Missing piece

2.8K 311 10
                                    

Hoseok membelek kaset yang berada di tangannya itu. Kaset itu dikeluarkan dari camcorder yang dia pegang sewaktu baru sedar dari tidur tadi dan entah kenapa Hoseok terasa ingin tahu tentang isi kandungan kaset tersebut.

Lantas dia memasukkan ke dalam casset player dan menekan button play pada alat kawalan. Satu video mula berputar dan Hoseok terus fokus pada skrin televisyennya. Alat kawalan yang dipegang tadi dilepas perlahan kerana fokus.

Video bermula dengan rakaman amatur di dalam sebuah SUV. Terdapat enam orang remaja lelaki yang dirakam dalam video itu. Semua bermula dengan jeritan-jeritan teruja diikuti ketawa yang Hoseok sedar kepunyaannya.

"Yah yah! Cakap dekat camera kita nak pergi mana!" suara Hoseok kedengaran kuat, dan Hoseok tahu bahawa dia yang sedang merakam video itu. Seorang remaja yang duduk di sebelah Hoseok dalam video itu lantas memandang camera.

"Kita... akan..." remaja itu baru sahaja hendak memberi suspen, tiba-tiba seorang lagi remaja mencelah dari tempat duduk belakang sekali.

"Pergi pantai!!"

Lalu semua enam remaja lelaki itu, mungkin termasuk Hoseok, menjerit teruja. Dan tanpa dirancang, mereka bersorak serentak.

"Bangtan! Holiday! Bangtan! Holiday!" mereka bersuara lantang seperti askar.

Video tersebut berdurasi hampir 3 jam, bermula dari dalam kereta, di stesen minyak, sampailah di pantai, mereka tidak pernah hilang tenaga dan semangat teruja mereka.

"It's Bangtan as seven forever! Faham tak? It's Bangtan as seven! forever!" kata seorang remaja lelaki bermata sepet yang begitu dekat mukanya dengan skrin kamera. Kedengaran bunyi Hoseok ketawa, dan tanpa sedar Hoseok yang sedang menonton tergelak kecil.

Dan air mata Hoseok terjatuh dalam senyuman gembiranya melihat video itu terus dimainkan.

~~~

Bangtan.

Jungkook membaca tulisan yang ditulis menggunakan marker pen di belakang gambar polaroid itu berulang kali. Dia melihat dua keping gambar polaroid itu sekali lagi.

Satu daripada gambar tersebut ialah gambar di mana enam orang jejaka sedang terbaring sambil posing di sekeliling satu ayat yang ditulis di atas pasir. Satu lagi gambar pula hampir sama, cuma kali ini Jungkook memasukkan dirinya di dalam gambar tersebut iaitu berswafoto.

Sedang Jungkook fokus membelek dua polaroid itu, tiba-tiba bahunya ditepuk membuatkan dia tersentak dan dengan pantas menoleh. Kelihatan Yugyeom berdiri di sebelah katilnya.

"Aku nak pergi cafe, kau nak ikut tak?" tanya Yugyeom. Jungkook berfikir sejenak sebelum menggeleng.

"Belikan aku choco bun" kata Jungkook. Yugyeom mengangguk malas dan dia berjalan pergi. Jungkook melihat Yugyeom sehingga hilang dari pandangannya dan dia kembali memandang dua keping polaroid itu.

~~~

"Dua choco bun juseyo"

Yoongi menoleh, melihat seorang remaja lelaki agak tinggi di sebelahnya yang memakai baju wad hospital itu. Jaebum terlibat dalam kemalangan kecil membuatkan dia dimasukkan ke hospital dan Yoongi datang ke hospital itu untuk melawatnya. Dalam perjalanan balik ke rumahnya, dia singgah di kafe untuk makan tengahari.

Yoongi berhenti memandang remaja lelaki tadi apabila jurukaunter kafe itu menghulurkan duit baki. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu keluar dari hospital tersebut.

Sejurus keluar, dia mengeluarkan sepuntung rokoknya lalu dengan tenang dia mengeluarkan pemetik api. Sedang dia hendak menyalakan rokoknya, tangannya seperti biasa, terhenti melihat tulisan yang diukir cantik pada pemetik apinya.

[C] Serendipity | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now