"Nana , kau okey tak ni ?" Tanya Eisya mengetuk pintu bilik Nana .
Tiada respon .
Eisya memulas tombol pintu bilik Nana . Sebaik saja membuka pintu , dia melihat Nana menangis teresak-esak di hujung katilnya . Eisya segera menghampiri Nana .
"Kau kenapa ?" Tanya Eisya risau .
"Azim ... tolak cinta aku sebab dia cintakan kau ," jawab Nana teresak-esak .
Eisya terkejut lalu meminta Nana menceritakan semua yang terjadi antara dia dengan Azim tadi . Nana menceritakan kepada Eisya dari mula sehingga dia sampai di rumah .
Selesai saja bercerita , Eisya terus memeluk Nana untuk menenangkannya .
Nana kembali menangis dengan kuat . Kevin yang tidak sabar lagi terus masuk ke dalam bilik Nana kerana terdengar suara tangisan Nana .
Sebaik saja Kevin masuk , dia melihat Nana sudah tertidur di atas riba Eisya . Kevin mengangkat Nana dari riba Eisya lalu meletakkan adiknya di atas katil semula . Dia menyelimut adiknya separuh badan .
Abangnya yang lain membantu Eisya mengemas bilik Nana yang bersepah akibat dibaling oleh Nana .
Selesai mengemas , Eisya serta abang-abang Nana keluar dari bilik Nana . Mereka turun ke tingkat bawah lalu duduk di ruang tamu .
"Apa sebenarnya yang berlaku kat Nana ?" Tanya Alif memandang ke arah Eisya . Dia syak Eisya pasti tahu sesuatu memandangkan Eisya adalah sahabat adiknya .
Kesemua abangnya kecuali Hairul memandang ke arah Eisya . Eisya dan Hairul memandang satu sama lain dengan muka yang bersalah .
"Memang ada sesuatu yang berlaku pada adik ," beritahu Hairul hanya mengetahui cerita di perkhemahan itu saja .
"Mana Hairul tahu ?" Tanya Kamal dengan curiga .
"Panjang cerita dia ," jawab Hairul menundukkan mukanya . Abangnya mesti marah besar setelah mendengar masalah yang menimpa adiknya .
"Pendekkan ," suruh Kevin mahu tahu cerita sebenar .
Hairul menceritakan perkara yang terjadi pada hari perkhemahan itu manakala Eisya bercerita berdasarkan cerita Nana tadi . Tiada satu pun yang tertinggal .
Kevin yang terkejut mendengar cerita mereka bingkas bangun lalu menuju ke bilik Nana untuk mengesahkan segala yang diceritakan oleh adiknya dan Eisya itu betul atau pun tidak .
"Adik , bangun !" Kejut Kevin dengan nada yang agak tinggi . Eisya yang agak terkejut dengan perubahan Kevin segera menghentikan perbuatan Kevin .
"Dah lah , abang Kevin . Kesian Nana ," pujuk Eisya untuk meredakan kemarahan Kevin .
Kevin menolak Eisya ke belakang menyebabkan Eisya terjatuh tapi sempat disambut oleh Hairul .
"Adik , bangun lah ," kejut Kevin lagi sambil mengangkat Nana dalam posisi duduk .
Nana yang masih mamai itu terkejut dengan sikap Kevin yang kelihatan merah .
"Kenapa ni ?" Tanya Nana takut-takut .
"Betul ke Azim yang dah buat adik menangis macam ni ?" Tanya Kevin marah . Mukanya kelihatan merah menahan amarah .
Nana hanya menundukkan wajahnya . Kevin kelihatan tidak berpuas hati dengan reaksi Nana .
"Dia tolak cinta adik sebab dia cintakan Eisya kan ?" Tanya Kevin lagi .
Nana agak terkejut mendengar pertanyaan abangnya . Begitu juga dengan Eisya . Tiba-tiba Nana bangun dari duduknya dan kelihatan agak marah .
YOU ARE READING
Takdir
RomanceCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nana yang menyukai seorang lelaki bernama Azim tetapi Azim menyukai sahabatnya , Eisya . Nana sudah mengetahui bahawa Azim suka pada Eisya kerana layanannya pada Eisya berbeza dengan layanann...