"Tia, aku still tak puas hati la pasal Sarah tadi. Suka hati je jerkah-jerkah kau. Dah la ramai kat kafe tadi. Amende la. Dengan aku sekali dapat malu. Takpe, nanti aku cari dia. Ini tak boleh jadi."
Aku ingat Hakimi nak terus memandu lepas kami masuk ke dalam, rupanya mengajak aku berbincang pula. Aku berkerut memandang muka Hakimi.
"What?" Hakimi turut mengerutkan dahi.
"Sudahlah, Kimi. Sarah pun sama macam kita, dia pun terluka. Atau mungkin lebih teruk dari kita. Biarkanlah dia. Aku faham perasaan dia. Dah, jalan."
"Eh, eh... Dia arahkan kita pulak. Yelah, yelah..."
Hakimi memulas tombol volume, mahu membuka radio sebelum mula memandu. Dia tahu aku suka dengar radio waktu menumpang kereta sesiapa pun. Tambahan lagi kalau naik kereta beramai-ramai. Kadang susah bagi aku untuk 'bersembang' sebab aku tak boleh pakai suara, hanya boleh pakai tangan dan riak muka ataupun buku nota dan pen. Lagipun bukan ramai yang tahu bahasa isyarat dan lagilah susah sekiranya aku mahu menulis dalam kereta. Kalau nak tulis pakai fon, lagi kecil pula tulisannya. Bayangkan kalau aku suruh Hakimi yang sedang memandu ni untuk toleh dan baca apa yang aku tulis. Bukankah bahaya tu? Jadi, dengan adanya siaran radio, aku tidaklah merasa tersisih.
"Yaaa... Kita bertemu lagi dalam segmen Sembang Santai Bersama DJ Didi! Seperti biasa, kita telah menjemput seseorang untuk menemani saya pada hari ini. Seorang yang anggun, seorang yang peramah, bergaya sopan..."
Aku mendengar saja celoteh juruhebah di radio. Sesekali aku tersenyum apabila juruhebah itu mengusik jemputannya. Namun entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Aku rasa bagai ada sesuatu yang tidak baik bakal terjadi. Aku mengurut dada, cuba meredakan rasa itu. Sambil itu aku beristighfar dalam hati.
"Tia, kau okey tak?"
Aku sedikit tersentak. Terus aku anggukkan kepala sebagai menjawab soalan Hakimi.
"Dah, jom. Kita makan kat kedai depan sana tu. Ikan bakar Portugis dia memang power!"
Aku membiarkan saja Hakimi memilih makanan. Aku tak banyak songeh. Apa-apa pun aku makan saja. Waktu makanan kami sampai, aku lihat Hakimi seperti termenung, seakan memikirkan tentang sesuatu. Sampaikan aku layangkan tangan depan muka dia pun mengambil masa untuk dia sedar sebelum tersenyum.
"Kenapa dengan kau ni?" Aku tanya dia.
"Fatia ...." Hakimi menyebut nama aku, lembut. Aku mengangguk sebagai menjawab panggilan dia.
"Aku bawak kau jumpa mama aku nak?"
Serta-merta mataku membeliak. Mulutku sudah sedikit terlopong. Ini terlalu tiba-tiba. Semuanya begitu pantas aku rasakan.
*****
Aku mengurut-urut dada, perlahan. Rasa tidak sedap hati itu datang lagi. Aku sudah cuba meredakannya dengan mengambil wuduk dan membaca surah Yaasin. Namun rasa itu cuma reda sekejap saja. Aku harap janganlah ada sesuatu yang buruk berlaku.
Aku buka laptop. Waktu di kelas tadi Madam Radhia ada bagi assignment, menyuruh kami melukis semula sketch dalam buku ke bentuk digital. Kelas petang dibatalkan. Jadi aku terus pulang ke bilik. Aku buka laci dan ambil drawing tablet berserta pen. Aku pasangkan kabelnya, buka aplikasi melukis dan mula mencoret-coret di atas ruang tablet yang sebesar kertas bersaiz A4 ini. Mata tekun memandang skrin laptop. Lukis padam, lukis padam itu biasa. Tambahan pula aku agak cerewet berkaitan lukisan, sama ada lukisan tradisional mahupun digital. Kalau boleh, aku mahu buat sebaik yang mampu. Biar semuanya sempurna yang boleh.
Tak semena-mena fon di sudut kiri meja berdenting. Ada mesej masuk. Aku biarkan saja memandangkan kerja aku masih belum siap. Aku tak suka buat kerja separuh jalan. Alang-alang dah buat, biar sampai habis. Namun bunyi berdenting yang bertalu-talu mengganggu telinga, sedikit mengganggu fokus aku. Aku capai fon dan tekan butang on, aku lihat ada mesej WhatsApp dari Hakimi. Lima mesej dari dia, semuanya berbunyi 'Fatia'. Memanggil aku. Aku lihat dia masih online.
"Kenapa, Kimi?" Aku taip dan hantar mesej itu. Aku menunggu balasan dari dia sambil mata dapat melihat perkataan 'typing' tertera di sudut kiri skrin fon.
YOU ARE READING
Dengarkan Aku
Любовные романыTemani aku, setia denganku. Tetapkan pendirianmu, percayalah aku. Walau ia payah untukmu, dengarkan aku. Ini hanya sebuah kisah yang jarang-jarang diceritakan, berlatarkan kehidupan orang kebanyakan, yang juga mengenal apa ertinya cinta.