╭┉┉┅┄┄┈•◦ೋ•◦❥•◦ೋ•
LETTER TO YOU
•◦ೋ•◦❥•◦ೋ•┈┄┄┅┉┉╯you can simply ignore the music if you don't like it
because sometimes it doesn't fit at all웃으면되게 귀여워
you look super cute when you smile.⋆ฺ。*:・
Sorakan para penyokong mula bergema disegenap ruang dewan. Panel juri yang bertugas masih berbincang sementara menunggu bermulanya peringkat separuh masa.
Kelihatan jurulatih bagi kedua belah pasukan memberikan arahan diluar gelanggang bagi pemain liga bola keranjang pada hari itu.
Para pemain mendengar dengan teliti tanpa menghiraukan air jernih yang sudah membasahi wajah. Jiwa masing - masing tersemat rasa berkobar korbar untuk merebut kemenangan.
Jari jemari milik Yunseong mengelus rambutnya yang sudah agak basah itu kebelakang. Air diteguk rakus memanjakan tekak yang sedari tadi minta dibasahkan. Jersi bernombor 10 itu sudah lencun akibat peluh.
Pusingan pertama agak mencabar. Pasukan lawan kaya dengan strategi yang sukar dibaca manakala pasukan Yunseong sendiri mempunyai skill yang unik bagi mematahkan serangan pihak lawan.
Namun, pusingan pertama hanya menyebelahi pihak lawan. Pasukan Yunseong masih tidak akan menyerah sebelum tibanya bunyi wisel terakhir.
Yunseong meletakkan botol air yang sudah diteguk separuh itu di atas bangku. Sebuah botol biru muda yang terletak bersebelahan menarik perhatiannya.
Sticky note yang dilekat pada penutup botol itu dipandang sekilas. Tangannya lantas mencapai botol itu tatkala mata menangkap namanya yang ditulis kemas.
𝙔𝙤𝙪 𝙢𝙖𝙮 𝙚𝙣𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩𝙚𝙧 𝙢𝙖𝙣𝙮 𝙙𝙚𝙛𝙚𝙖𝙩𝙨,
𝘽𝙪𝙩 𝙮𝙤𝙪 𝙢𝙪𝙨𝙩 𝙣𝙤𝙩 𝙗𝙚 𝙙𝙚𝙛𝙚𝙖𝙩𝙚𝙙.
𝙔𝙤𝙪 𝙜𝙤𝙩 𝙩𝙝𝙞𝙨, 𝙜𝙤𝙤𝙙𝙡𝙪𝙘𝙠 𝙃𝙬𝙖𝙣𝙜 𝙔𝙪𝙣𝙨𝙚𝙤𝙣𝙜!Yunseong memandang sekeliling kalau-kalau ada sesiapa yang mencurigakan di matanya. Namun hanya kelihatan para penyokong disebalik benteng yang memisahkan antara gelanggang dan tempat duduk penonton.
Di dalam kawasan gelanggang pula hanya ada para pemain, jurulatih, juri dan yang berkaitan sahaja. Yunseong memandang Seungwoo yang baru mencapai botol air baru di dalam kotak.
" Seungwoo, kau tau siapa yang bagi ni? " botol biru itu diangkat ke hadapan muka Seungwoo. Dia menggeleng setelah meneliti botol asing itu.
Yunseong kembali meletakkan botol itu ditempat asal. Takkan lah rakan sepasukannya yang beri. Mahu dikatakan gay pula nanti.
Berbekalkan kata-kata semangat yang diberi oleh si pemberi misteri, Yunseong kembali menapak kedalam gelanggang. Dia kini lebih bersedia dengan posisinya sebagai point guard.
Tiupan wisel menjadi tanda bermulanya pusingan seterusnya. Sorakan para penyokong kembali meruihkan keadaan. Bunyi geseran kasut pada lantai gelanggang kedengaran dek gelecekan pemain.
Yunseong fokus pada bola yang menjunam laju kearahnya. Dengan mudah bola jingga itu disambut menggunakan satu tangan sahaja.
Kakinya pantas menggelecek melepasi benteng pertahanan pihak lawan. Namun benteng seterusnya menyukarkan Yunseong melepasi terus ke jaring gol. Pengawasan yang ketat itu membuatkan Yunseong tidak dapat maju kehadapan dengan lebih lagi.
Pada detik dan saat itu, kata-kata tadi kembali terlintas di kepalanya. You must not be defeated. Sengihan terbit di hujung bibirnya.
Yunseong melompat tinggi sambil lengan kekarnya di bawa menjauhi badan. Bola jingga itu dihantar tepat ke gelung jaring gol sekaligus mendapatkan 3 mata. Kedengaran sorakan para penyokong semakin kuat.
Yunseong mendarat sambil tersenyum sebelum masuk ke posisi seterusnya. Perlawan berterusan dengan prestasi yang lebih baik. Dia menikmati detik detik perlawanan itu tanpa menyedari dirinya diperhati seseorang dari jarak jauh.
Wahai si pemberi, siapakah anda?
YOU ARE READING
𝐋𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 𝐓𝐎 𝐘𝐎𝐔 : 𝐇𝐘
Fanfiction❛❛ 𝑖𝑓 𝑖 𝑤𝑟𝑜𝑡𝑒 𝑎 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑙𝑒𝑡𝑡𝑒𝑟, 𝑤𝑜𝑢𝑙𝑑 𝑦𝑜𝑢 𝑤𝑟𝑖𝑡𝑒 𝑏𝑎𝑐𝑘? ❜❜ here lies, your imaginary crush ﹆𝑠𝑡𝑎𝑟𝑡 - 100520 ﹆𝑒𝑛𝑑 - 200520 𝑐𝑜𝑣𝑒𝑟 𝑏𝑦 : @𝑆𝐸𝐻𝑈𝑁𝐼𝑆𝑀-