4

3.4K 199 0
                                    

" Assalamualaikum and hi. Saya Hana Adriana, adik kepada this handsome guy, Haris. I'm turning 24 years old this year and actually saya baru sahaja balik Malaysia dan baru sahaja tamat pengajian saya. So saya ni kira budak lagi, hope semua boleh tunjuk ajar. "  Selepas ucapan pembukaannya itu, semua orang memberi tepukan untuknya. Tak perlu tepuk pun sebenarnya tapi dia terharu.

" Saya ada soalan. "

Seorang lelaki yang boleh dia katakan ada aura putera itu mengangkat tangan selepas dia menghabiskan ucapannya. " Ouh Farhan ada soalan apa ? " Abangnya pula bersuara kali ini. Nama lelaki itu Farhan ? Nice name, babe. " Hana ni cik ke puan ? Ke ada boyfriend ? " Semua orang mula membuat bising apabila lelaki itu mengajukan soalan sebegitu rupa. Ala malulah kita. " Saya still bergelar cik and saya takda buah hati pun. Siapa yang nak boleh cuba, yang penting lelaki tu single, jujur dan family saya suka dia especially my annoying brother."

Ramai lelaki yang menjerit 'saya nak'. Terasa hot disini. Satu pejabat tu boleh bergegar dengan gelak tawa mereka. Semua orang kembali bekerja selepas sesi perkenalan itu. Dia duduk dibiliknya dengan perasaan bosan. Tadi abangnya kata PA dia akan kerja dekat dalam bilik yang sama dengannya. Meja PAnya itu ada di dalam pejabatnya. Bukan dia takda kerja, banyak sangat kerja walaupun ini hari pertamanya tapi dia hanya sunyi.

Dia memandang meja kosong tanpa penghuni itu. " Haish, mana dia pergi ? Nak tengok muka klon Jinyoung tu. " Hana menanti ketibaan PAnya dengan sabar serta rasa sunyi. Kesabaran dia mula hilang jadi dia bercadang untuk mengabaikan entah siapa yang menjadi PAnya itu dan terus fokus pada kerjanya. Yang dia pastu dia akan suruh ayah potong gaji lelaki itu kerana meninggalkannya seorang diri.

Sedang dia fokus dengan kerjanya, pintu diketuk membuatkan dia berhenti seketika. PAnya ke tu ? " Masuk. " Dia memandang pintu yang sedang dibuka oleh seseorang itu dengan penuh berharap. Harapannya tinggi supaya PAnya yang buka pintu tu.

Orang yang mengetuk pintu itu masuk ke dalam biliknya dengan senyuman dibibir. " Hi. "

MS: Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now