39

2.4K 165 6
                                    

Haikal duduk disofa sambil memikirkan masa depannya. Jauh menung ni. Maknya dah bagi green light dah tapi dia yang takut nak luahkan perasaannya pada Hana. Nampak je macam dia berani main cinta dengan wanita itu tapi sebenarnya dia sangat takut nak luah.

" Angah termenung apa tu. " Maknya datang duduk disebelahnya dan dia terus berpura-pura sedang menonton televisyen. " Apa pula termenung, kan angah tengah tengok tv ni. "

Dia menunjukkan rancangan tv yang sedang dia tonton itu. Maknya hanya memandangnya dengan pandangan yang mencurigakan. " Mak nak tanya ni. " Wanita itu membetulkan duduk menghadap dirinya. Wah semakin tegang ye disini.

" Angah suka Hana ke ? " He knew it ! Maknya mesti nak tanya soalan macam itu padanya selepas berjumpa Hana, he knew it. " Dia bos angah. " Jawapan pendeknya itu membuatkan wanita itu mengeluh kecil.

" Mak ni dah tua dah angah. " Itu dia, itulah ayat yang kita mahukan. Maknya dah mulakan kelas lakonan. Tepuk sikit guys. " Entah kau angah. Mak ni nak juga merasa ada menantu perempuan. " Yelah. Alongnya perempuan, jadi sekarang maknya ada menantu lelaki je.

" Kau dah tua, bukan budak muda macam aku ni. Kalau kau tak nak Hana tu, bagi aku. " Haikal memandang tajam ke arah adik lelakinya itu. Dari tadi dia perhati je budak ni. Dia syak adiknya nak curi Hana darinya.

" Eii Kak Hana datang ke tadi ? " Min berlari datang ke arah ruang tamu yang seperti sedang mengadakan mesyuarat tergempar itu. " Tak bagitahu pun girlfriend angah datang. Baru nak gosip pasal angah. "

Dia hanya mampu menepuk dahi sendiri. Nasib baik si Min ni tidur tadi. " Min pernah jumpa dia ke ? " Laju gadis itu mengangguk. Tolonglah jangan cerita apa-apa yang mengarut.

" Jumpa dia masa angah pergi trip tu. Time tu angah kata Kak Hana bakal girlfriend dia. Ni kalau dah bawa jumpa mak, kiranya dah jadi girlfriendlahkan ? " Si Min ni karang kena sia-sia je hidup dia selama 20 tahun.

" Wah angah, kau memang the best. " Mereka berdua menepuk tangan untuk dirinya. Dua orang ni dia sekeh karang. " Mak, dah boleh siapkan hantaran dah. " Budak berdua ni memang suka mengusik dirinya, dia jadi malukan ! " Cuba angah cakap betul-betul. Angah suka Hana ke tak ni ? " Dia tertunduk ke bawah saat maknya kembali menyoal soalan yang sama. Malulah. Janganlah gini.

" Tak suka. "

" Sayang je. " Chiaaaa. Cliche gila. Dia yang meremang dengar ayat sendiri. " Wah angah dah fall in love betul-betul ni. " Min semakin teruja melihat dia yang sedang tersenyum kecil.

" Sebab mencintai ? " Dia memandang ke arah tiga manusia didepannya itu yang kelihatan sedang menunggu jawapan darinya. " If there's no reasons to hate so there's many reasons to love of course. "

Baru dia sedar yang mulut dia ni semanis honey. Peh. Cair tak wanita diluar sana ? Abang Haikal disini. " Ni kes banyak tengok drama pukul 7 dengan maklah ni. Ayat pun sweet minta kaki. "

Anas membuat gaya muntah dihadapannya. Jealous cakap. Tahulah single. " Kalau angah nak kahwin cakap je dengan mak. Mak pun berkenan dengan Hana tu. Sopan je orangnya. "

Ye mak. Angah tahu. Sebab tu angah suka dia. She's the reason why I'm smiling. Teringat kata-kata Hana ketika kali pertama melihat dia tersenyum. Wanita itu betul-betul suka tengok dia senyum.

Ye, Haikal sukakan Hana.

MS: Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now