36

2.4K 168 6
                                    

Percutian empat hari tiga malam itu berakhir dengan lancarnya. Tepuk tangan sikit untuk dirinya. Kes Tila dengan Haikal, settle. Sebab Tila pun dengar cerita dah bercinta dengan Adrian. Farhan pun nampaknya dah boleh move on darinya. Nampak jelah, tak tahu dalam hati macam mana.

Hana memandang ke arah Haikal yang sedang sibuk dengan kerjanya itu. Seperti mana yang dia janji pada Haikal, dia akan beri lelaki itu segala tugas yang sepatutnya seorang P.A lalukan. Sejak dah bekerja balik ni, lelaki itu memang seratus peratus berubah balik pada perangai asal.

Tapi lelaki itu nampak comel bila hardworking macam tu jadi dia tak kesah. " Haikal– " Lelaki itu mengangkat kepala memandang ke arahnya. Haikal tersenyum kecil padanya membuatkan dia hilang fokus. Tolonglah jangan macam ni. " Apa dia ? "

" Makan dengan saya lunch nanti eh ? Kita makan nasi ayam. " Hana memandang tepat pada mata lelaki itu untuk meminta simpati. Tapi apa guna minta simpati pada orang yang tak bersimpati, lelaki itu terus menggeleng tanpa berfikir.

Dia berfikir sejenak untuk memujuk lelaki itu. Ada apa-apa tips nak memujuk orang yang lebih keras dari batu tak ? " Haikal sayang~ " Hana bangun dari tempat duduknya lalu terus laju berjalan ke arah meja lelaki itu.

" Makanlah dengan Hana~ macam sweet couple yang dekat luar tu. " Dia bermain dengan hujung bajunya sambil membuat muka secomel dan segedik mungkin. Dia barangkali akan muntah sekejap lagi sebab dia buat benda yang dia tak pernah buat.

" C– couple ? " Dia nampak halkum lelaki itu bergerak. Gerun tak gerun ? " Yelah, couple. Haikal suka Hana, Hana suka Haikal. Let's couple. " Dia menarik pen ditangan lelaki itu agar Haikal berhenti menulis dan memandangnya.

" Okay jom. " Yes, success. It's so easylah, setakat goda mamat batu ni. " Tapi– " Perkataan tapinya membuatkan Hana terhenti dan terus berpaling ke arah Haikal. " Kita naik motor saya. "

Terjatuh rahangnya sewaktu mendengar kata-kata itu. Dia memandang dirinya atas hingga ke bawah. Lelaki itu tak nampak ke dia elok berbaju kurung pada hari jumaat yang mulia ni. " Haikal, I'm wearing baju kurung. Like– duhhh ? "

Haikal memberi pandangan tajam padanya yang membuatkan dua terdiam serta terkedu. " Do what I said. I'm. your. boyfriend. " Sepatah-sepatah lelaki itu bercakap. Jelas lagi nyata. " Boyfriend huh ? " Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum kecil. Lelaki itu mengaku sebagai boyfriendnya jadi dia tak single dah.

Tok tok tok!

" Masuk. " Nampak professional tak ? Huhu Hana memang pro, anda ada ? Takdakan ? " Hana Boo ! " Saat nama panggilannya itu disebut, kepalanya terus terangkat. Takda orang yang panggil dia Hana Boo selain–

" Baby Azjim ! " Dia memeluk erat lelaki dihadapannya itu. Perpisahan selama 5 tahun terlalu lama baginya. " Miss me that much huh ? " Dia mengangguk sambil masih berpelukan. " Jom jumpa ayah. " Dia segera menarik tangan lelaki itu tanpa tunggu lama. Sumpah rindu !

MS: Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now