Nana datang tepat pada waktu yang dijanjikan . Jadi dia tidak akan dimarahi oleh kawan-kawannya .
"Awal pula kau datang hari ni ?" Tanya Maiza setelah melihat Nana datang menghampiri mereka .
"Aik , datang lambat kau marah , datang awal pun kau marah . Habis tu , aku nak datang bila biar kau tak marah ?" Sindir Nana sekaligus dengan jawapannya .
"Aku tak marah pun , aku cuma tanya je . Bahasa aku tadi tu menunjukkan aku marah ke ?" Balas Maiza tidak mahu mengalah .
"Dahlah korang . Asal jumpa je gaduh . Susah lah macam ni ." Kata Eisya meleraikan pergaduhan berbalas mulut itu . Mereka selalu bergaduh jika bertemu . Mereka seperti anjing dan kucing yang tidak boleh dipertemukan .
"Dah lah , jom ." Ajak Ira malas mahu layan keduanya .
"Jap . Sebenarnya kita nak pergi mana ni ?" Tanya Nana masih lagi tidak tahu ke mana arah tuju mereka .
"Apalah kau ni ? Kita kan nak pergi berkelah kat air terjun Sekayu . Kau lupa ni ," beritahu Ain mengingatkan Nana . Nana menepuk dahinya .
"Aku lupalah . Jomlah , nanti lambat pula kita ." Ajak Nana lalu menarik tangan Ain .
**********************
Sampai sahaja di air terjun Sekayu , Nana ternampak Azim dan kawan-kawannya yang juga berada di situ .
"Weyh , aku tak sabar lah nak mandi . Kan Eisya ?" Tanya Aqila mengusik Eisya . Sedangkan dia tahu Eisya tak pandai berenang .
"Eii , geramnya aku . Kau tahu kan , aku ni tak pandai berenang . Kau ni sengaja kan . Nana !!! Apa yang kau tengok tu ?" Beritahu Eisya geram sekaligus bertanya kepada Nana . Nana asyik melihat Azim dan kawan-kawannya mendirikan khemah .
"Nana !!" Panggil Yana lalu menggoncangkan tubuhnya . Nana terkejut dari lamunannya .
"Kau tengok apa ?" Tanya Maiza juga melihat ke arah tempat yang sedang Nana lihat tadi .
"Aku tak tengok apa-apa pun . Jomlah , kita dirikan khemah ," beritahu Nana menghalang pandangan Maiza lalu mengajak mereka untuk memasang khemah . Eisya sudah pun mengetahui apa yang dilihat oleh Nana . Dia hanya tersenyum .
"Tapi kita nak dirikan khemah kat mana ?" Tanya Ain kepada Maiza .
"Err ," Maiza berjalan untuk mencari tempat yang sesuai . Setelah beberapa langkah , dia berhenti .
"Kat sini ," tunjuk Maiza sambil tersenyum .
"Tak boleh !" Respon Nana dan Eisya serentak .
Semua kawan-kawannya memandang Nana dan Eisya dengan pelik .
"Kenapa tak boleh dirikan khemah kat sini ?" Tanya Ira ingin tahu .
"Betul . Kat sini tanahnya rata . Pemandangan kat sini pun indah ," sokong Aqila lalu mendepakan kedua tangannya .
"Dah lah , pedulikan dorang ni . Kita dirikan khemah kat sini juga ," beritahu Maiza lalu mengeluarkan khemah yang berada di dalam beg .
Aqila memandang ke sekeliling lalu dia ternampak Azim dan kawan-kawannya yang juga sibuk memasang khemah .
"Er , kita dirikan khemah kat tempat lain jelah ," kata Aqila lalu memasukkan khemah ke dalam beg semula .
"Kau ni kenapa pula ? Tadi Nana dengan Eisya , sekarang ni kau pula ," tanya Ain dengan hairan .
"Aku tahu kenapa . Sebab dorang pun berkhemah kat sini jugak ." Beritahu Yana sambil menunjuk ke arah khemah Azim dan kawan-kawannya .
"Jadi apa masalahnya . Ni bukannya tempat dorang . Apa-apa pun aku tetap nak dirikan khemah kat sini ," beritahu Maiza lalu merampas beg khemah yang berada di tangan Aqila .
YOU ARE READING
Takdir
RomanceCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nana yang menyukai seorang lelaki bernama Azim tetapi Azim menyukai sahabatnya , Eisya . Nana sudah mengetahui bahawa Azim suka pada Eisya kerana layanannya pada Eisya berbeza dengan layanann...