Sempadan Negara Aldoria
Gadis itu berlari laju mengejar arnab kecil dihadapannya. Tangannya menepis pepohon renek hutan yang menghalang pandangannya dengan arnab kelabu itu. Kakinya menginjak pantas lantai hutan yang lembab dengan titisan embun pagi. Matanya kekal fokus pada arnab yang berlari menyelamatkan diri daripadanya.
Arnab kelabu itu menyusup pantas ke bawah sebatang pohon kayu yang telah tumbang. Gadis itu menghumban badannya ke depan, cuba menggapai kaki belakang arnab kecil itu. Separuh badan arnab itu telah lolos ke dalam lubang kayu, apabila secara tiba-tiba dia terasa tubuhnya disedut oleh sesuatu sehingga dia tercampak ke sini.
****
Geirangerjford,Norway. (4.47 p.m)
Rydan menyusur denai yang membawanya lebih jauh ke dalam hutan. Sesekali lensa kamera diacukan pada beberapa tumbuhan yang menarik perhatiannya. Menjadi seorang photographer untuk majalah berkaitan alam semulajadi menuntutnya sentiasa peka dengan subjek di sekitarnya. Gambar-gambar yang telah dirakamkan kemudiannya akan dicuci di studionya sebelum dihantar ke sebuah syarikat penerbitan. Sudah lebih empat tahun dia berkecimpung dalam bidang ini. Sebelum ini otaknya tepu dengan segala macam pelan bangunan yang perlu diteliti sebagai seorang jurutera, lalu dia buat keputusan drastik untuk berhenti. Fotografi lebih kena dengan jiwanya.
Rydan mengatur langkah dengan berhati-hati, mengelak daripada terpijak bunga blue bell yang tumbuh melata di lantai hutan itu. Telinganya menangkap sayup-sayup bunyi air terjun di kejauhan. Memang terdapat sebuah air terjun lebih kurang dua batu ke barat.
Seekor burung bee-eater rona hijau dan biru yang singgah mencicit nyaring di sebatang dahan pokok wych elm menghentikan langkah Rydan. Rydan segera menfokuskan kameranya ke situ. Lens diubah supaya imej yang terhasil lebih jelas lalu jari telunjuknya memetik butang pada bahagian atas kamera nikon itu sebelum secara tiba-tiba, seorang gadis keluar dari belukar di belakang pokok itu lalu mengejutkan burung yang bertenggek senyap di pohon itu tadi. Burung itu bertempiaran terbang ke dalam hutan.
"Hah!!! Akhirnya....manusia!"
Gadis itu terjerit kecil ke arah Rydan. Jari telunjuknya mengunjuk pada lelaki di hadapannya itu.
Rydan menoleh ke belakang, memastikan yang gadis itu tidak tersalah orang. Rupa aku ada iras seladang hutan ke?
"Memang lah aku manusia. Ada nampak tanduk ke kat kepala aku??"
Rydan kecikkan mata, menelek perempuan itu atas bawah.
"Kau kena tolong aku!"
Gadis itu menghampirinya, lalu segera memegang kedua belah tangan Rydan. Dia merenung penuh mengharap ke mata hitam Rydan.
"Kenapa pulak aku kena tolong kau? Kenal pun tak.."
Rydan mengundur beberapa langkah ke belakang. Gila ke minah ni?
"Alaa...tolongla aku. Dari pagi tadi lagi aku pusing-pusing, tak ada pun manusia lain kat sini." Gadis itu memujuk.
Rydan memandang gaun rona putih gading yang dipakai gadis itu.
"Dalam hutan pakai gaun bagai ni, kau lari dari wedding sendiri ke macam mana?"
Dia menyoal. Tak pasal-pasal aku kena belasah dengan pengantin lelaki ni kang!
"Hish tak lah. Ni memang pakaian harian aku pun. Aku rasa, masa aku kejar arnab tadi tu, aku secara tak sengaja dah termasuk ke dalam sempadan dunia sebelah sini." Gadis itu menerangkan.
"Dunia sebelah sini? Habis kau dari mana? Pluto?" Rydan tergelak kecil.
"Aku dari Negara Aldoria, di bawah pemerintahan Raja Rhelasia!".
Gadis itu menjawab dengan riak bangga. Rydan terdiam agak lama, sebelum dia ketawa terbahak-bahak.
"Gila lah kau ni. Dah la, aku nak balik!"
"Betul lah! Aku tak tipu!"
Gadis itu masih gigih mengekorinya dari belakang.
"Yalah, dan aku pulak Legolas, dari spesies Elf!"
Rydan memutar bola matanya ke atas. Sembereno dia memetik nama karakter dalam filem tersohor Lord of The Rings itu.
"Kau manusia biasa, bukan Elf, Elf tu macam Ivsaar. Dia pendek dan..."
"Apa? Benda apa kau sebut tadi?"
Rydan berpusing merenung gadis itu yang berhenti mendadak, mengelak daripada terlanggar tubuhnya.
"Ivsaar? Dia kawan aku..spesies Elf hutan dekat kampung aku ."
"Kau pasti ke otak kau berfungsi dengan betul?"
Rydan memandang kepala gadis itu dengan mata dikecilkan.
"Aku waras. Semua yang aku sebut tu, wujud di sebelah sana."
"Dah la. Aku rasa kau banyak sangat tengok cerita fantasi ni."
Rydan berpaling ke belakang, mahu berjalan keluar dari situ. Namun secara tiba-tiba kamera di dalam genggaman tangannya melurut ke bawah lalu terapung di udara!
Rydan telan liur. Gadis itu menghampirinya dengan tangan yang dihulur terawang ke udara, ke arah kameranya.Tingkahnya bagai mengawal kamera itu dari jauh.
"Sekarang, kau percaya?"
Rydan memandang gadis itu dengan mulut terlopong sebelum kepalanya diangguk laju! Dia ni hantu ke apa?!!
bersambung.....
YOU ARE READING
Dua Sempadan
Fantasytak reti buat sipnosis tapi penuh dengan imaginasi.. Mohon jangan ciplak karya saya!