2

4.1K 221 2
                                    

" Baby Hana ! " Dia terjaga dari tidurnya yang lena disebabkan jeritan abang kesayangannya itu. Thanks, big bro. Dia memandang lelaki itu dengan pandangan yang kosong. Masih mamai mungkin.

" Dah pukul berapa ? 6.30 pagi ke ? Hana lupa nak kemas barang ni. " Dia bangun dari katil sambil menggosok-gosok mata. Terumbang-ambing jalan, macam orang mabuk dah kau Hana. Beg pakaian yang masih dipenuhi pakaian itu dia buka perlahan.

" Hotakmu pukul 6.30 pagi. Sekarang dah 7.30 pagi ! Ayah dah call abang berapa banyak kali dah suruh Hana datang kerja. Penat abang nak tipu sunat kata Hana dah siap.  " Matanya membulatkan apabila terdengar kata-kata abangnya itu. Apa yang dia dengar itu hanya sekadar gurauan atau kebenaran ?

" 7.30 ?! " Lelaki itu mengangguk.

" Pergi siaplah adik yang abang sayangi. Abang pergi kerja dulu ye baby boo. " Abangnya berlalu pergi selepas memberi dia flying kiss tetapi dia masih berdiri dalam keadaan keliru. Apa dia perlu buat sekarang ? Bukankah dia dah pasang jam loceng selepas solat subuh tadi ? Kenapa dia boleh terbangun lambat ?

Bunyi telefon berdering membuatkan dia sedar dari lamunannya. " Alamak, confirm ayah call ! " Dia membetulkan suaranya supaya ayahnya tak tahu yang dia baru bangun. What a great idea of yours, Hana
" Ehem, ehem. Ahhh– "

Selepas beberapa saat membetulkan suaranya, Hana menjawab panggilan itu dengan seceria mungkin. " Assalamualaikum, morning ayah. " Dengan jelas dia dapat dengar keluhan dari ayahnya dihujung talian. " Wa'alaikumusalam, Hana dekat rumah lagi ke ? Baru bangun ? " Apa nak jawab ni ? Fikir Hana, fikir. Macam mana ayah boleh tahu segala yang dia lakukan ni ?!

" Eh taklah. Hana dekat dalam kereta. Biasalah KL, sesak pagi-pagi ni. Semua orang pun nak pergi kerja macam Hana. " Harap lelaki itu tertipu dengan ayatnya ni. Bukan nak menipu ayahnya, tapi terpaksa.

" Ayah, Hana on the way ni. Jangan risau. Okay ayah bye. Assalamualaikum. " Dia tak bagi peluang untuk ayahnya bercakap sebab dia tahu lelaki itu takkan tertipu. Bukan lelaki itu baru hidup dengan dia semalam sampai lelaki itu boleh tertipu.

Dengan sepantas kilat, dia mencapai tuala lalu berlari ke arah bilik mandi. Lajunya mandi hari ni. First time, biasanya dia mandi sejam. Hahahaha joke joke. Selesai mandi dan mengambil wuduk, bukan untuk solat tapi untuk menenangkan hatinya yang tak tenteram ini. Dia mengenakan baju yang uminya beri semalam. Panas gila baju ni, rasa macam duduk dekat sauna. Panas pun kena pakai juga, professional katanya.

" Okay Hana. Kau boleh ! " Dia berlari ke tingkat bawah apabila menyedari dia sedang membuang masa bercakap dengan pantulan sendiri di depan cermin.

Dia ternampak uminya yang sedang duduk melayan rancangan kegemarannya ditelevisyen. " Umi, Hana pergi dulu. " Dia menghadiahkan flying kiss pada umi. Dengan automatiknya, uminya bangun dari duduknya apabila ternampak dia yang sedang berjalan dengan cepatnya.

" Makan sarapan dulu sayang " Dia hanya menggeleng kecil lalu menunjuk ke arah jam menandakan dia sudah lambat. " Hana tak nak kejutkan singa pagi-pagi ni. " Uminya tergelak apabila dia mengelarkan ayah sebagai singa. Korang belum nampak lelaki itu marah okay.

Kunci kereta dicapai lalu kasut diambil dan disarung secepat mungkin. No time to relax. " Hati-hati bawa kereta ! " Umi berpesan pada dirinya sebelum dia memecutkan kereta ke arah pejabat ayahnya. Fuh fresh start.

" You'll be fine, Hana. "

MS: Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now