Menangis

14 1 0
                                    

Malam berlalu dengan cepat . Jam sudah menunjukkan pukul 5.40 pagi . Terdengar suara Azim dan Dannish yang membangunkan semua orang untuk solat Subuh .

Semua orang bergegas bangun dan berjalan ke arah sungai untuk mengambil wuduk . Ada lagi yang masih mamai .

Usai sahaja solat Subuh yang berimamkan Zamri , Maiza dengan tak sengaja melihat Azim dan Dannish seperti sedang mencari seseorang . 'Dorang cari Eisya ke ? Atau Nana ? Bingung aku dibuatnya' fikir Maiza .

"Korang cari siapa ?" Tanya Maiza kerana terlalu tertanya-tanya .

"Eisya ," jawab mereka berdua serentak lalu memandang satu sama lain .

"Dia cuti ," jawab Maiza tanpa segan . Maiza terlihat Zamri yang sedang menuju ke arahnya .

"Nana mana ?" Tanya Zamri kepada Maiza .

"Dia cuti ," jawab Maiza sekali lagi kepada Zamri .

Zamri hanya ketawa kecil mendengar jawapan Maiza manakala Azim dan Dannish pula tersenyum .

Tepat jam 6 pagi , Nana dan Eisya bangun dari tidur . Dengan masih mamai , Nana dan Eisya keluar dari khemah dengan tuala di kepala . Eisya menggosok-gosok matanya . Terdengar suara orang ketawa dari arah belakang . Eisya dan Nana memandang satu sama lain . Dengan segera , mereka berdua berlari anak ke tandas kerana malu ditertawakan .

Lima minit kemudian , Nana dan Eisya akhirnya selesai mandi lalu berjalan keluar dari tandas . Mereka berjalan sambil ketawa . Mereka masuk ke dalam khemah untuk mengemas baju mereka . Begitu juga dengan yang lain . Hari ini adalah hari terakhir mereka di sini .

Selesai mengemas baju dan barang , mereka keluar dari khemah untuk melihat jika mereka boleh membantu kawan-kawannya apa yang patut .

Ain yang sedang membuat sarapan segera menoleh ke arah Nana dan Eisya yang kian menghampirinya . Nana dan Eisya segera membantu Ain menyediakan sarapan iaitu roti sardin .

Selesai membuat roti sardin , mereka bertiga menghidangkan kepada yang lain . Mereka makan dengan begitu berselera .

Selepas selesai makan , mereka pergi ke khemah masing-masing untuk menjatuhkan khemah dan disimpan di dalam beg . Sebelum Yana dan Aqila menyimpan khemah mereka , mereka sempat lagi membersihkan tempat di mana mereka makan tadi .

Azim dan Dannish sudah pun siap mengemas khemah mereka . Azim pun berjalan menuju ke arah khemah Eisya untuk membantunya . Dannish yang melihat Azim menghampiri Eisya , segera dia turuti langkah Azim .

"Boleh tolong ?" Tanya Azim kepada Eisya .

Eisya memandang Nana . Nana hanya berpura-pura tidak mendengar dan terus melakukan kerjanya .

Dannish yang baru sampai juga menanyakan soalan yang sama kepada Eisya .

"Err .. Boleh ," jawab Eisya teragak-agak .

Dannish segera menepis tangan Azim yang mahu memegang khemah Eisya . Dengan segera dia membantu Eisya mengemas .

Azim hanya melihat gelagat mereka yang ketawa sambil mengemas dengan perasaan cemburu dan disedari oleh Nana dan kawan-kawannya yang lain .

Nana hanya mengemas dengan senyap . Tiada satu patah perkataan pun yang terbit dari mulut Nana . Eisya sudah perasan tetapi dia tidak mahu menegur Nana sekarang . Nanti emosi Nana terganggu .

Selesai mengemas , mereka berjalan bersama-sama . Nana hanya berjalan seorang diri .

Tiba di tempat parking kereta , mereka bergambar bersama-sama untuk dijadikan kenangan . Terdengar bunyi lagu black pearl nyanyian exo . Nana segera mengangkat panggilan dan meninggalkan mereka untuk bercakap dengan si pemanggil .

TakdirWhere stories live. Discover now