Prologue

6.7K 487 55
                                    

"Come on! Larilah laju sikit!" jerit Jungkook apabila dia menoleh dan melihat abang-abangnya yang hanya berlari anak. Jimin yang hampir menyaingi Jungkook turut menoleh melihat yang lain dan dia ketawa serentak dengan Jungkook sebelum sambung berlari lagi di persisiran pantai yang lengang itu. Kemudian kelihatan Taehyung mempercepatkan langkah, mengejar mereka berdua di hadapan.

Hoseok berada di belakang sekali, hanya berjalan sambil merakamkan enam lagi kawan baiknya itu. Dia tersenyum sendiri melihat mereka yang lain ketawa dan menunjukkan reaksi teruja di hadapan camcordernya.

"Dah dah lah tu dengan camera kau, Jung Hoseok. Jom sini cepat!" lambai Namjoon kepada Hoseok membuatkan Jin dan Yoongi turut menoleh ke arah Hoseok. Hoseok ketawa kecil, akur apabila dia menutup camcorder itu dan terus berlari ke arah Namjoon.

"Aaaaaaaaaa~!" jerit Jungkook sambil berlari, menutup mata dan mendepakan tangan, membuatkan jeritannya bergetar mengikut setiap gerak lariannya. Semua terus ketawa melihat Jungkook yang berada di jauh di hadapan kerana mereka sudah pun berhenti berlari.

Taehyung berjalan bersama Jimin berpegangan tangan dan tangan mereka yang digenggam oleh satu sama lain itu diayun tinggi. Jin tersenyum melihat mereka berdua kemudian tiba-tiba Yoongi berlari dan merempuh tangan mereka membuatkan pegangan mereka terlepas.

Taehyung dan Jimin terkejut lantas marah dan mengejar Yoongi yang sudah berlari dahulu sambil mereka gelak ketawa. Namjoon berjalan sambil lengannya membalut tengkuk Hoseok dan mereka berdua ketawa melihat adegan antara Yoongi dengan Taehyung dan Jimin.

~~~

"Yah, tengok apa hyung nak tulis" kata Jin teruja apabila dia mencapai dahan pokok dan mula menulis di atas pasir. Hoseok merakam geraknya menggunakan camcorder manakala yang lain teruja untuk melihat apa yang ditulis.

'Bangtan was here!'

"Woaaaaaa" Jimin membuat bunyi impress kemudian dia memandang Jin. "Buruknya tulisan" sambung Jimin dan dia terus melarikan diri manakala Jin berasa geram apabila Jimin menyakat sebegitu lalu terus mengejarnya. Yang lain ketawa melihat mereka.

"Sini kejap! Tae pun nak tulis" Taehyung menyambut dahan yang dihulur Jin lalu dia mula menulis di bawah tulisan Jin, menampakkan sebagai satu ayat.

'Bangtan was here!
It's Bangtan as 7012!'

"Woaaaa--" Jimin tak sempat menyakat apabila Taehyung terlebih dahulu mengejarnya dan mereka ketawa kuat berdua. Yoongi yang melihat ayat Taehyung itu pula menjadi teruja. Lantas dia memegang camcorder yang sedang merakamnya itu membuatkan Hoseok ketawa melihat wajah Yoongi yang terlalu dekat di dalam skrin.

"It's Bangtan as seven forever! Faham tak? It's Bangtan as seven! forever!" kata Yoongi pada kamera dan Hoseok ketawa makin kuat. Kemudian Jimin menolak Yoongi untuk mengambil alih skrin. "Forever bangtan forever!" sorak Jimin diikuti Taehyung di sebelahnya.

"Korang! Korang cepat baring sekeliling ayat ni! Kook nak ambil gambar" kata Jungkook teruja apabila dia mengeluarkan kamera polaroidnya. Semua terus meluru seperti disuruh dan masing-masing membuat posing lucu membuatkan Jungkook ketawa sambil menangkap gambar.

"Kook masuk sekali!" ajak Namjoon. Jungkook lantas memasukkan dirinya di dalam kamera, membuatkan gambar seterusnya ialah selfie bertujuh mereka dengan ayat yang ditulis Taehyung dan Jin itu.

~~~

Malam itu mereka masih di tepi pantai, mengelilingi unggun api yang dinyalakan oleh Yoongi membentuk U, bermula di hujung ialah Jungkook, diikuti Yoongi, Jimin, Hoseok, Taehyung, Namjoon dan Jin. Mereka berehat dan Yoongi menoleh melihat Jungkook yang sedang fokus melakukan sesuatu di pemetik apinya. Jungkook kelihatan menyorok membuatkan Yoongi tidak dapat melihat apa-apa.

[C] Serendipity | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now