sibuk bekerja. Huh sampaikan aku pun dorang lupa kadang kadang. Tapi aku tau dorg kerja untuk aku juga. So aku hargai titik peluh omma dgn appa.
"Nih yura sarapan. Semalam yura pingsan risau bibik tau.. Nasibla ada yang jumpa yura. Kalau tak, tak tau apa jadi"
kata katanya diakhiri dengan keluhan berat. Nampak dia risau. Tapi aku pingsan?. Ha?
"Pingsan??. Habistu siapa yang hantar yura balik? " jangan la kata mimpi tu sebenarnya kenyataan. Andwae!!..
"Bibik pun tak kenal. Tapi dia kata nama dia mark. Kawan yura katanya. Kenal tak? " blasnya sambil meletakkan sarapan Di meja sebelah katil aku. Oh tak lupa susu dutch lady untuk budak yang berumur 2-6 tahun. Yeah susu tu mng sedap. Walaupun bibik aku selalu marah sbb nak susu tu, tapi apa aku kesah. Duit appa aku. Ngehh 😁
"Tapi. Macam mna dia tahu yura tinggal sini"
pelik juga aku. Bukan aku pernah rapat dgn dia pun. Jangan kata dia tu stalker!!!
"Oh semalam dia call appa yura guna phone yura. mungkin dia tak tau appa yura tinggal jepun. Lepastu appa yura suruh dia hantar dekat sini" bibik
"Phone yura mana? "
"Ah ada dekat bawah. Nnti bibik bwa. Okealah bibik nak pergi kemas dapur. Jangan lupa makan" katanya sambil menutup balik pintu bilik aku.
Aku hanya memandang lemah sarapan yang tersusun rapi disebelah aku.
Setitis demi setitis air mata aku jatuh bila teringatkan balik apa yang jadi. Kejamnya dunia dengan aku. Tak boleh ke aku rasa bahagia. Salahke aku nak bahagia.
Penat. Penat aku menangis. Jadi aku amik keputusan untuk tidur balik. Sarapan tu aku tak usik. Susu tu pun aku tak minum. Lantak kau lah sedap ke tak. Aku tgah sedih bangau 😭😭
SKIP 💔
pagi tu aku bersiap siap nak pergi sekolah. Dah dua hari aku kurung diri dalam bilik. Makan tak. Minum tak. Mandi pun tak. Takde feel nak buat semua benda tu.
"Yura. Betulke kamu nak pergi sekolah?. Kamu tu dah dua hari tak makan, perut kosong. Apa apa jadi nnti susah." tiba tiba bibik aku bersuara. Nampak sangat yang dia ni mmg risau psal aku. Tu yang buatkan aku dah anggap dia mcam omma aku. Bila aku cakap aku nak panggil dia omma dia kata jangan. Dia takut omma aku jeles. Haihh.
"Betul. Yura tak sakit la. Lagipun yura nak belajar. Takut ketinggalan" balas aku perlahan. Mmg tak ada mood aku nak bercakap sekarang ni.
"Bibik hantar eh" bibik
"Takpa. Yura lagi suka jalan. Yura dah gemok la. Heehe" aku cuba nak buat dia tak risau. Buat lawak? Gelak? Hahaha. Tapi hakikatnya sakit untuk aku hadam benda ni seorang. Aku nak pergi sekolah harini sebab aku nak cerita masalah ni dekat jira dengan seena. Aku malas nak pegang phone tu sebab aku masih belum crita lagi.
Skip 💔
Aku sampai di kelas dan sembamkan muka dekat meja. Awal lagi. Aku memang sengaja datang awal. Taknak tersempak dengan jungkook.
Bila teringatkan dia. Laju je air mata ni keluar.
Sibuk layan perasaan, sampai aku tak sedar pun yang ada orang dah masuk kelas ni. Aku dengar bunyi kerusi ditarik. Maknanya orang lah kan. Takkan hantu. Mengarut lah.
"Kau kenapa? Haritu pun kau menagis pastu kau pengsan nasib aku tak langgar kau. Harini pun kau menangis. Klau kau rasa kau perlukan orang untuk luahkan perasaan, aku boleh dengar tu pun kalau kau sudi" terangnya panjang lebar.
Aku donggakan kepala nak tengok siapa yang bercakap. Dengan hingus meleleh, hidung merah, air mata dah basahkan muka aku, mata merah mesti serabut kan. Kesah apa aku. Janji aku tgah sedih sekarang ni lantak kau la nak kata aku pengotor ke apa. Ada aku kesah?
Ah. Mark. Kenapa dia ni mesti ada time time mcam ni!!. Rasa macam nak peluk dia!! Nak luahkan semuanya. Tapi takpa aku masih ada chingu yang pasti akan ada dengan aku susah senang.
"Kau jangan sibuk hal aku. Suka hati aku la nak menagis ke apa. Btw aku tak perlukan kau" balas aku dingin sebelum sembamkan muka aku balik. Nak sambung nagis. Mengadakan aku?
mark pov
"...... Btw aku tak perlukan kau" okea ayat dia yang ni buat aku rasa mcam nak cekik cekik je dia! Aku nak tolong dia pula jual mahal. Puiyh!!Terus je aku bangun dan pergi kantin. Mlas nak ckap dgn orang yang ego tinggi nih. Kang bergaduh pula. Nasib aku ni kesiankan kau tau. Walaupun aku tak tau apa jadi dekat kau, tapi aku tau mesti sekarang kau sedih sangat. Tengok dari muka kau pun aku dah tau.
jira pov
Aku masuk je kelas,aku nampak yura tengah tidur. Tapi apesal dgn dia, selesema ke? Aku dengar dia cuba meyeka hingus dia.
"Yura?" aku cuba panggil dia.
Dia angkat muka
"Arghhh!!!!!"
"Woi jira kau pehal?! " katanya. Babun apesal dgn dia ni. Dah serupa setan. Dengan mata merah, muka basah, hingus meleleh. Eiiiiii..
"Kau la kenapa. Apsal dgn kau ni"
"Jungkook, jira. Jungkook mainkan aku. Dia ingat aku ni bola yang dia boleh tendang suka suka. Yang dia boleh golek golek kan suka hati" yura
Makin teruk aku tengok dia nagis. Aku lupa yang sekarang ni dah sebulan dia dgn jungkook. Oh bukan sekarang tapi semalam.
"Ju...jungkook? " gagap? Memangle takut. Aku takut nak tgok reaksi yura kalau dia tau aku dah tau benda ni lama. Tau yang jungkook game dia. Argh!! WTFISH.
kenapa aku selalu ada dalam situasi ni.
bersambung
VoTe!!!!.. Jangan lupa comment! Cerita tak Best maafkan author ye gais!!.

ANDA SEDANG MEMBACA
HEART TO HEART [COMPLETE]
Fanfiction"Kenapa saya tak boleh jadi perempuan yang awak suka? " yura "Kenapa kau tak boleh jadi perempuan yang aku suka? Hahaha. Soalan apa kau bagi ni yura. Kau boleh tak cermin diri kau sendiri. Kau rasa kau layak ke untuk aku. Sedar la diri sikit...