Aku membuka mataku perlahan-lahan kerana cahaya yang masuk ke dalam retina mataku amat menyakitkan. Aku mengelipkan mataku beberapa kali untuk menyesuaikan mataku.aku kat mana ni? Aku melihat sekeliling dan terasa ada sesuatu di tanganku jarum?
Aku dekat hospital.Aku melihat badanku kaki sebelah kiri kemas terbalut dengan balutan simen termasuklah tangan kananku. Aku melihat di meja sebelah aku. Phone aku! Aku mengambil phone aku dan mendail nombor seseorang.
“Kenapa Liya tak angkat? pelik betul”aku mendail lagi nombornya.
“Dia lupa ke dia ada tunang yang sakit dekat sini. Ke dia dah tinggalkan aku mentang- mentanglah aku dah tak handsome” aku tergelak kecil dan lama- lama bertukar menjadi tangisan.
Sebab aku tahu dia sayangkan aku tidak mungkin dia tinggalkan aku macam itu saja mesti ada yang berlaku padanya.“ Raydan kamu dah sedar” terjenguk badan mummy di depan ku. Aku memandangnya dan menangis macam budak kecil. Lantaklah orang nak fikir apa yang penting lelaki pun ada perasaan. Mummy datang rapat denganku dengan wajah cemas.
“Raydan kenapa ni, why are you crying?” kata mummy sambil memeluk aku.“ Mummy where is Liya?”kataku sambil memandang muka mummy. Mummy terkedu dia hanya senyap bila aku mengulang ayat yang sama. Aku bertindak mencabut wayar yang berada di tanganku.
“ Doktor!! Doktor!!” jerit mummy Raydan memanggil bantuan bila melihat anaknya mahu turun dari katil dengan keadaannya yang tidak sihat.
Buk!!
“Allah! anak aku!” emak Raydan pergi ke arah anaknya yang sudah jatuh katil. Dia simpati dengan anaknya yang mahu jumpa tunang sendiri.
“ Ya allah Raydan bawa mengucap sayang!” Raydan hanya terus menangis. Doktor akhirnya datang dan mencucukkan jarum yang mengandungi ubat tidur. Raydan terlena dalam tangisan.
*****************************
“ Raydan kamu dah sedar” kata mummy. Raydan hanya senyap dan air hangat mengalir dari matanya.
“ Raydan cuba bawa bertenang. Liya is fine…” Raydan memandang mummynya riaknya jelas terpampar kelegaan.
“ Where is her then? Why did’t her pickup my phone?..”
“Raydan..”mummy cuba memintas percakapannya.
“.. Oh maybe because her phone broken because the incident, right?” kata Raydan. Mummy hendak memintas perkataan Raydan tapi dihalang oleh Raydan.
“ Raydan!” Raydan memandangnya.
“ she is in coma”
“oh..”
Raydan senyap tidak tahu hendak kata apa.
“ mummy can you leave me alone?”. Mummy mengangguk, dia bangun lalu mencium ubun-ubun anaknya lalu keluar dari bilik wad yang menempatkan Raydan.
Be strong my son.
*****************************
“ How about the money? Did you get it?” dia tersenyum lebar.
“nice!” panggilan dimatikan lalu digenggam erat sekali.
“At last” dia mencium telefon pintarnya lalu dibalingkan dan disambut beberapa kali. Bunyi tapak kasut bergema setiap kali dia melangkah pergi.
*****************************
“Rosie” Liya memandang ke arah suara tersebut. Siapa pula panggil aku dah lah seram ni!! Fuh meremang beb.
“Rosie”
“Suara siapa ?” Liya melangkah ke arah suara tersebut.
“ M..mummy?.. mummy!!” Liya terus berlari ke dakapan mummynya. Mummynya mengusap rambutnya.
“Tasha.. Liya!!”kami memandang ke arah suara tersebut. Daddy..
“Daddy!!” aku berlari ke arah daddy lalu memeluknya erat. Daddy terkebelakang bila aku memeluknya.
“ Oh my daughter is very big now” aku ketawa. Aku melepaskan pelukan. Di depan aku kini ada mummy dan daddy.
Aku tahu aku bermimpi dan aku tak mahu ia berhenti.
YOU ARE READING
Mr.Danger Aku Punya √√
RomanceLiya akhirnya dapat melarikan diri dri penjara kehidupan.Iaitu mak tirinya. Namun,terserempak pula dengan Raydan. Perwatakan lelaki itu kekadang membuatkan Liya geram dan kekadang membuatkannya suka.Akhirnya hatinya terpaut dengan lelaki itu. Namun...