Seorang gadis berlari-lari anak menuju ke arah pantai dengan keadaannya yang kelam-kabut . Dia sepatutnya berjumpa dengan kawan-kawannya pada pukul 5 petang tetapi dia sudah terlambat 30 minit . Muka kawan-kawannya sudah merah kerana menahan geram terpaksa menunggu terlalu lama .
"Kenapa kau lambat ni ? Kau kata pukul 5 jumpa kat sini tapi sekarang ni kau pula yang lambat ," kata Maiza , kawannya dengan marah .
"Betul tu ," kata Ira menyokong kata-kata Maiza .
"Sabarlah , jangan nak marah melulu . Tanya dulu kenapa dia datang lambat ," kata Aqila .
"Sorry aku lambat sebab abang aku ada kerja jadi dia lambatlah hantar aku ," kata Nana dengan nada bersahaja . "Sebagai tanda maaf aku , aku minta abang aku tolong hantar kita ke mall , ok ." Sambung Nana .
Sampai saja di mall , kami masuk hampir ke seluruh kedai . Ada juga barang yang kami beli . Kami membuat keputusan untuk ke kedai makan . Dalam perjalanan kami ke kedai makan , Yana terlanggar seorang lelaki . Barang Yana terjatuh tetapi lelaki itu tidak menolong Yana mengambil barangnya tetapi pergi meninggalkan Yana begitu saja .
'Mungkin dia nak tolong tapi kawan-kawannya pergi jadi dia kurang selesa kot .' Fikir Nana positif setelah melihat lelaki itu pergi setelah melanggar Yana .
"Sakit hati betul aku dengan mamat tu . Dia tak tolong pun aku lepas langgar aku . Biadab betul ," kata Yana dengan marah .
"Sabarlah ," kata Eisya menenangkan Yana yang sedang marah .
"Jomlah pergi makan . Setahu aku , kalau makan boleh hilangkan stress ," kata Ain lalu berjalan menuju ke kedai makan .
"Jomlah ," kata Aqila lalu menarik tangan Yana yang telah pun mengambil barangnya yang terjatuh tadi .
Kami pun berlalu pergi dari situ untuk ke kedai makan . Sampai sahaja di kedai makan , kami berjumpa dengan abang Nana iaitu Alif dan Hairul . Kami pun membuat keputusan untuk makan semeja dengan mereka .
"Adik nak balik pukul berapa ?" Tanya Alif kepada Nana setelah selesai makan .
"Kejap lagilah Nana balik ," jawab Nana .
Mereka membuat keputusan untuk bersiar-siar dahulu dan menghabiskan masa mereka bersama . Setelah 4 jam bersiar-siar , mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing .
Sampai saja di rumah , Nana terus masuk ke dalam biliknya lalu mencari laptopnya . Sudah seluruh tempat di dalam bilik dia mencari laptopnya tetapi masih tidak berjumpa . Dia terus ke bilik alif untuk menanyakan keberadaan laptopnya .
"Abang , nampak laptop adik tak ?" Tanya Nana kepada Alif tanpa mengetuk pintu biliknya terlebih dahulu . Alif kelihatan sedikit terkejut .
"Rasanya ada dengan abang Kamal ," beritahu Alif .
Nana terus berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik Kamal . "Abang , boleh adik masuk ?" Tanya Nana sesudah mengetuk pintu Kamal .
"Masuklah ," suruh Kamal .
"Abang ada ambil laptop adik tak ?" Tanya Nana menginginkan kepastian .
"Ye , abang ambil ." Beritahu Kamal jujur .
"Kenapa abang ambil laptop adik ? Laptop abang mana ?" Tanya Nana bertubi-tubi .
"Laptop abang rosak sebab tulah abang pinjam yang adik punya . Abang nak guna laptop adik , adik pakai tab abang dulu ," suruh Kamal lalu menghulurkan tab miliknya kepada Nana .
"Okeylah ," jawab Nana lalu mengambil tab dari tangan Kamal . Dia pun keluar dari bilik Kamal .
Nana masuk semula ke biliknya dengan membawa tab milik Kamal . Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Hairul duduk di atas katilnya sambil memegang telefonnya .
Nana terkejut sehingga hampir menjatuhkan tab Kamal tetapi sempat disambut semula . Nana terus menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu untuk mengadu kepada Kevin sambil diikuti oleh Hairul .
Sampai saja di ruang tamu , Nana mendapati Kevin mempunyai tetamu . Dia melihat Azim yang duduk berhadapan abangnya . Azim merupakan lelaki yang diminatinya dari sejak zaman universiti lagi . Dia tertanya-tanya apa yang sedang Azim lakukan di rumahnya dan bagaimana Azim boleh mengenali Kevin . Kevin memanggil Nana dan Hairul ke ruang tamu setelah melihat mereka berdua .
"Adik , Hairul , sini jap ," panggil Kevin .
"Ye ," jawab Nana dan Hairul serentak .
"Ada apa adik cari abang ?" Tanya Kevin seperti mengetahui bahawa Nana sedang mencarinya .
"Tak ada apa ," jawab Nana lalu berlari menuju ke biliknya sebaik saja terdengar telefonnya berbunyi minta diangkat dan banyak pesanan mesej dari orang yang tak dikenalinya .
Nana menjawab panggilan dari Maiza kerana takut dia akan melenting . "Kenapa lama sangat kau nak jawab telefon ni ?" Tanya Maiza dengan perasaan marah .
"Assalamualaikum , aku kat bawah tadi . Tertinggal telefon kat dalam bilik ," jawab Nana memberi salam tanda dia menyindir Maiza .
Alif masuk ke bilik Nana untuk memberitahu adiknya yang Kevin memanggilnya . "Adik , abang Kevin panggil kat bawah ," beritahu Alif lalu keluar dari biliknya .
Nana cuma mengangguk sahaja . "Maiza , abang aku panggillah , nanti aku call balik ," kata Nana lalu mematikan panggilan tanpa sempat dia mendengar Maiza membebel .
Nana turun ke bawah menuju ke ruang tamu dan duduk bersebelahan Kevin . "Abang panggil adik ke ?" Tanya Nana sambil mencuri pandang Azim yang berhadapan dengannya .
"Eisya call ni ," beritahu Kevin lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Nana .
Nana mengambil telefon bimbit dari tangan Kevin terus berlalu ke dapur untuk bercakap dengan Eisya . Sempat dilihat Azim memandang ke arah abangnya apabila abangnya menyebut nama Eisya .
"Assalamualaikum . Ada apa , tadi Maiza dah call aku ?" Tanya Nana .
"Waalaikumusalam . Jadi , Maiza dah bagitahu kau lah ?" Tanya Eisya menantikan jawapan dari Nana .
"Bagi tahu apa ?" Tanya Nana tidak sabar ingin tahu .
"Kita rancang nak keluar jadi kita nak ajak kau sekali , kau nak ikut tak ?" Tanya Eisya merancang aktiviti mereka untuk esok .
"Aku okey aje , jam berapa ?" Tanya Nana kembali .
"Pagi . Pukul 8 tau ," jawab Eisya .
"Okey , jumpa esok ." Beritahu Nana menamatkan perbualan .
Nana menekan butang merah yang terpapar di skrin telefon bimbit Kevin lalu kembali ke ruang tamu semula . Nana menyerahkan telefon kepada Kevin . Dia melihat Azim sudah tiada di hadapan abangnya . Hanya kawan abangnya saja bersama abangnya di ruang tamu . Dia mencari-cari keberadaan Azim . Ternyata Azim sudah berada di luar rumahnya .
"Abang , boleh tak esok adik nak keluar dengan kawan-kawan adik ?" Tanya Nana meminta izin dari abang sulungnya .
Kini abangnya yang mengambil alih semua tanggungjawab yang ada di rumah . Mereka sudah pun kehilangan kedua orang tua sejak Nana berusia tujuh tahun .
"Esok ? Abang rancang esok nak ajak adik keluar sebab abang nak keluar dengan abang Zack sebab abang Zack nak bawa adik dia sekali jadi abang nak bawa adik , bolehlah adik temankan adik dia ." Beritahu Kevin akan rancangannya .
"Tak apalah , adik aku pun tak pergi sebab dia rancang nak keluar dengan kawan dia ," beritahu Zack iaitu kawan Kevin .
"Okey . Esok boleh lah ni adik nak keluar dengan kawan adik ?" Tanya Nana sekali lagi untuk kepastian .
"Boleh . Tapi kena jaga diri tau ." Pesan Kevin .
Kevin menyambung percakapannya dengan Zack . Nana tidak mahu mendengar perbualan mereka lalu melangkah menuju ke biliknya .
"Lebih baik aku tidur , esok kan lambat pula , nanti marah pula dorang kat aku ," Nana masuk ke tandas untuk menggosok gigi dan mencuci kaki . Setelah beberapa minit , dia pun keluar lalu baring dia atas katil . Dia memejamkan matanya , lama-kelamaan dia pun tertidur .
------------------------------------------------------
Hope enjoy .
YOU ARE READING
Takdir
RomanceCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nana yang menyukai seorang lelaki bernama Azim tetapi Azim menyukai sahabatnya , Eisya . Nana sudah mengetahui bahawa Azim suka pada Eisya kerana layanannya pada Eisya berbeza dengan layanann...