Too close yet too far

2.5K 285 11
                                    

2 months later...

"Heogongeul, tteodoneun jageun meonjicheoreom, jageun meonjicheoreom~  Nallineun nuni-- Oh, selamat datang!"

Jimin terus sahaja berhenti menyanyi dan menyapa pelanggan yang masuk ke kedai aiskrim, tempat dia bekerja itu. Remaja lelaki tersebut memberi senyuman kepada Jimin dan Jimin membalasnya dengan ramah.

"Bagi saya cookies and cream's Special Sunday Scoops with extra crush cookies on top" kata lelaki itu lancar. Jimin mengangguk faham dan terus sahaja dia mencapai bekas untuk mengisi aiskrim.

Remaja lelaki tersebut melihat pergerakan lancar Jimin sebelum dia beralih kepada kawannya yang berada di luar kedai, membelakangi dia dan Jimin. "Jungkook! Nak aiskrim tak?!" jerit remaja tersebut.

"No thanks!"

Tangan Jimin berhenti bergerak.

Jantung Jimin tiba-tiba berdegup laju, dan dia terkejut apabila nama itu dan suara empunya nama itu menusuk masuk ke gegendang telinganya. Dia mengangkat kepala, dan memandang remaja lelaki di luar kedai itu.

'Yah, Jeon Jungkook! Nyanyilah sekali'

Suara Jimin sendiri yang terrakam dalam Mp3 recordernya itu memasuki ruang ingatannya diikuti suara nyanyian seseorang yang suaranya...

sama seperti remaja di luar kedai itu.

'Eotteon eodumdo, eotteon gyejeoldo, yeongweonhal sun eopseunikka'

"Excuse me" Jimin memandang pelanggannya. Dia menunggu remaja tersebut membalas pandangannya sebelum tersenyum dan bertanya.

"Nama encik siapa?" tanya Jimin. Remaja tersebut menjadi sedikit terpinga-pinga. "Saya? Saya Kim Yugyeom" jawabnya.

Jimin terdiam apabila terperasan nama tersebut tiada disebut dalam mp3 recordernya membuatkan dia tersedar yang ada banyak warga Korea bernama 'Jungkook'. Dia terdiam seketika sebelum tersenyum.

"Oh, what a nice name"

~~~

"Aku nak pergi convenient store dekat sana. Gonna get some coffee" kata Jungkook sambil tunjuk ke arah sebuah kedai 24 jam. Yugyeom mengerutkan dahi.

"Kenapa tak pergi waktu aku tunggu aiskrim?" tanya Yugyeom, keliru. Jungkook tersenyum dan memandang sekeliling sebelum mengeluh lega. Dia menyimpan tangannya di dalam poket jacket coklat baldunya.

"It feels good to discharge. And it feels awesome to be able to walk again" kata Jungkook dan dia memandang Yugyeom sebelum menyambung.

"Aku nak berdiri selagi boleh. Dah lama aku tak rasa perasaan kaki lenguh" kata Jungkook lagi dan mereka ketawa kecil. Jungkook mengundur diri sekali lagi dan dia terus berjalan kaki ke kedai 24 jam tersebut.

"Selamat datang"

Jungkook tersenyum pada jurukaunter dan dia menuju ke rak untuk mencari tin kopi. Dia tak mahu minum yang sejuk tetapi dia tak jumpa mana-mana kopi di bahagian rak. Dia berjalan lagi sehingga terjumpa seorang pekerja lagi yang sedang duduk dan menyusun barang, membelakangi Jungkook.

"Uhm, excuse. Boleh saya tahu mana kopi yang tak sejuk?" tanya Jungkook. Tanpa memandang Jungkook, pekerja tersebut menjawab. "Rak hujung sekali, collumn kedua"

Jungkook terdiam. "Well, thanks" kata Jungkook dan dia berlalu pergi. Memikirkan yang pekerja tersebut agak biadap membuatkan dia menggelengkan kepala. Dia jumpa rak yang dimaksudkan dan sedang dia memilih jenis kopi, dia terdengar perbualan antara pekerja tadi dengan jurukaunter.

"Kerja aku dah siap. Aku nak pergi rehat"

"Araseo. Oh, Yoongi-ah! Belikan aku lunch"

"Okay"

[C] Serendipity | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now