"Kalau abang nak marahkan papa pun,balik la.Tak kesian ke kat papa?"tanya Jiwoo sambil mengeluh.
"No means no.Abang nak keluar kejap,tengok Sunmi boleh handle customer tak"Jin mengatur langkah keluar dari dapur.
"Keras kepala betul"Jiwoo mengomel.Apabila dia terpandang Jihye dia tersenyum.
Dia sememangnya mengenali Jihye cuma pada awal jumpa di cafe dia tidak dapat mengecam muka Jihye.
"Akak ni girlfriend abang Seokjin ek?"Jiwoo bertanya.
"Eh tak la.Akak ni kawan biasa je"tergagap-gagap Jihye menjawab.
"Eleh akak ni.Mengaku aje la.Akak suka dekat abang Seokjin kan.Abang Seokjin pun suka dekat akak kalau tengok dari cara dia layan akak"Jiwoo tergelak.Jihye hanya tersenyum.
"Akak boleh tak tolong Jiwoo?"
"Tolong apa? Kalau akak boleh tolong,akak tolong"
"Tolong pujuk abang Seokjin"
Jihye mengerutkan dahinya.Jin ada sesuatu yang Jin sembunyikan dari dia ke?
"Macam ni akak,abang Seokjin ni memang pandai memasak.Semua jenis masakan dia pandai masak termasuk masakan asia dan barat.Dia dari kecil lagi berangan nak buka kedai kek.Kitaorang punya family ada bisnes sama macam family akak.Papa paksa abang untuk menggantikan dia menjadi CEO.Tapi abang tak nak dan abang melawan.Pada satu malam tu,mereka bergaduh besar.Abang Seokjin nekad nak keluar daripada rumah dan tinggalkan semua kemewahan dia.Tolong Jiwoo pujuk dia balik ke rumah,kak.Papa rindukan abang Seokjin"rayu Jiwoo sambil memegang tangan Jihye.
"Er,akak tolong Jiwoo.Akak akan pujuk dia"
-
Jihye melabuhkan punggungnya di sebelah Jin yang sedang termenung di tepi pantai.Lokasi kedai kek ini terletak di hadapan jalan raya di tepi pantai.Kedai kek Jin mendapat sambutan hangat kerana pengunjung pantai ini,akan berkunjung ke kedai keknya juga."Awak ada masalah ek?"
"Kenapa kau nak sibuk.Urus diri sendiri je la.Tak payah nak sibuk urusan aku"Jin mendengus sambil meraup mukanya.
"Saya cuma risaukan awak"Jihye memandang Jin.
"Kenapa datang kat sini?"Jin cuba menukar topik perbualan.
"Nak dengar luahan awak.Saya tahu awak ada masalah dengan papa awak.Jiwoo bagitahu tadi"
"Hm"
"Aku tak nak balik"
"Aku akan dipaksa jadi CEO"
"Aku lebih sukakan kehidupan kat sini"
"Tapi papa awak rindukan awak.Awak tak rindu ke?"
"Rindu.Tapi memikirkan apa yang akan terjadi kalau aku balik,lagi baik tak payah balik"Jin bangun dari duduknya meninggalkan Jihye keseorangan.
"Degilnya awak ni,Kim Seokjin"Jihye membenamkan kakinya dalam pasir.
||TBC||
Saver;blackhopper
My love story;alisya_aida785
YOU ARE READING
Red Lips [K.S.J]
FanfictionChoi Jihye dan Kim Seokjin gembira hidup bersama.Mengharungi hari demi hari untuk menjadi ibu dan ayah.Pertemuan mereka bagaikan dirancang.Kerana gilakan lelaki yang bibir terlalu menarik perhatiannya,Choi Jihye angau separuh mati.Perwatakan dan ras...