28

2.5K 188 8
                                    

" Truth or dare, Encik Farhan ? " Haris menjerit dengan kuat dan terujanya bagi menghangatkan suasana permainan itu. " Dare, of course. Real man ! " Farhan menepuk-nepuk dada yang bidang itu bagi menunjukkan yang lelaki itu kuat. Dia pun tak faham kenapa lelaki suka buat begitu.

" Okay. Confess pada orang yang kau suka among us. "

Abangnya itu memang pandai pilih dare yang menarik. Lelaki itu pandai membuatkan suasana menjadi ceria. Dia dah kata sebelum ini, kalau bolehlah dia kahwin dengan abangnya sendiri dah lama dia kahwin. " Cik Hana– " Hana yang sedari tadi hanya memperhatikan gelagat para pekerja itu sambil tersenyum memandang ke arah Farhan selepas lelaki itu menyebut namanya.

" –I like you. " Dia tak mampu nak membuka mulut untuk berbicara pun saat itu kerana terlalu terkejut. Nak bercakap pun jadi takut. Takut lelaki itu terluka. Dia menjeling sedikit ke arah Haikal dan ternyata Haikal sedang merenung ke arahnya dengan mata yang tajam. " Thank you, Farhan. "

" Okay now my sister's turn. Truth or dare Hana ? " Dia tak mampu nak memilih dare sebab dia tahu mereka semua ni dah memikirkan dare yang kejam-kejam, lagi-lagi abangnya itu. Ada je ideanya. " Truth. " Masing-masing sudah berbisik antara satu sama lain untuk berbincang soalan yang hendak ditanya.

" Okay saya tanya. " Farhan menawarkan diri untuk bertanyakan soalan padanya membuatkan dia agak kekok. Siapa je tak kekok selepas sebuah luahan hati ? " Do you prefer me or Haikal ? " Soalan itu membuatkan dia menjeling sedikit ke arah Haikal sekali lagi. Keadaan yang tadi meriah kini sunyi.

" BothI think. Kita mana boleh memilih masa kerja. " Semua orang sudah kelihatan kecewa dengan jawapan yang dia berikan itu. " Pilih satu. " Kak Mila dengan terujanya memandang ke arah dia sambil mengangguk-anggukkan kepala.

" Ha– Haikal maybe ? "

Farhan terus mendudukkan diri semula selepas mendengar jawapan darinya itu dan sempat dia memandang ke arah Tila. Sudah pastilah wajah wanita itu seperti nak membaham dirinya dan dia pasti wajahnya sedang merona sekarang. " Okay Haikal. Truth or dare. "

" Truth. " Dengan selambanya lelaki itu menjawab. Buuu tak real man buu. Lelaki mana pilih truth. Buuuu. Kecam Haikal please, KECAMLAH ! " Taknaklah, nak truth and dare. " Uit. Ni betul real man ni, dua-dua dipilihnya.

" Tunjuk perempuan dekat sini yang sama dengan ciri perempuan idaman kau, tu dare dia. And tell us the reason, tu truth. " Lelaki itu memandang sekeliling sebelum mata mereka bertembung membuatkan dia terpaku. Lelaki itu terus memandangnya dengan pandangan yang baginya sangat lembut.

Hana ni manalah boleh kena pandang macam tu, dia pun alihkan pandangan matanya ke arah abangnya kerana dia terlalu malu. " Puan Hana– " Matanya terus bergerak memandang ke arah Haikal yang sedang menunding jari ke arah dirinya.

" Dia ada ciri perempuan idaman aku. Dia buatkan jantung aku nak berhenti berdegup setiap kali– " Haikal masih memandang ke arah dirinya dengan mata yang sayu itu. Entah kenapa dia rasa lelaki itu sedang meluahkan perasaan sekarang ni.

" –dia senyum. "

Hana tertunduk ke bawah sambil tersenyum lebar hingga ke telinga. Bagitahu dia siapa je tak senyum macam orang gila bila crush dia puji dia macam tu. " Aku sebagai abang Hana, merestui hubungan korang. " Haikal suka main tarik tali dengannya. Sumpah boleh gila cik hatinya kalau hari-hari macam ni.

MS: Crush Sekeras Batu ✔Where stories live. Discover now