RECAP

4 1 0
                                    

Tinggg ke tenggggg~

Bunyi telefon pintar zaki, bunyi notifikasi whatsapps dari Akmal.

"Zaki, tunggu aku dekat RnR sg buloh arah utara"

Baca zaki ketika memandu. Liya membalas, dengan bersetuju. Perjalan diteruskan, dengan ceria tiga orang ini berbual sesama mereka.

RNR SG BULOH
930 PAGI
Zaki telah sampai, dan melihat tiada kelibat kenderaan akmal.

945PAGI
Masih tiada tanda tanda yang Akmal sudah sampai. Dia menelefon namun tidak berjawab. Mungkin akmal dalam perjalanan, dan tidak mengangkat panggilan agaknya.

15minit kemudian...

"hello ki, aku dah terlajak la. Aku tunggu kau dekat RnR rawang. Dah sampai, kau call" kata Akmal. Luluh hati Zaki yang menunggu ketibaan Akmal disitu apabila Akmal telah telajak ke hadapan. Tidak mengapalah, dia meneruskan perjalanan.

Setibanya dia di RnR Rawang, zaki turun dari kereta dan pergi ke tandas sambil menelefon Akmal ingin menyatakan dia telah sampai. Liya hanya duduk di kereta manakala suny keluar membeli minuman untuk dirinya dan mereka berdua.

Akmal yang sedang minum di kerusi kawan rehat itu ternampak kelibat suny yang berjalan. Lalu dipanggil, suny mengatakan zaki di tandas dan liya berada di kereta dan suny berlalu pergi membeli minuman dan dia mengambil keputusan menunggu di kereta zaki.

Dari jauh dia ternampak liya tempat duduk sebelah pemandu dengan pintu terbuka.

"hi,liyaaa. Mana zaki" sapa Akmal pada liya.

Liya yanh sedang membelek telefon seakan akan tersentak dan seperti cukup arif dengan suara itu.

Dia mendongak dan "hm, eh Akmal. Zaki?tandas" balas liya perlahan sambil menyisip rambutnya ketepi dan masih meneruskan membelek telefonnya.

"oh, so. how are you? Sihat?" kata akmal Sambil bersandar di kereta sebelah menghadap Liya yang sedikit pun tidak bertentang mata dengannya.

"im..... Just.... Fine...... And You " balas liya lagi, dengan nada perlahan dan ringkas. Tidak mahu dia melihat wajah akmal yang memeritkan itu bagi dia.

"good.. I macam ni la, still " zaki tidak sempat menghabiskan ayat perbualan dia lalu zaki menerpa dari seberang jalan

"wehhhh, kau ni. Aku call. Tak angkat haha, dah lah terlajak "
Perbualan Akmal bersama Liya terhenti disitu.

"kau ada call ke, alamakk. Dekat aku nombor Lagi satu. Nombor Kau call tu dekat dalam kereta" terkejut Akmal. Dia terlupa, yang dipegangnya adalah nombor untuk hal kerja. Mana nak dapat dijawab bila di telefon.

"apa lah kau. haaa dah dah, jom la gerak. Nanti panas pula" lekas zaki memberi air minuman dan seketul roti yang dibeli suny kepada Liya.

Masing masing masuk kedalam kereta dan menghidupkan enjin terus memulakan perjalanan ke Ipoh. Sewaktu dalam perjalan zaki seperti biasa bercakap bersama Suny. Berceritakan permainan video,kereta berkuasa tinggi, bola sepak, dan serumpanya. Liya mendiamkan diri dan hanya melihat pokok pokok menghijau melepasi setiap inci perjalan dia.

"sudahlah. kita dah takada apa. You faham tak? Enough talking. I kecewa dengan perangai you. Kenapa akmal? Kenapa? Kenapa mesti you kejarkan dia? Apa salah i? Do tell me" menangis Liya hingga tersandar di dinding bilik dan kekecewaan menusuk diri dia mengenai Akmal. Merintih dia keseorang dalam kesakitan dan tenggelam didalam keperitan yang dilalui.

" no no, dia kawan i je. Not more than that...."

"i still sayangkan you...."

"PLEASE LIYA! DENGAR. DIA CUMA KAWAN I! BOLEH FAHAM TAK?!" suara akmal dan tangisan liya mula bercampur baur didalam fikiran dia yang bersandar didalam dinding bilik. Sekeping gambar dia dan akmal digenggam ditelapak tangan lalu dihidupkan pemetik api lalu api ternyala itu menjilat gambar mereka berdua. Api yang membara diiringi kekecewaan Liya terhadap akmal sangat menuntun jiwa.

"sudah laaaa sudah!!! Tak payah you terangkan apa apa. LEPASKAN I, CARI BILA YOU PERLU JE ! LEAVE ME ALONE"

Liya berlalu pergi

"liya tunggu!  Liyaaaa!" jerit akmal

"Liya! "

"liyaaaa??? Liya????

Bahu liya ditolak kuat.

"haaaaa,ehhh haaa betul lah tu. Haaa" terperanjat liya kerana zaki menolak bahunya dan seakan akan tercampak keluar dari kenangan pahit dia sebentar tadi.

"jauh termenung? Kenapa? Fikir apa?" pelik sungguh zaki dan dia terus bertanyakan soalan itu.

" takkkk. Takada apa. Mana ada apa. Saja tengok pokok pokok tu. Haha, cantik kan?" sengih liya menjawab dengan cuba menampakkan yang fikiran dia masih disini dengan mata menenung ke luar jendela kereta.

Zaki terus mengutarkan soalan tadi semula dan berbincangkan perkara yang disembangkan oleh dia dan suny. Terdetik dihati zaki yang ada sesuatu tiada kena dengan Liya,namun tidak diendahkan. Mungkin perasaan dia sahaja. Dia terus memecut.

RANJAU FALLSWhere stories live. Discover now