Nana terbangun apabila mendengar seseorang memanggil namanya dan turut merasakan badannya digoncang lembut . Saat dia membuka matanya , dia melihat Eisya di sisinya sambil memandang ke arahnya .
"Awal betul kau kejutkan aku kan ?" Tanya Nana lalu melangkah menuju ke almari pakaiannya .
"Awal apanya . Dah pukul 8 dah ," ujar Eisya yang melihat Nana berulang-alik dari almari ke bilik air .
"Aku nak mandi dulu ," beritahu Nana lalu menuju ke bilik air setelah meletakkan baju yang ingin dipakainya ke atas katil .
"Aku tunggu kat bawah . Lapar lah . Cepat tau ," beritahu Eisya terus berlalu keluar dari bilik Nana .
Eisya menuju ke dapur untuk mengambil makanan yang akan dihidangkan di atas meja makan . Setelah selesai menghidang , dia menunggu Nana di meja makan .
Kevin yang baru saja turun menapak ke arah Eisya yang sedang duduk di meja makan .
"Makanan tu dihidangkan untuk dilihat je ke ?" Gurau Kevin . Kevin sudah menganggap Eisya seperti adiknya sendiri .
"Ish , abang Kevin ni . Ambil bau jelah ," jawab Eisya juga bergurau lalu ketawa .
"Kenapa tak makan ?" Tanya Kevin prihatin lalu duduk di hadapan Eisya .
"Tunggu adik kesayangan abang Kevin lah ," beritahu Eisya masih lagi tersenyum .
"Eisya pun adik abang juga . Walaupun bukan adik kandung abang tapi abang dah anggap Eisya macam adik abang sendiri tau ," beritahu Kevin membuatkan Eisya tersenyum manis . Maklumlah , dia tak pernah merasai kasih sayang seorang abang . Dia adalah anak tunggal .
Eisya dan Kevin memandang ke arah Nana yang baru saja turun .
"Baru selesai mandi , tuan puteri ?" Gurau Eisya lalu ketawa .
"Baru je dayang ," Nana turut membalas gurauan Eisya . Dia juga turut ketawa . Kevin hanya tersenyum melihat dua adik perempuannya bergurau senda . Nana pun mengambil tempat di sebelah Eisya .
"Abang Kevin nak makan ?" Tanya Eisya mempelawa Kevin manakala Nana sudah menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggannya .
"Tak lah , abang dah kenyang ," beritahu Kevin lalu bangun menuju ke ruang tamu .
Eisya pun menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggannya .
Mereka makan dengan penuh berselera . Nana mula berhenti makan padahal makanannya masih lagi berbaki . Eisya memandang Nana hairan .
"Kau free tak petang ni ?" Tanya Nana memandang ke arah Eisya .
"Free . Kenapa ?" Jawab Eisya sekaligus bertanya .
"Aku ingat nak keluar jalan-jalan lah petang ni ," beritahu Nana akan cadangannya . Dia kembali menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya .
"Bagus juga tu . Lagipun aku nak balik rumah kejap . Nak ambil baju ," setuju Eisya juga kembali menyambung makan .
"Okeylah , pukul 10 nanti ," beritahu Nana lalu bangun menuju ke dapur untuk mencuci pinggannya . Begitu juga dengan Eisya .
*Ding Dong*
"Eisya ?" Panggil Kevin setelah lima minit loceng rumah dibunyikan .
"Ye abang Kevin ," sahut Eisya yang baru muncul dari ruang dapur sambil diikuti oleh Nana .
"Azim datang ni . Cari Eisya ," beritahu Kevin lalu berjalan ke ruang tamu semula .
Eisya memandang ke arah Nana . Begitu juga dengan Nana . Nana mula berjalan menuju ke arah Kevin yang sedang menonton televisyen . Eisya pula berjalan menuju ke pintu utama .
YOU ARE READING
Takdir
RomanceCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nana yang menyukai seorang lelaki bernama Azim tetapi Azim menyukai sahabatnya , Eisya . Nana sudah mengetahui bahawa Azim suka pada Eisya kerana layanannya pada Eisya berbeza dengan layanann...