╭┉┉┅┄┄┈•◦ೋ•◦❥•◦ೋ•
LETTER TO YOU
•◦ೋ•◦❥•◦ೋ•┈┄┄┅┉┉╯you can simply ignore the music if you don't like it
because sometimes it doesn't fit at all당신은 카메라입니까? 내가 널 볼 때마다 웃어
are you a camera? because everytime i look at you, i smile.⋆ฺ。*:・
Yunseong menongkat dagu. Suasana kelas yang hanya bertemankan suara Mr Kim itu membuatkan matanya ingin tertutup.
Walaupun waktu hanya tinggal beberapa minit saja lagi, Mr Kim terus menerus memberi tugasan pada hari itu.
Fokus Yunseong terganggu dek rasa mengantuk. Tak apa lah, selalunya Mr Kim akan menulis semuanya di hadapan papan putih itu. Tinggal snap and go home!
Pandangan dilempar ke arah bangunan jiran bersebelahan yang menempatkan bilik musik, perpustakaan dan juga makmal sains.
Hanya beberapa kelas sahaja yang ditempatkan di bangunan itu dan mereka kebiasaanya pelajar yang mengambil aliran sains.
Dari tingkap kaca lut sinar itu, jelas kelihatan deretan kelas yang turut berada pada tingkat yang sama di bangunan sebelah.
Matanya bertaut pada tingkap yang bertentangan dengan kelasnya. Disebalik tingkap kaca itu, dia melihat susuk tubuh seorang gadis yang begitu fokus membaca sesuatu.
Entah kenapa bagai ada aura yang membuatkan dia terus menatap gadis itu dari jauh. Setiap gerak-geri diperhatinya tak lepas.
Kot putih disarungkan pada tubuh gadis itu, mungkin bersedia untuk ke makmal sains. Sekali dua pandang, persis gaya seorang saintis yang ingin membuat uji kaji.
Rambut hitam beralun paras bahunya pula terjuntai mesra pada bahu. Kaca mata yang sedikit menurun dibetulkan menggunakan jemarinya.
Bagai ada satu tarikan magnet, gadis itu membalas tatapan mata Yunseong. Buat beberapa saat, mata mereka bertaut sebelum Yunseong yang agak terkejut melemparkan senyum segaris padanya.
Gadis itu cepat-cepat menunduk kembali memandang bukunya seperti tadi. Bezanya kali ini fokus sudah melayang pergi entah ke mana.
Bagai ada rasa aneh, Yunseong seperti terpinga-pinga. Laju dia kembali menatap Mr Kim yang sudah berura-ura ingin menamatkan kelas pada hari itu. Sebaik salam diberi, Jinyoung datang menerpa.
" Jom balik " Yunseong angguk sebelum beg galasnya ditarik lalu disangkut ke bahu. Seperti yang dijangka, semua tugasan siap ditulis pada papan putih itu.
Laju gambar ditangkap sebelum kakinya menyamakan langkah dengan Jinyoung.
" Aku nak pergi loker kejap, lupa something. Kau tunggu aku depan pagar " Yunseong terus melangkah menuju ke arah lorong loker seusai Jinyoung mengangguk.
══════════════════════
왜 내가 공허하다고 느끼는가
why do i feel so empty?
══════════════════════Yunseong sekali lagi melihat ke dalam lokernya. Setakat ini, sudah lima kali dia mengulang perkara yang sama.
Tidak berpuas hati, buku-buku yang tersusun kemas itu pula diangkat satu persatu. Usai menggeledah seluruh loker, Yunseong akhirnya berhenti sejenak.
" Tak kan takde? " dia menjentik kepala sendiri, cuba berfikir lagi. Di mejanya juga sudah di perhati sebaik mungkin sejak pagi tadi.
Apabila dia sudah mengalah bercampur buntu, Yunseong terus saja mengunci pintu loker. Tiada surat untuk hari ni?
Tak kan dia miss sehari?
YOU ARE READING
𝐋𝐄𝐓𝐓𝐄𝐑 𝐓𝐎 𝐘𝐎𝐔 : 𝐇𝐘
Fanfiction❛❛ 𝑖𝑓 𝑖 𝑤𝑟𝑜𝑡𝑒 𝑎 𝑙𝑜𝑣𝑒 𝑙𝑒𝑡𝑡𝑒𝑟, 𝑤𝑜𝑢𝑙𝑑 𝑦𝑜𝑢 𝑤𝑟𝑖𝑡𝑒 𝑏𝑎𝑐𝑘? ❜❜ here lies, your imaginary crush ﹆𝑠𝑡𝑎𝑟𝑡 - 100520 ﹆𝑒𝑛𝑑 - 200520 𝑐𝑜𝑣𝑒𝑟 𝑏𝑦 : @𝑆𝐸𝐻𝑈𝑁𝐼𝑆𝑀-