Hoseok mengeluh kecil, tak sangka dia perlu mencari kesemua orang dalam camcorder itu sendiri oleh kerana Jinyoung mempunyai hal keluarga. Dia bersandar malas di kerusi kafe itu, tangannya tak lenguh menekan replay button pada camcorder di tangannya.
Sejurus dia siap makan bun dan habis minum susunya, dia terus bangun dan berlalu dari kafe itu. Dia tak mengambil kisah tentang perkara sekeliling oleh kerana dia sedang memandang camcordernya. Hampir sahaja dia melanggar orang di sekelilingnya.
Sedang dia memasuki simpang, dia terdengar orang menjerit ke arahnya. "Yah! Tepi!" Hoseok mengangkat kepala dan belum sempat response lagi, dia berlanggar dengan orang yang jerit ke arahnya itu membuatkan mereka berdua jatuh ke lantai.
~~~
"Kalau rindu aku, mainlah rollerblade ni!"
Jungkook mengeluh kecil apabila suara Yugyeom memasuki ruang kepalanya. Yugyeom kini mengikut keluarganya pulang ke Namyangju, menjadi Jungkook seorang diri di Seoul itu.
Memikirkan yang dia memang sedang merindui Yugyeom, dia terus menyarung rollerblade pemberian Yugyeom itu dan mula bergerak pergi. Dia sejujurnya tak tahu cara mengawal rollerblade oleh kerana sudah lama dia tidak menggunakan kakinya.
Jungkook tak dapat mengawal kelajuannya apabila dia melalui jalan menuruni bukit sedikit di bandar dan dia semakin panik apabila ada seorang lelaki keluar dari simpang kiri, kini berjalan berhadapan dengannya.
"Yah! Tepi!" jerit Jungkook tetapi lelaki tersebut baru sahaja mengangkat kepala, mereka tak sempat berbuat apa-apa tindakan apabila mereka berlanggar dan terjatuh ke tanah.
~~~
"Aih jinjja..." bebel Jungkook sendiri dan dia gagal berdiri kerana roda pada kasutnya. Pada masa yang sama, Hoseok mencapai camcordernya yang terjatuh lantas melihat jika ada kerosakan yang berlaku. Keadaan camcorder tersebut normal membuatkan dia mengeluh lega. Dia memandang Jungkook yang masih cuba untuk bangun itu.
"Mianhae-yo" ucap Hoseok, rasa bersalah. Jungkook menggeleng sebelum membalas pandangan Hoseok.
"Anni, gwencha--"
Mereka berdua terdiam.
Hoseok dan Jungkook masing-masing menatap mata satu sama lain agak lama sebelum tiba-tiba Hoseok menjadi terkejut, mukanya menunjukkan reaksi tak percaya.
Budak ni...
macam dalam video...
and nama dia...
"Jungkook!" kata Hoseok, begitu semangat. Jungkook agak keliru memandang Hoseok kemudian tiba-tiba dia turut membuka mata luas, terkejut.
No way.
Jungkook kebelakang sedikit, tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lantas tiba-tiba dia membuka kedua-dua rollerbladenya, berdiri dan berlari pergi sepantas mungkin. Hoseok menjadi terkejut.
"Yah tunggu kejap!" Hoseok bangun dan mengejar Jungkook.
~~~
"It was a great trip, Namjoon. Thanks a lot"
Hari tersebut, Namjoon terpaksa menghantar Jackson ke lapangan terbang kerana Jackson mendapat berita yang datuknya telah pergi. Namjoon agak sedih kerana tidak dapat menemani Jackson oleh kerana ticket flight ke Hong Kong telah penuh.
"I'm sorry, Jack--" Namjoon tak sempat bersuara apabila Jackson menggeleng.
"No, don't" kata Jackson, seakan berbisik. Wajahnya yang lesu itu memberikan senyuman. "He's in the better place now, so don't be sorry"
YOU ARE READING
[C] Serendipity | BTS Malay Fanfic
Fanfiction+ Mereka bangun tanpa memori sebagai Bangtan. Cast : BTS members Genre : Friendship, Angst Length : 10 chapters (Completed) Start : 1 December 2017 End : 14 August 2018 #BeyondTheScene