41

2.6K 170 6
                                    

Hana menyandarkan badan di atas sofa dipejabatnya itu. Penat gila hari ni. Selepas kejadian umi minta dia jumpa dengan anak kawan uminya itu, sejak tulah jugalah dia terpaksa keluar jam 3 petang setiap hari untuk jumpa lelaki itu. Katanya nak date. Macam takda kerja je lelaki itu.

Tah pape tah.

Dia dah bagitahu ayahnya fasal perkara itu jadi ayahnya tak akan carinya sepanjang dia keluar itu. Lelaki itu faham. Kerjanya banyak tertangguh sebab date tak guna tu. Kalau bukan sebab umi memang taklah dia nak buat. Umi kata sementara dia sedang single ni, cubalah berkenalan dengan lelaki itu.

" Puan, kenapa sejak kebelakangan ni asyik keluar je ? Nak cakap ada meeting dengan client tak juga. " Haikal duduk dikerusi dihadapannya. Tak larat nak angkat kepala tapi sebab nak tengok muka abang batu itu, sanggup angkat kepala.

" Saya ada hal dekat luar. " Jawapan pendeknya itu langsung tak meyakinkan Haikal. Lelaki itu membuat muka tak berpuas hati padanya. " Saya dengar puan pergi date dengan anak datin mana tah. "

Matanya memandang ke arah wajah tegang lelaki itu. Mana Haikal dengar cerita ni ? Confirm ada budak-budak office nampak dia date dekat mamak lepas itu membawang dekat office. " No– Saya jumpa kawan lama saya je. "

Lelaki itu memandangnya tajam seperti lelaki itu tahu dia sedang menipu. " Okay fine. My umi suruh berkenalan dengan anak kawan dia tu disebabkan saya takda calon untuk kahwin sekarang. That's all. "

Haikal mengangguk-angguk faham. Dia tak mampu nak tipu abang batunya itu lama-lamalah. " Your umi suruh date dengan mamat tu sebab puan takda calon suami ? " Hana mengangguk kecil. Tak ke awak simpati pada saya abang batu.

" You never tell your umi about me ? " Dia memandang pelik lelaki itu. Dah kenapa nak bagitahu uminya pasal Haikal ? Lelaki itu siapa dalam hidup uminya ? " I am your boyfriend, right ? " Okay faham dah.

Ha'ah ek. Kenapa dia tak bagitahu umi yang dia boleh kahwin dengan Haikal ? Tapi Haikal bukan terus setuju. Lagipun yang boyfriend girlfriend tu mereka main-main je. " Haikal, biar saya– "

" Jom kita kahwin. " Kata-kata lelaki itu membuatkan dia terkedu, terkesima. Semualah. Dia salah dengar ke ? Cuba korang baca balik dialog Haikal tu, betul ke tu ? " What ? "

" Jom kahwin. "

Haikal mengulang ayat itu buat kali kedua. Kalau dah dua-dua kali tu dengar ayat yang sama maknanya dia tak salah dengar. " Saya tak boleh tahan lagi tengok awak dengan lelaki lain. "

Okay sejak bila dia dengan lelaki lain ni. Okay. " Saya tak nak awak pandang lelaki lain, saya nak awak pandang saya je. Sayang saya je. " Aww you're too sweetlah Haikal.

Lelaki itu meraba poket seluar sebelum mengeluarkan sesuatu. " Will you marry me ? " Cincin dihadapannya itu membuatkan dia makin tak senang duduk. Wah, betul-betul dah ready nak kahwin si abang batu ni. Pertama kali dia dilamar jadi beritahu dia apa yang perlu dia lakukan ketika itu !

" Uhm– Haikal. Kita baru kenal 5 bulan. Kita tak kenal antara satu sama lain secara mendalam pun. " Jelas kelihatan kekecewaan diwajah lelaki itu. Fuh– dia nervous.

" –and now I wanna know more about yourself supaya saya dapat lebih mencintai awak. "

Hah, sweet tak sweet. Jangan cakap sour pula. " So terimalah ni ? " Dia mengangguk laju. Gilalah tak terima. Crush dah ajak kahwin kut. Bukan biasa-biasa ni. " Nanti saya suruh mak hantar rombongan meminang. "

MS: Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now