you can simply ignore the music if you don't like it because sometimes it doesn't fit at all
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
당신의이름은내가가장좋아하는단어입니다 your name is my favourite word.
⋆ฺ。*:・
Yunseong meneguk botol air itu buat kali ketiga. Perit pula tekaknya apabila hanya menjamah sedikit air selama dua pusingan berturut-turut. Dia duduk di atas lantai simen sambil bersandar pada bangku kayu yang tersedia.
Nafasnya turun naik cuba mencari kembali tenaga yang sudah digunakan semasa perlawanan sebentar tadi. Keadaan dewan pada peringkat akhir liga bola keranjang itu lebih riuh daripada peringkat sebelum ini.
Lawan pada kali ini juga tidak dinafikan sememangnya hebat belaka. Tinggal dua pusingan sahaja lagi untuk menentukan siapa johan liga pada hari itu.
Yunseong menarik nafas dalam-dalam. Baru dua pusingan sudah membuatkan dia bagai kehilangan nafas, apa lagi pusingan seterusnya?
" Yunseong, kau ok lagi? " dia mengangkat ibu jari sebagai jawapan. Seongwoo angguk sebelum menghulur sesuatu kepada Yunseong.
" Apa ni? " soal Yunseong. Seongwoo mengangkat bahu.
" Ada someone suruh aku bagi kau tadi. Surat dari peminat kot? Macam haritu haha " usik Seongwoo sambil tersenyum sumbing. Geli hati melihat rakan sepasukannya yang sudah mengguling bola mata.
Yunseong membuka sampul surat berwarna merah hati itu. Kali ini bukan sticky note tetapi sekeping kad seperti yang pertama kali dia menerima surat misteri itu.
Isi sampul itu ditarik keluar. Seongwoo sudah duduk di sebelah Yunseong. Nak join sekaki baca surat dari peminat Yunseong lah tu.
Tanpa menjawab, Yunseong memasukkan sampul tersebut ke dalam beg sebelum berdiri membuat regangan kembali. Sengaja mahu mengelak soalan cepumas dari Ong Seongwoo itu.
" Dah lah jom masuk " arah Yunseong setelah wisel dari pengadil berbunyi kembali.
══════════════════════ 아니야방법, 깊이내려누구세요? no really. way, way down deep. who are you? ══════════════════════
Yunseong bersandar pada penyandar kerusi sambil mengeluh kecil. Kakinya yang berbalut itu di tenung lama sebelum meraup wajahnya beberapa kali.
Yunseong tampak biasa namun fikirannya begitu bercelaru ketika itu. Kalau lah pihak lawan tidak merempuhnya sehingga dia jatuh terseliuh, mungkin dia masih lagi dapat bermain pada pusingan terakhir.
Gelagat rakan sepasukannya hanya mampu diperhati dari luar gelanggang. Untung saja pemain ganti begitu cekap menjalankan peranannya di tempat Yunseong.
Masa tinggal lagi beberapa saat sebelum permainan tamat. Yunseong memerhati Seongwoo yang masih fokus dengan pola permainannya.
Seongwoo melompat sebelum bola jingga di tangannya itu dilontar terus memasuki jaring gol sekaligus menjadi mata terakhir bagi pasukan mereka hari itu.
Dewan digegarkan dengan sorakan para penyokong tatkala tiupan wisel tiga kali yang menandakan tamatnya pusingan terakhir perlawanan liga itu berbunyi.
Usai bersalaman dengan pihak lawan, Seongwoo terus mendapatkan Yunseong yang terduduk di luar gelanggang dengan senyuman terhias di wajahnya.
" You're a good captain " bahu Yunseong ditepuk perlahan seraya meneguk botol air yang baru dicapainya.
Tanpa kehadiran seorang kapten pasukan yang berkaliber disamping jurulatih, pasukannya tidak mungkin akan dinobatkan sebagi johan pada hari itu.
Walaupun Yunseong tidak dapat bermain sehingga wisel penamat berbunyi, dia tetap bangga dapat memimpin pasukannya dengan baik.