DS#8

66 0 0
                                    


Hutan Geirangerjford, Norway.

Rydan duduk menyentuh kepala serigala putih itu perlahan-lahan lalu tapak tangannya mengusap bulu selembut baldu itu. Kata-kata Livrose terngiang semula di mindanya. Tak mungkin dia ada kaitan dengan negara di sebelah sana. Dia manusia biasa! Dilahirkan dan dibesarkan di dunia sebelah sini. Mungkin kerana terlalu dipengaruhi cerita dari mulut gadis itu, otaknya jadi tak betul sekarang. Mata biru serigala itu merenungnya lembut. Rydan kekal diam begitu sehinggalah secara tiba-tiba  dia diacukan mata lembing yang tajam di depan mukanya. Serigala putih itu ghaib bagaikan silauan cahaya. Hutan yang tadinya diterangi cahaya dari serigala putih itu mulai bergelap semula.

Di hadapannya kini, seekor makhluk aneh berkepala manusia dan berbadan kuda sedang mengacukan lembing betul-betul di depan batang hidungnya. Rydan telan liur. Tadi chanuques, serigala dan ini?! Ini haiwan apa pula?!

"Bangun!" Makhluk itu bersuara tegas.

Rydan mengundur sedikit ke belakang, lalu bangun perlahan-lahan. Kedua tangannya di angkat bagai pesalah yang ditahan polis. Setelah berdiri begitu, barulah dia sedar makhluk itu betina. Rambutnya panjang mengurai, telinganya berhujung runcing, dan ia bertanduk dua.

"Jalan ke depan!"

Makhluk itu mendesis. Lembing yang dipegangnya di acah rapat ke dada Rydan. Rydan menurut pantas. Mereka berjalan lebih jauh ke dalam hutan. Bunyi sahutan unggas dan burung hantu mulai kedengaran. Sesekali Rydan menoleh ke belakang, berharap makhluk itu ghaib, atau terleka supaya dia boleh melarikan diri namun setiap kali itulah, belakang badannya akan ditujah dengan lembing yang dipegang walaupun tidak sampai melukakan.

"Berhenti..."

Makhluk itu bersuara setelah agak lama mereka berjalan. Dia mundar mandir di kawasan yang agak lapang itu sebelum menghentak lembingnya ke tanah sebanyak dua kali. Lantai hutan terasa bergegar dengan hentakan lembing makhluk itu. Sayup-sayup kedengaran suara bersahutan dari jauh.

"Auhhuuuuhh....!!!"

Makhluk betina di belakangnya berbunyi kuat seperti menyahut bunyian sayup-sayup itu. Rydan menunggu, dengan debar pada jantungnya melantun tak terkawal. Seketika kemudian kedengaran berpuluh-puluh bunyi telapak kaki kuda berlari menghentak tanah menuju ke arah mereka. Makhluk-makhluk itu, berpuluh ekor kesemuanya, mengelilingi Rydan dengan lembing di acu padanya. Rydan mengundur beberapa tapak ke belakang. Peluhnya terasa merenik di dahi membayangkan dirinya dipanggang hidup-hidup!

"Jangan...dia tawanan kita, tapi dia bukan musuh!" Makhluk betina tadi bersuara lantang.

"Dia manusia, Caballo!"

Satu suara menengking marah pada makhluk betina bernama Caballo itu. Suara-suara lain ikut menyokong. Mereka mengangkat lembing tinggi ke udara. Caballo berjalan ke depan Rydan. Tangannya diangkat, isyarat menghentikan sahutan tidak berpuas hati kaumnya.

"Perang yang terjadi di Aldoria berpunca dari kaum yang kita agung-agungkan! Manusia ini diutus ke sini untuk membantu kita! Ramalan Miento takkan tersasar!"

Caballo melaung dengan suara kuat. Bisikan suara dari mulut ke mulut kedengaran mendesis. Rydan telan liur. Cakap pasal aku ke? Diutus apanya aku tengah sesat ni! fikirnya keliru.

"Errrr...maaf lah mencelah..tapi, aku bukan utusan siapa-siapa. Aku sesat je sebenarnya."

Rydan menjelaskan. Bibirnya disengihkan selebar mungkin, buat-buat ramah! Caballo menghampirinya perlahan-lahan. Rydan telan liur, cuak! Makhluk itu menundukkan sedikit kepalanya, matanya merenung mata Rydan, tajam.

"Miento takkan pernah tersilap!" Caballo mengeluarkan suara di sebalik detapan giginya.

"Sia...pa..?" Rydan bertanya takut-takut.

Dua SempadanWhere stories live. Discover now