#5

204 36 47
                                    

"Sebenarnya Sarah sukakan kau sejak sem satu lagi. Sejak aku kenalkan dia dekat kau."

     
Aku nampak riak tidak percaya terpamer di wajah Hakimi. Dahi dia juga berkerut memandang aku.

"Betul. Aku tak tipu kau. Balik tu aku nampak dia lain macam, pipi dia merah dan asyik tersenyum-senyum. Aku tanyalah kenapa. Dengan teruja dia bagitahu aku yang dia rasa dia dah jatuh cinta dengan kau."

 
"Lepas tu yang kau dengan dia bergaduh tu sebab apa?" Hakimi turut menggunakan bahasa isyarat. Mungkin sebab dia tak nak sesiapa mendengar.

"Sebab dia cemburu aku selalu dengan kau. Dia salah faham sebenarnya. Dia ingat aku ada hati dengan kau dan sengaja rapat dengan kau. Padahal aku berkawan dengan kau sama saja macam aku berkawan dengan dia. Cuma kita nampak lebih rapat sebab sekelas.Sarah dengan kau dua-dua kawan aku."

     
Hakimi menggeleng. "Ya Allah Ya Rabbi.." Aku dengar suara Hakimi. Kemudian dia sambung 'bercakap' menggunakan tangan. "Aku rasa kita patut bersemuka ni. Jelaskan semuanya. Tapi..."

     
Aku lihat Hakimi berhenti 'bercakap'. Aku pandang wajah dia, menunggu dia menyambung. Dia juga pandang wajah aku.

"Aku nak bagitahu Sarah yang aku tak boleh terima dia. Sebab aku suka dekat Fatia." Wajah serius Hakimi menikam wajah aku. Aku tergamam. Tak tahu mahu balas apa. Ini terlalu tiba-tiba. Aku melarikan pandangan ke arah pelajar-pelajar yang mula membanjiri tapak event. Hakimi baru saja meluahkan rasa hati dia dekat aku kan tadi? Ke aku salah tengok?

 
"Fatia..aku suka kau." Hakimi meluahkan lagi, kali ini melalui bibir.

"Kenapa kau suka aku? Aku tak cantik pun. Kulit aku dengan kau kalau nak dibandingkan, aku lagi gelap. Lagipun aku tak sempurna."

 
"Mana ada manusia yang sempurna. And..sape kata kau tak cantik?" Hakimi membalas kembali.

     
Aku dah tak tahu nak gambarkan apa yang aku sedang rasa sekarang. Yang pasti aku dapat rasa muka aku jadi panas. Entah kenapa aku tutup muka aku dengan kedua-dua belah tangan. Ya, aku malu. Peduli apa dengan tangan yang hanya dikesat dengan tisu dan masih berbau piza ni. Yang penting aku nak tutup muka. Aku dengar Hakimi tertawa kecil. Mungkin dia rasa lucu melihat gelagat aku yang menggelabah macam ni. Mana aku tak gelabah. Ini kali pertama seorang lelaki meluahkan perasaan dia pada aku.

 
"Comelnye la kau ni Tia. Salah satu sebab aku suka kau. Sebab kau comel." Aku dengar saja apa Hakimi kata. Dia nak bagi aku bertambah malu ke? Janganlah.

 
"Sudah la tu, Tia. Jom la basuh tangan dulu. Sorry buat kau malu. And sorry tiba-tiba je luahkan perasaan aku dekat sini."

     
Perlahan-lahan aku buka tangan dari menutup muka. Aku menggeleng, lepas itu aku senyum pada Hakimi. Tapi Hakimi ketawa pula. Dia kata muka aku merah betul. Aku buat muka marah. Hakimi hanya tersengih tunjuk gigi.

 
"Kau tau tak muka kau macam heroin Tamil?"

     
Aku kerut dahi dengar Hakimi cakap macam itu. "Sebab aku gelap?"

 
"Ish kau ni..bukanlah. Lagipun mana ada kau gelap. Cuma coklat sikit je. Kau tau kan aku suka tengok filem Tamil. Aku ada tengok sorang ni..muka dia nak sama macam kau. Kejap aku search gambar dia."

     
Hakimi mengeluarkan phone dari dalam poket kanan seluar. Aku perhatikan saja dia yang sedang sentuh-sentuh skrin phone guna tangan kiri. Lepas itu dia kalih phone itu, tunjuk satu gambar pada aku.

 
"Samantha Prabhu. Sama kan? Cuma kau pakai tudung..hehe.."

     
Aku perhati gambar di skrin phone beberapa ketika, kemudian mengangguk. "Sama. Tapi dia cerah sikit dari aku."

 
"Haa..so, kau cantik. Jangan la rendah diri sangat."

     
Aku senyum saja. Disebabkan aku ni orang kelainan upaya, memang sejak kecil pun aku memiliki keyakinan diri yang rendah. Apatah lagi kawan-kawan di sekolah dulu sering memandang pelik dekat aku. Tak kurang juga ada yang mengejek. Aku tak minta pun untuk jadi bisu. Kadang ada juga yang fikir aku ni bisu dan pekak. Jadi, ada lah yang bercakap sesuatu sesama mereka yang buat aku kecil hati. Mereka fikir aku tak dapat dengar. Sangat menyakitkan sebenarnya. Apabila dah tahu, barulah masing-masing menggelabah nak minta maaf.

Dengarkan AkuWhere stories live. Discover now