"Wei Fatia. Jom la..pukul satu dah. Karang penuh pulak kafe. Lagipun aku ingat nak jumpa Sarah. Harap-harap dia ada la kat kafe sekarang ni."
"Kau nak jumpa Sarah?"
Hakimi mengangguk sebagai membalas pertanyaan aku. Aku kemaskan segala laptop, buku dan alat tulis ke dalam beg. Aku berjalan sambil 'bersembang' dengan Hakimi sampailah ke kafe. Mata aku meliar mencari kelibat Sarah. Dia tak ada di meja-meja kafe, tapi aku nampak dia sedang memilih lauk di salah sebuah gerai. Kami tunggu sampailah Sarah selesai membayar makanan dan bergerak ke salah satu meja.
"Kau duduk sana kejap, Tia. Aku nak panggil Sarah."
Aku mengangguk dan duduk di satu meja kosong yang ditunjuk Hakimi tadi. Tangan kiri diletak di dada. Dapat aku rasakan degup jantung jadi makin laju. Rasa gugup mahu bertentang mata dengan Sarah, juga gementar dengan apa yang bakal Hakimi bicarakan. Aku dapat lihat Hakimi bercakap sesuatu dan menunjuk ke arah meja tempat aku sedang duduk. Sarah menjeling memandang aku dan bangun dari duduknya, berjalan mengikut belakang Hakimi. Jelas ketidak puasan hati di wajah dia. Aku menunduk. Hati aku mula rasa tak sedap.
"Korang nak apa dengan aku?" Sarah bersuara, dingin.
"Duduk dulu, Sarah." Hakimi duduk sebaik habis bercakap. Sarah ikut duduk, di sebelah Hakimi, berhadapan dengan aku.
"Aku dengar kau gaduh dengan Fatia."
"So? Kau nak jadi orang tengah la ni? Tak payah la Kimi.. Tak payah buang masa."
"Aku tahu kau marah dekat Tia sebab Tia rapat dengan aku kan? Kau sebenarnya..suka aku, right?"
Sarah mencerlung memandang aku. "Kau bagitahu dia, Fatia? Bangsat punya kawan! Kau nak malukan aku ke sial?!" Suara Sarah meninggi. Beberapa orang pelajar mengalihkan pandangan ke arah kami.
"Sudah, Sarah. Tak perlu kau nak menengking Tia. Tia tak salah apa-apa. Aku harap kau dapat maafkan aku, Sarah.. Aku memang tak boleh menyambut rasa hati kau. Aku sebenarnya dah sukakan seseorang..."
"Siapa? Betina sial yang muka acah-acah baik ni? Kau tikam belakang aku, Tia!"
Aku pegang tangan kanan Sarah sambil menatap ke dalam matanya. Air mata aku hampir menitis. Aku sebenarnya tak mahu dia bertambah marah. Aku nak berbaik dengan dia tapi lain pula yang jadi. Sarah menepis tangan aku dengan wajah yang bengis.
"Jangan pegang aku la! Jijik kau tau tak?! KORANG BERDUA NI BOLEH PERGI JAHANAM!!"
Sarah berdiri dan menolak kasar kerusi di belakangnya. Kebanyakan mata-mata yang memerhati langsung tidak dipedulikan Sarah. Langkahnya laju menuju ke meja tempat letak barang dan makanannya tadi. Tangannya mencapai beg dan terus berjalan ke arah fakulti. Makanan yang dibeli tadi langsung ditinggalkan. Kawan-kawan Sarah terpinga-pinga, saling memandang satu sama lain. Mataku mengikut arah perginya Sarah hinggalah dia menghilang di sebalik dinding. Air mata yang aku tahan sejak tadi mula gugur.
Aku dapat rasakan yang aku sudah hilang seorang kawan. Tak mungkin Sarah dapat maafkan aku lepas ni. Aku dah sakitkan hati dia. Secara tidak langsung, aku juga sudah malukan dia, baik dengan Hakimi mahupun semua pelajar di kafe ini.
"Dah la, tak payah nangis. Buat apa kau nak menangis untuk kawan yang macam tu? Jom pergi beli nasi."
Aku menggeleng. Aku langsung tidak ada rasa mahu makan sekarang ni. Pandangan pelajar di sekeliling buat aku rasa malu. Tapi aku bagaikan tidak mampu untuk buat apa-apa pun. Minda aku seakan kosong.
"Tia..."Aku mengangkat muka memandang wajah Hakimi. "Jom, ikut aku."
Kaki aku melangkah perlahan mengikut Hakimi yang berjalan di hadapan. Fikiran aku asyik membayangkan semula apa yang terjadi di kafe tadi. Segala kata-kata makian Sarah tadi terngiang-ngiang di telinga, menyesakkan dada. Ya, aku terasa dengan kata-kata dia. Tak pernah kata-kata sehina itu dilontarkan kepada aku selama aku berkawan dengan Sarah. Mungkin salah aku juga. Sepatutnya aku memujuk Hakimi untuk menerima Sarah yang sudah lama menaruh hati. Sedar tidak sedar, kami sampai di tempat letak kereta, depan kereta merah milik Hakimi.
"Masuklah, Tia. Nak aku bukakan pintu untuk kau ke? Hehe.."
Aku menggeleng dan tersenyum memandang Hakimi, sengaja mahu mengambil hati dengan gurauannya tadi. Aku masuk dan duduk saja diam-diam. Rasa tertanya-tanya juga ke mana Hakimi hendak bawa aku. Tapi biarlah. Kalau aku tak tanya pun nanti bila dah sampai aku akan tahu juga.
YOU ARE READING
Dengarkan Aku
RomanceTemani aku, setia denganku. Tetapkan pendirianmu, percayalah aku. Walau ia payah untukmu, dengarkan aku. Ini hanya sebuah kisah yang jarang-jarang diceritakan, berlatarkan kehidupan orang kebanyakan, yang juga mengenal apa ertinya cinta.