DU
Fred menghempas gagang telefon di dalam bilik pejabatnya dengan rasa geram yang membuak. Rydan dah melampau! Henry baru sahaja menelefonnya memaklumkan tentang apa yang telah terjadi. Rahangnya menegang. Semua ni berpunca dari perempuan tu! Rydan tak pernah malukan dia sebegini! Fred menyentap kasar baju kot nya yang tersadai di atas sofa di ruang pejabatnya sebelum bergegas keluar. Dia perlu mencari Rydan!
*******
Mereka menyusuri anak sungai kecil itu, menyeberangi airnya yang dingin separas betis. Sesekali Rydan berpaling cemas ke belakang, risau kalau-kalau orang suruhan Henry berjaya menjejak mereka. Tebing yang mencuar sedikit ke atas itu di dakinya dengan mudah. Dia masih mengenggam erat tangan Livrose, membantu gadis itu naik ke atas tebing rendah itu. Mereka menapak lagi sehingga Rydan menemui sebuah pohon Snowball bush yang merendang dengan bungaan putihnya lebat merimbun. Dahan pokok itu melentur hampir mencecah lantai hutan. Rydan menguak sedikit dahan bagi membolehkah mereka bersembunyi seketika di bawah pohon rendang itu. Dia sempat mengintai dari celahan dedaun sebelum mengeluh lega. Mereka terlepas daripada buruan orang suruhan Henry. Mungkin, buat ketika ini, dia tak tahu. Otaknya terasa tepu dengan apa yang baru saja terjadi.
"Hey...jangan takut. Kau dah selamat sekarang."
Livrose berbisik pada burung merpati dalam pelukannya. Gadis itu masih kekal memegang burung itu semenjak tadi. Rydan mengeluh. Kenapa lah dalam banyak-banyak manusia, dia yang kena hadap semua ni?
Livrose membuka ikatan pada kaki burung merpati itu, menyelak sedikit dahan pokok yang merimbun dengan bunga seputih salju itu lalu membuka tapak tangannya. Burung merpati itu mematuk tapak tangan Livrose dengan manja, bagai mengucapkan terima kasih sebelum terbang bebas ke udara. Livrose tersenyum riang melihat kelibat burung merpati itu yang mengepak gembira di atas mereka sebelum terbang tinggi di dalam hutan dan hilang dari pandangannya. Rydan menjeling merpati yang menjadi punca utama dia bakal kehilangan kerja yang kini terbang menjauh, mengecil menjadi bebola kapas gebu sebelum hilang di balik dedaun hutan. Ya, burung tu dah bebas, sekarang dia yang terpenjara di dalam hutan ni!
"Puas hati kau sekarang??" Rydan membentak sedikit.
"Burung tu tak bersalah!" Livrose mendengking.
"Ya, dan kau pun tak perlu nak tukar si Brad tu jadi tikus!" Rydan membalas laju.
"Memang patut pun, dia dah melampau!"
"Degil! Patutlah kau tercampak ke sini!"
Livrose menjeling Rydan tajam. Ikutkan hati, lelaki itu pun mahu ditukar menjadi tikus!
********"Mana dia!?"
Fred menyoal Henry yang sedang melangkah melalui denai kecil yang mengunjur keluar dari hutan itu. Beberapa orang krew turut ada bersamanya.
"Lepas lari ke dalam hutan! Aku harap dia dimakan beruang dalam hutan tu! Kau tengok apa yang dia dah buat pada Brad!!?"
Henry menempik marah sambil mengunjuk kotak kertas yang ditebuk setiap penjurunya. Sudahlah projek syarikatnya terhenti di tengah jalan, salah seorang stafnya pula sudah bertukar menjadi tikus! Entah makhluk jelmaan apa perempuan itu agaknya! Henry menyumpah dalam hati!
"Kenapa dengan tikus tu?" Fred menyoal pelik.
"Tikus???! Ini Brad! Pembantu aku! Perempuan dalam gambar Rydan tu dah tukar Brad jadi tikus!! Perempuan tu ahli sihir!!"
Henry menderam tidak terkawal. Mukanya merah padam menahan amarah.
"Ahli sihir??"
Fred mengecilkan mata. Henry mendengus tak sabar. Misai melentiknya bergerak-gerak mengikut bibirnya.
"Perjanjian syarikat kita dibatalkan!"
Henry mengumam kuat sebelum menghentak kaki besarnya keluar dari laluan denai itu.
*********
Bunyi bersahutan unggas yang pulang ke sarang menandakan hari telah menjengah lewat petang. Sebentar lagi, matahari akan berlabuh dan hutan itu akan bergelap. Rydan mengusap mukanya berkali-kali, cuba untuk memikirkan jalan untuk keluar dengan selamat dari hutan itu tanpa ditangkap orang suruhan Henry. Kelibat Livrose dikerling sepintas lalu. Gadis itu masih merajuk dengannya. Livrose dilihat sedang melukis sesuatu di atas tanah menggunakan sebatang ranting kayu. Rydan membiarkan gadis itu. Tak kuasa dia nak pujuk! Dia baru sahaja berpaling ke kiri apabila secara tiba-tiba, seketul batu kecil hinggap ke kepalanya.
"Hoi! Apa ni?"
Rydan mengosok kepalanya yang terkena batu itu tadi. Livrose mendongak melihatnya.
"Kau baling batu ke?!"
Rydan menuduh. Siapa lagi yang ada di situ selain gadis tu??
"Apa?? Aku tak buat apa pun!" Livrose menjawab kasar.
"Habis tu siapa.."
belum sempat Rydan menghabjskan ayatnya, seketul lagi batu hinggap di badannya pula. Rydan mengaduh. Batu kali ini agak besar berbanding tadi. Rydan berpusing sekeliling, mencari punca dari arah mana datangnya batu itu. Dia tak nampak langsung kelibat sesiapa di situ atau mungkinkah orang suruhan Henry berjaya menjejak mereka?
"Tunggu! Chanuques?? Di hutan sebelah sini?" Livrose bersuara.
"Hah??"
"Shuu..."
Livrose meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Dia bergerak ke belakang Rydan lalu bersiul. Tidak lama kemudian, dari balik belukar di belakang pohon mereka berteduh itu muncul seekor makhluk bermuka tua tetapi berbadan kanak-kanak lingkungan umur empat tahun. Makhluk hodoh itu memakai topi berbentuk segi tiga yang sudah lusuh dan compang camping. Rydan menahan diri daripada menjerit terkejut.
"Chanuques! Di hutan ni! Siapa sangka kan?!"
Livrose menjerit riang. Ya, siapa sangka..gadis itu boleh baik-baik saja bertenang dan ceria berjumpa makhluk yang entah apa ini.
"Hai!" Gadis itu menegur ramah. Dia membongkok sedikit supaya ketinggiannya hampir separas dengan makhluk itu.
"Kau boleh tak jangan baik dengan semua haiwan??"
Rydan menegur. Makhluk itu menderam marah sambil merenung Rydan.
"Ini bukan haiwan lah! Ini chanuques! Dia memang suka baling batu sungai untuk takut-takutkan penceroboh hutan. Kalau kau nak panggil dia datang, kau kena bersiul!"
Livrose menerangkan dengan bersungguh-sungguh seolah-olah Rydan sedang mengikuti kelas tentang bagaimana mahu berkenalan dengan Chanuques..
"Tapi...kenapa pula kamu berada di hutan sebelah sini?"
Livrose bertanya pada makhluk itu. Makhluk itu mendengus dengan bunyi seperti seekor kerbau sebelum lambat-lambat membuka mulutnya yang tidak bergigi lalu menjawab...
"Dunia sebelah sana berantakan ketika ini. Raja Rhelasia sudah mangkat, dan sekarang perebutan tahta diraja berlaku. Pertumpahan darah dimana-mana..."
Chanuques itu menderam. Matanya dihala ke arah hutan, memandang jauh ke dalam hutan tebal itu yang mulai gelap.
"Tak...tak mungkin!" Livrose terduduk. Khabar itu menyentak keriangannya sebentar tadi.
"Dia...boleh tolong kita.."
Makhluk itu mengunjuk Rydan sambil menyeringai. Mereka berdua tercengang sebelum saling berpandangan.
"Dia??"
Livrose menekan suara mahukan kepastian. Makhluk itu mengangguk.
"Mengarut! Aku mana boleh masuk ke sana!"
Rydan menggeleng."Kenapa tidak?"
Chanuques itu bersuara lagi. Livrose termengkelan. Bagaimana dia boleh terlupa yang Chanuques adalah makhluk penjaga hutan,dan keupayaannya membuka pintu sempadan ke dunia sebelah sana! Livrose kelam kabut berdiri semula.
"Kau kena ikut aku ke sana!"
YOU ARE READING
Dua Sempadan
Fantasytak reti buat sipnosis tapi penuh dengan imaginasi.. Mohon jangan ciplak karya saya!