Cemburu

12 1 0
                                    

Hari sudah semakin gelap . Maiza menyuruh Eisya menyalakan unggun api memandangkan hanya Eisya sahaja yang tidak melakukan sebarang kerja .

Walaupun tidak berapa tahu cara menyalakan unggun api , Eisya tetap melaksanakan seperti yang disuruh dan berusaha sehingga dapat menyalakan unggun api kerana tidak mahu menyusahkan kawannya yang lain .

Nana melihat Eisya bersusah payah menyalakan unggun api . Dia lantas berdiri mendekati Eisya untuk membantunya . Eisya hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih setelah Nana menyatakan untuk menolongnya .

Setelah lama mereka mencuba untuk menyalakan unggun api , Azim datang menghampiri dan duduk di hadapan Eisya . Nana sudah mula gementar . Maklum lah , orang yang disayang dekat dengannya .

"Boleh tolong ?" Tanya Azim kepada Eisya . Matanya masih tak lari dari memandang seraut wajah Eisya .

Eisya memandang Nana tetapi Nana hanya menjongketkan bahunya saja . Eisya tahu kalau Nana cemburu .

"Pandai nyalakan unggun api ?" Tanya Eisya kembali .

"Kalau tak cuba tak tahu . Macam ayat kalau tak kenal , maka tak cinta ," jawab Azim yang masih lagi memandang Eisya tak berkelip .

Eisya mengangkat mukanya dan memandang ke arah Azim setelah mendengar jawapan Azim .

Anak mata mereka bertaut dan dengan segera Eisya melarikan anak matanya memandang ke arah lain daripada terus memandang Azim . Untuk menghilangkan gementarnya , Eisya bangun lalu mengambil batang kayu yang kecil dan kembali duduk di tempatnya tadi . Eisya pun menghulurkan beberapa batang kayu yang diambilnya tadi kepada Azim .

Azim mengambil kayu yang dihulurkan oleh Eisya tetapi mata Azim tidak pernah lepas daripada memandang Eisya . Tanpa disedari oleh mereka berdua , adegan itu disaksikan oleh Nana .

Nana yang berasa cemburu terus meninggalkan mereka berdua di situ dan membantu Zamri dan Ain yang sedang mencucuk lidi ke dalam marshmellow untuk dibakar dengan unggun api .

Eisya melihat Nana pergi meninggalkan dia dan Azim . Azim memandangnya dan dia hanya mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu walaupun sebenarnya dia tahu .

Azim dan Eisya menyambung menyalakan unggun api . Sambil itu , mereka bercerita perkara yang melucukan . Eisya ketawa besar apabila Azim menceritakan perkara yang sangat menggelikan hatinya .

Dari jauh , Nana memerhatikan gelagat mereka berdua dengan perasaan cemburu . Timbul rasa benci dalam hatinya terhadap Eisya . Hanya kerana cinta , kawan boleh bertukar menjadi musuh .

Ada juga seseorang yang memerhatikan mereka dengan pandangan yang tajam . Sama seperti Nana , dia juga cemburu akan mereka berdua .

"Cuba kau tengok dua orang tu . Mesra je , gelak ketawa . Macam orang sedang bercinta ." Beritahu Maiza yang sedang duduk bersama mereka semua . Hanya Azim dan Eisya saja yang duduk jauh untuk menyalakan unggun api .

"Betul lah . Jealous aku tengok dorang . Sweet couple gitu ." Sokong Ira . Nana hanya mendengar saja kerana terlalu cemburu .

Dannish yang mendengar meraka berkata begitu terus berlalu meninggalkan mereka lalu masuk ke dalam khemahnya .

"Kenapa tu ?" Tanya Zamri pelik dengan kelakuan Dannish .

"Entah ," jawab Yana yang sememangnya tak tahu kenapa .

'Jangan-jangan Dannish suka Eisya sebab tu dia lari . Mungkin dia cemburu sama macam aku' fikir Nana . Dia pun berlalu pergi meninggalkan mereka semua dan masuk ke dalam khemahnya .

"Kenapa dengan budak dua orang ni ? Tiba-tiba je ," tanya Aqila berpura-pura . Aqila tahu kenapa Nana masuk ke khemahnya . Tetapi tak tahu sebab Dannish berlalu ke khemahnya .

TakdirWhere stories live. Discover now