Nana melangkah masuk ke dalam biliknya . Tidak lama selepas itu , terdengar bunyi ketukan .
"Masuk lah ," suruh Nana .
Sejurus mendengar Nana menyuruhnya masuk , Eisya melangkah lalu duduk di birai katil . Dia hanya memandang ke arah Nana .
"Kau kenapa pandang aku macam tu ?" Tanya Nana pelik akan kelakuan kawannya ini .
"Kau rasa abang Kevin nak ajak kita ke mana malam ni ?" Tanya Eisya setelah lama berdiam diri .
"Entah . Aku pun tak tahu . Kita ikut jelah dia malam ni ," jawab Nana tidak ambil peduli .
"Biasanya kalau abang Kevin ajak kau keluar , dia ajak pergi mana ?" Tanya Eisya lagi ingin tahu .
"Jumpa kawan dia ," jawab Nana acuh tak acuh sambil bermain dengan telefonnya .
"Kau tak pelik ke ?" Tanya Eisya merenung ke arah Nana .
"Nak pelik kenapa ?" Tanya Nana lalu memandang ke arah Eisya . Lama Eisya berfikir .
"Aku yang pelik dengan kau adalah ," keluh Nana lalu menjeling Eisya .
"Hish , kau ni ." Marah Eisya lalu membaling bantal ke arah Nana . Bantal yang tidak sempat dielak itu terkena pada muka dan rambut Nana . Habis berserabai jadi nya rambut Nana .
"Kau ni , habis rambut aku ," omel Nana sambil membetulkan semula rambutnya .
"Kau tak pelik ke ? Abang Kevin ajak keluar siap suruh pakai cantik-cantik lagi ," beritahu Eisya lalu beralih tempat duduk di sebelah Nana . Dia tidak endahkan rungutan Eisya tadi .
"Tak ada yang pelik lah . Memang lah dia suruh pakai cantik , kan nak keluar . Takkan pakai hodoh-hodoh . Kau je yang fikir pelik ," jawab Nana berfikir positif .
"Yelah ," jawab Eisya mengalah jua .
"Eh , jom tengok drama korea ," ajak Nana lalu menarik tangan Eisya . Mereka pun berjalan menuju ke tingkat bawah . Nana dan Eisya duduk di ruang tamu sambil menonton drama korea yang bergenre sedih plus romantik . Mereka menangis tatkala menonton drama ini .
Kevin turun ke tingkat bawah lalu memandang jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 6:30 petang .
"Tak siap lagi ?" Tanya Kevin kepada Nana dan Eisya apabila melihat mereka berdua masih lagi tercongok di depan tv .
"Bukan pukul 8 ke ?" Tanya Nana tanpa memandang ke arah abangnya .
"Pergi bersiap cepat ," suruh Kevin dengan tegas
"Yelah ," kata Nana lalu melangkah lemah menuju ke bilik . Eisya hanya membuntuti langkah Nana .
Setelah beberapa minit bersiap , Nana dan Eisya keluar dari bilik mereka . Eisya mengenakan dress labuh dengan gaya tudung yang menjadi favourite para gadis sekarang . Nana pula mengenakan dress labuh juga tetapi berbeza warna dan design dengan gaya tudung yang sama .
Semua abangnya terpegun dengan kecantikan mereka . Hairul memandang Eisya tidak berkelip .
"Okey tak ?" Tanya Nana akan penampilannya kepada abang-abangnya .
"Okey sangat . Cantik ," puji Alif .
"Jomlah . Nanti lambat pula ," ajak Kevin lalu keluar dari rumah .
"Jom ," respon Nana . Dia berjalan beriringan dengan Eisya .
Mereka berpecah masuk ke dalam 2 buah kereta . Nana , Alif dan Kevin menaiki kereta Audi milik Kevin manakala Kamal , Hairul dan Eisya menaiki kereta Satria Neo milik Hairul . Mereka bertolak tepat pada pukul 7 malam .
YOU ARE READING
Takdir
RomanceCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nana yang menyukai seorang lelaki bernama Azim tetapi Azim menyukai sahabatnya , Eisya . Nana sudah mengetahui bahawa Azim suka pada Eisya kerana layanannya pada Eisya berbeza dengan layanann...