BOOM!!!
bunyi letupan yang kuat itu membuatkan aku dan Eren terjaga dari tido masing²...
Kami berpandangan sesama sendiri sebelum kaki kami melangkah keluar dari khemah..
Terbeliak mata aku bila puak² werewolf cuba menumpaskan seekor naga yang 10 Kali ganda saiznya dari mereka...
Sery yang berhampiran dengan kami aku tepuk bahunya...
"Apa yang dah jadi ni Sery?"
Aku menyoal Sery yang agak gelisah...
"Drago! Dia tetiba ja datang dan menyerang kami! Ramai yang cedera parah sekarang ni!"
Aku terkejut dengan pernyataan Sery...
Drago?
Jadi naga itu adalah naga lagenda yang dikatakan itu?
Aku melangkah ke hadapan meninggalkan Eren dan Sery di belakang...
Para werewolf mencuba sedaya upaya untuk menewaskan Drago si naga itu...
"Berundur semua! Dia akan lepaskan nafas berapi!"
Jerit aku sekuat mungkin..
Tetapi seekor werewolf pun tidak menghiraukan aku...
Aku mengetap gigi...
Drago sudah mahu melancarkan hembusan berapinya...
"Shiëld nõ ïkæ!"
Sebaik sahaja Drago melepaskan nafas berapinya pelindung magik yang aku bina menghalang hembusan nafasnya...
Aku melangkah ke hadapan melepasi para werewolf itu dan keluar dari pelindung magik aku...
Tangan aku diangkat lalu menghala ke arah Drago yang berjarak 300 meter dari aku...
"Néô fréèzæ Jï"
Drago yang mahu melancarkan serangan ke atas aku tidak dapat bergerak dan juga bebola api yang hendak dilancarnya hilang...
"Élférd Swõrd!"
Sebilah pedang berwarna hitam yang agak besar muncul di tangan aku...
Pedang itu aku libaskan pada Drago yang masih tidak boleh bergerak itu secara berterusan...
Darah Hitam pekat mula keluar dari kesan luka yang berada di seluruh tubuh Drago...
Drago Sudah bisa menggerakkan tubuh badannya yang boleh dianggap gergasi bagi aku itu...
Sekali lagi dia mahu menyerang aku dengan kibasan sayap berapinya...
"Tîéd ínà yüi!"
Satu bulatan magik terhasil di bawah Dragon sebelum dia mengibaskan sayapnya...
Sejurus itu rantai Perak yang besar mula melingkari kaki dan badan Dragon sehingga ia jatuh menyembah tanah...
Aku melangkah ke arah Drago yang tidak mampu melakukan apa² serangan lagi...
Kepalanya aku usap terlebih dahulu...
"Maaf... Aku lakukan semua ini demi kesejahteraan kaum di sini..."
Pedang Elferd aku angkat melepasi kepala aku lalu aku menikamnya tepat di kepala Drago...
YOU ARE READING
Magic In Heart|COMPLETE|
Fantasy"X... Ayah mati bukan sebab aku... Eli mati bukan sebab aku... Ianya kerana takdir... Dan sekarang takdir aku adalah untuk tamatkan riwayat kau!!!"-Shielda Cover by myself?