Bonus pt.2

4.7K 263 82
                                    

"Abang ni memang tak sayang saya eh?!"

"Mana ada. Abang sayanglah kat Shiel. Janganlah macam ni." Pujuk Eren. Pening kepalanya dengan kerenah si isteri yang dah sarat mengandung.

"Tipu! Kalau abang sayang Shiel, kenapa abang tidur kat pejabat semalam?! Kenapa tak tidur dalam bilik?!" Marah Shiel. Bonda dan Aurora hanya melihat. Pening kepala diaorang ni.

"Semalam abang tertidur dalam pejabat. Kerja banyaklah sayang." Pujuk Eren lembut. Cakap kasar nanti lagi teruk padahnya.

"Tipu! Abang ada perempuan lain kan?!" Eren mengurut kepala lembut. Ya ampun... Mai mana pulak perempuan lain ni?

"Sumpah sayang. Abang tertidur je dalam pejabat sebab penat sangat. Kalau tak percaya tanya Licius. Dia pun teman abang." Ujar Eren lembut.

Shiel mengembungkan pipinya tak puas hati. Diperhatikan suaminya dari atas ke bawah. Scan ke kak oii?

"Betul?" Soal Shiel meminta kepastian.

"Betul. Sumpah!" Eren mengangkat tangan separuh tanda bersumpah.

"Kalau Shiel tahu abang ada perempuan lain, Shiel siat² kulit abang!!" Ugut Shiel. Dibuat juga lakonan dia menyiat kulitnya sendiri.

"Okey²! Janji! Abang takkan ada perempuan lain selain sayang. Sekarang mai sini. Tak baik marah². Kesian bayi dalam perut tu." Eren cuba melangkah mendekati Shielda tetapi ditegah pantas oleh si isteri.

"Aipp! Jangan dekat! Shiel tak kata lagipun Shiel dah maafkan abang!" Pulak dah. Eren mula mengusutkan rambutnya. Kepalanya rasa nk meletup dah ni.

Sejak Shielda mengandung ni, makin mengada² perangainya. Benda yang kecil pun nk dibesar²kan.

Ada sekali tu, Shielda merajuk dengannya selama seminggu sebab berbual berdua dengan bonda. Dengan bonda sendiri pun nk jeles ke?! Tetiba...

"A--abang..." Terus Eren mengangkat kepalanya.

Terkejut dia apabila nampak Shielda sedang memegang perutnya sambil berpaut pada dinding.

Wajahnya berkedut seribu seperti menahan sakit. Pantas dia berlari mendapatkan Shielda begitu juga dengan bonda dan Aurora.

"Shielda! Kenapa ni?!" Soal Eren cemas. Tubuh Shielda dipegang kuat.

"I think its time." Jawapan bonda membuatkan Eren lebih cemas. Pertama Kali dia ada dalam situasi macam ni.

"A--apa Eren nk buat sekarang ni?" Soal Eren clueless.

"Bawak dia ke atas katil. Aurora! Panggil Tabib istana. Faster!"

∆∆∆∆∆∆∆∆

Eren kehulu- kehilir di depan pintu bilik tidurnya. Hatinya berdegup kencang. Apalah yang terjadi dengan Shielda dan bayinya di dalam.

"Abang Eren duduklah dulu. Licius yakin, kakak takkan apa²." Pujuk Licius lembut. Bahu abang iparnya itu ditepuk lembut.

"Betul tu! Mama dengan adik kan kuat?" Ujar Eli bersemangat. Sedikit sebanyak menaikkan semangat Eren yang gusar itu.

Eren tersenyum nipis walaupun hatinya masih berdebar². Rasa nk meletup jantungnya menunggu bonda dan tabib istana yang dah 2 jam berada dalam bilik itu.

"ARRGHHHH!!!!" Kedengaran jeritan Shielda yang kuat dari dalam bilik. Makin cemaslah Eren.

"Uwekk! Uwekk!" Bagai nk luruh hatinya mendengar tangisan bayi itu. Hatinya memberontak untuk melihat wajah bayinya itu.

Mahu sahaja air matanya mengalir membasahi pipi.

Pintu bilik itu perlahan² dibuka dari dalam. Kelihatan bonda yang keluar dari bilik itu dengan senyuman bahagia.

Magic In Heart|COMPLETE|Where stories live. Discover now