Sooyoung mendaki anak tangga untuk kebiliknya. Badannya begitu keletihan sejak beberapa hari ini. Dia juga jenis yang tak suka ke klinik dan ubat. Badannya direbahkan diatas katil pemberian mendiang abangnya.
Baru dia hendak memejamkan mata, pintu biliknya dikuak. Kim Somin, adiknya muncul dengan membawa segelas minuman jernih dan bubur yang masih panas di dalam mangkuk.
"Unnie, bangun makan." Somin meletakkan dulang makanan ditepi katilnya. Tubuh kakaknya yang lemah terbaring di atas katil diangkat bangun. Bantal diletakkan di kepala katil bagi menyandarkan tubuh kakaknya itu.
"Somin ada buatkan bubur. Unnie cubalah rasa ya. Kesian perut tu. Dari semalam tak berisi." Tutur Somin. Sudu yang disendokkan dengan bubur disuakan kedalam mulut kakaknya.
Tak sampai dua suap, Sooyoung dah menolak bubur yang disuakan.
"Dah kenyang."
Somin tercengang.
"Unnie, baru dua sudu unnie makan unnie dah cakap kenyang." Sooyoung mengangguk. Dia tak boleh nak telan semua bubur itu. Tekaknya berasa loya sangat.
Somin meletakkan kembali mangkuk keatas dulung. Gelas air diambil dan disuakan ke kakaknya. Sooyoung meneguk sedikit sebelum dihulurkan kembali pada Somin.
"Kita pergi hospital ya, pergi check." Sooyoung menggeleng laju.
"Unnie. Unnie kena dapatkan rawatan segera. Unnie sakit ni. Bibir pun dah pucat. Somin temankan unnie. Malam ni kita pergi." Sooyoung tak mampu nak menghalang adiknya. Dia turutkan sahaja dan mengangguk.
Somin tersenyum.
"Unnie tidur dulu ya. Nanti pukul 8, Somin kejutkan unnie semula." Tubuh kakaknya dibaringkan. Somin bangun. Selimut dihujung katil ditarik menyelimuti tubuh kakaknya.
Somin mencium dahi kakaknya sebelum melangkah keluar dengan membawa dulang ke dapur.
'Unnie patut lupakan dia. Dia tak layak untuk unnie. Langsung tak layak.' Desis hati Somin.
🌸

ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETED] WIFE 아내 (WONWOO SVT)
Conto#5 in short story (211217) Kahwin dengan Jeon Wonwoo tak semudah yang disangka. Dulu sebelum kahwin dia lain. Dan lepas kahwin dia lain. Dia berubah. Berubah sehingga tinggalkan isteri semata demi perempuan. Bila semuanya dah terbongkar, mulalah si...