RANJAU I

10 2 0
                                    

"Attention to all passengers, it's your captain speaking. You arrive at your destination, you may take off your seatbelts"

KLIA, MALAYSIA
12TENGAH HARI

"so, this is malaysia huh?" kata suny dengan matanya tertutup rapat hampir terpejam sambil menolak bagasinya,suny yang baru sahaja menjejakkan kaki di Malaysia yang tersergam indah dengan matahari sedang menyinar terik. Manakan tidak, tengah hari mereka sampai ke Lapangan Terbang.

"yes it is, welcome to malaysia darul panas. Haha" lagat Zaki yang berjenaka dengan rakannya itu.

"Darul panas? What do you mean darul panas?"tanya suny dengan pelik.

"haha, nothing bro." "You ni,ingat dia faham ke huh, its alright suny. He's just joking around
Get in."
sampuk Liya sambil memujuk rakannya suny ketika memasukkan beg ke but teksi yang membawa mereka pulang.

Sewaktu dalam perjalan ke rumah Zaki yang terletak di Ampang. Suny begitu teruja dengan pemandangan sekitar Malaysia. Terpampang wajah dia yang seperti anak kecil baru melihat dunia. Sememangnya dia tidak pernah sekali datang ke malaysia.

-Tuung Ge tengg-

Bunyi pesanan whatsapps menerjah telefon pintar Zaki dalam keriuhan dan keterujaan suny melihat keadaan sekeliling

"Ki, kau dah sampai ke? Kau dekat mana? Sorry la tak dapat nak tunggu kau balik tadi. Adahal sikit lah" satu pesanan dari Akmal. Rakan baiknya yang bekerjaya, sebagai seorang Pembantu Perubatan(MA) sebuah hospital tempatan.

"sokaylah bro, tadi ada Teksi. Kitorang naik teksi je sampai rumah aku ni. Chill chill, malam lepak jom?"balas zaki untuk rakannya yang telah lama menunggu kepulangan zaki ke tanah air.

Akmal menerima ajakkan Zaki yang sememangnya itu yang berada dakam fikiran seorang kawan.

Setibanya di rumah,

"Assalammualaikum..... Mak oh mak. Ada orang takkkkkk makkkkk uhuiii makkkkk Assalammualaikum " teriak zaki kepada maklong. Ketawa kecil liya melihay zaki yang tidak pernah berubah setiap kali pulang ke rumah. Makcik zaki yang telah menjaganya sejak kecil memang sudah biasa memanggil maklongnya,Mak. selepas kedua orang tua Zaki meninggal dunia sejak zaki berumur 5tahun.

"waalaikumsalam.... Wuuuuuuihhh budak bertuah, heyyyyyy " sambut mak dengan gelabah dan terkejut dengan suara zaki memecah kesunyian Rumah 2 tingkatya yang didiami bersama paklong.

"hehehe, mak" terus Zaki kemudian Liya menghulurkan tangan dan menyalam seorang tua itu yang berumur lingkungan 60-an. "ni kenapa balik tak bagitahuu ni. Kalau tidak,boleh suruh ayah amik dekat airport"

"tak apalah mak, taknak susahkan ayah. Zaki balik naik teksi je tadi. Tak ada pun" kata zaki dengan tersenyum. "ehh,mak. ni Kawan zaki mak,Suny. Dia kawan tempat Zaki belajar tu. Suny, this is my mom" sambil dia menunjukkan kepada rakannya itu. Lantas Suny menundukkan kepalanya sedikit sambil tersenyum sebagai tanda Hormat. "haaaa, dia ikut zaki balik. katanya nak tengok malaysia"mak melihat suny dengan tersenyum. suny tersengih kerang. Apalah yang zaki ni bercakap dengan makcik ini.

"ohhhhh haaa eloklah tu, bolehh dia berjalan jalan kannn. haaaa masuk masuk. Liya masuk mehh. Suny,come in come in. Welcome to my paradise" usik maklong dengan senyum lebar sambil menghayun tangannya memanggil masuk dan menerima tetamu istimewa dari luar negara itu. Suny tersengih dengan ajakkan mak.

Zaki meletakkan beg didalam biliknya begitu juga dengan Liya,didalam bilik sepupu perempuan zaki. Mak memang sudah kenal dengan Liya. Sejak dari perkenalan mereka lagi. Mak yang hanya mempunyai seorang anak perempuan yang muda dari Zaki sedang bermastautin di Selatan tanah air. Mak hanya tinggal berdua bersama suaminya,luqman.

"Ni kamu cuti berapa lama ni Zaki. Kamu ni kalau balik mesti cuti lama ni kan?" celoteh Mak di meja makan sambil menikmati minum petang dia bersama Liya dan Suny. "emm, 2 bulan je mak. Ni pun tergerak hati nak balik. Yela, sebelum ni kan cuti semester je orang balik. Alang alang nak balik tu yang ajak liya. Kebetulan suny pun nak berjan dekat sini"

"ohhhhh, okaylaa tu. Lamalah juga 2 bulan. Bolehlah teman mak dekat rumah ni. Bawak kawan kamu ni berjalan taw nanti ! Jangan lupa" kata Mak kepada zaki. Tersenyum zaki yang kepulangannya amat dihargai. Kalau dia tahu begini, biar setahun dia tidak pulang. Baru boleh disambut dengan ferrari depan KLIA nanti,gamaknya. Liya ketawa, suny ikutkan sahaja ketwa bersama mendengar celoteh mak sambil menguyah karipap dan kuih seri muka yang dihidang.

(BERSAMBUNG)

RANJAU FALLSWhere stories live. Discover now