part 27

2.9K 208 50
                                    

Dah 5 bulan berlalu sejak peristiwa kehilangan Luna...

Ekrae?

Dia dah serupa orang x siuman...

Dia masih melakukan tugasnya...

Tapi tiap² malam dia akan nangis dan menyebut nama Luna...

Aku yang mendengar ni pun kesian kat dia...

Hari ni kami semua akan serbu tempat perjumpaan Clown Freak di Skile Kingdom...

Tapi itu bukan kubu utama mereka dimana ketua mereka berada...

Ianya hanya salah satu tempat perjumpaan mereka semua...

Kami semua dah naik ke atas kuda masing² dan bersedia untuk menunggang mereka ke Skile Kingdom...

Setelah lebih kurang 2 hari menunggang kuda kami tiba di kubu sementara Clown Freak...

Nampaknya diorang dah tahu akan "lawatan mengejut" kami ni..

Berpuluh askar bertopeng badut itu bersedia untuk menyerang kami...

Aku hanya berdiri di belakang manakala yang lain mula menyerang tentera Clown Freak itu...

Aku menggunakan sihir pemulih untuk memulihkan tentera diraja yang tercedera...

Akhirnya semuanya tumpas menyembah tanah...

Kami meneruskan perjalanan masuk ke dalam gua yang agak gelap itu...

Sehingga ke penghujungnya...

Aku kira² 10 orang lelaki yang berbadan tegap menghalang kami dari terus maju...

Seorang perempuan sedang duduk membelakangi kami semua....

Dan...

Aku rasa aku kenal dia...

Tentera² aku itu mula menyerang 10 orang lelaki tegap itu...

Agak sukar untuk menumpaskan mereka kerana saiz badan mereka yang agak besar...

Setelah berusaha sehabis mungin...

10 orang itu akhirnya tersungkur jua...

Perempuan yang duduk membelakangi kami itu menepuk tangannya...

Perlahan² dia bangun Dari kerusi yang didudukinya tadi...

"Tahniah..."

Suara ni!

Perempuan itu menoleh...

Semua terkejut melihat wajah wanita itu...

"Luna?!"

Aku hanya melihatnya dengan pandangan dingin...

Ekrae mahu melangkah ke arah Luna...

Aku sedar yang air mata Ekrae sudah mula bertakung...

Tangan aku sempat menghalang Ekrae dari terus melangkah mendekati Luna...

"Knapa kau buat semua ni Luna?"

Pandangan mata aku masih tidak berganjak dari tubuh Luna...

"Sebab apa? Hahahaha! Aku buat semua ni sebab kau lah perempuan sial!"

Aku masih menatap mukanya dingin...

"Kau... Kau ingat aku x nampak apa yang kau buat blakang aku hah?! Kau berpelukkan dengan Ekrae aku! Aku x buta lagilah sial!"

Nampaknya Luna betul² marah...

"Dan kau jantan!"

Luna menundingkan jarinya ke arah Ekrae...

Magic In Heart|COMPLETE|Where stories live. Discover now