Zaki tiba di muka pintu rumah. Di sorang mak masuk dengan kerusi roda yang diberikan oleh pihak hospital. Kesuraman hanya menyelubungi diri dan semua bagaikan tidak kena dengan dirinya. Tak berdaya dia menahan beban yang menimpa diri.
"mak?"
"ye zaki,kenapa"
"zaki boleh baik kan?"
"boleh zaki, in sha allah. Minggu depan kita pergi fisio kan"
"hm" zaki menunduk
"dah,takpa. Kamu berehatlah" kata ayah.
"kamu nak makan apa?" mak bertanya.
"takpalah,zaki tak lapar" dengan muram.
Seperti dia rasa tidak patut sudah berada di dunia ni, dengan keadaan begitu. Takdapat seaktif dulu, hanya bergantung pada kerusi saja.
Bermandian,makan ke menonton televisyen, bermain komputer riba,kerusi itulah temannya saban hari. Pagi cuma bagaikan malam,dan malam hitam bagai pekat membalut diri.
Dia tenung di petangan hari melihat ke luar jendela, anak kecil berlarian. Berkaca mata nya sambil menyelak kain yang menutup kaki,melihat ketidak sempurnaan bagai satu anugerah baru.
"kenapa aku dapat macam ni" dia bercakap seorang. Tiada insan kiri dan kanan. "Liya, mana kau. Akmal,mana kau. Suny? Mana kau? Fizul, alan, aiman, mana korang semua?!"Di berteriak namun tidak terlepas di kerongkong melalui tutur kata.
"heheheh haa heheheh haaa ehehhee"
Sampai pula sebiji bola di laman rumah, diselangi hilai tawa anak anak kecil menusuk masuk ke liang telinga.
Dia melihat,Zaki tanpa kata terus menolak tangan memusing roda, menyusuri laman rumah dan mencapai bola itu.
Dilemparkan bola berserta senyuman, alangkah gembira nya kerana itu lah pergerakkan aktif zaki selepas kejadiaan tempoh hari.
"eghh" dia menarik pedal penyekat pada kerusi nya, dan melihat anak anak itu bermain.
Dalam keseronok kan mereka bermain, zaki membayangkan jika dirinya dapat berjalan seperti biasa. Berlari, selincah bocah itu menyepak bola mengusik teman dan rakan rakan.
"abang nak main tak???jom la main" kata kanak kanak lelaki itu,mengajak.
Zaki menggeling dengan senyuman, melihat saja sudah membuat dia gembira dengan tawaan mereka.
"zakii!" seru mak dari tepi rumah.
Dia meoleh kebelakang.
"dah jom,mak ada buat pisang goreng ni"
Zaki menolak pedal penyekat dan terus meneraju diri masuk ke dalam.
YOU ARE READING
RANJAU FALLS
Teen Fiction"fuhhh fresh lah do ki" kecekk kecekk,kecekkk kecekk Bunyi telefon zaki yang sedang mengambil gambar sekelilingnya. "aku ngantuk la wehhh" Liya dan suny sedang memakai kasut di tempat duduk mereka, sambil akmal menyalakan rokok dengan tersndar pada...