Here we are again

2.2K 260 8
                                    

p/s : Long chapter.

--

"Tak sakit langsung? Jinjja?" tanya Jimin, tidak percaya apabila Jungkook dibenarkan daftar keluar dari hospital dan Jungkook kelihatan tenang ketika berjalan di sebelahnya ketika mereka melangkah keluar dari hospital tersebut. Jungkook mengangguk tenang.

"So, now what?" tanya Yoongi, memandang Hoseok yang jalan di sebelahnya, dan mereka terlebih dahulu di hadapan berbanding maknae line. Hoseok diam seketika sebelum membalas pandangan Yoongi.

"Cari Joon dengan Jin hyung lah" kata Hoseok. Mereka berdua diam, kembali memandang hadapan sebelum Yoongi kembali bersuara. "Gumawo"

Hoseok menoleh, keliru mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Yoongi tiba-tiba. Yoongi diam, memandang pemetik api di tangannya yang kini separuh hitam akibat terbakar. Senyuman lemahnya terbentuk.

"Nampaknya kepercayaan hyung dekat Bangtan taklah tinggi sangat. Hyung hampir tak dapat jumpa korang lagi disebabkan tu" kata Yoongi kemudian dia memandang Hoseok yang masih keliru. "So terima kasih sebab jadi orang pertama yang nak satukan Bangtan balik" sambungnya.

Hoseok terdiam agak lama sebelum tersenyum dan mengangguk. Sejurus Yoongi kembali memandang hadapan, senyumannya seakan hilang. Wajahnya kelihatan risau tetapi kembali hilang wajah itu dengan satu senyuman apabila Taehyung datang dan memeluk tengkuknya.

"So~ Nak cari diorang dekat mana?" tanya Taehyung, memandang Hoseok. Yoongi turut memandang Hoseok untuk menunggu jawapan kepada soalan yang sama. Hoseok diam seketika.

"Hm... Kita--"

"Eoh? Jin hyung!" Hoseok, Taehyung dan Yoongi segera menoleh apabila terdengar suara Jimin dan Jimin menunjukkan ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak. Mereka semua memandang kereta itu, dan memang betul. Jin berada di tempat duduk belakang, tunduk memandang peha. Semua menjadi terkejut lantas Hoseok berlari dahulu mengejar kereta itu diikuti Bangtan yang lain.

"Jin hyung!!" jerit Hoseok namun usahanya sia-sia apabila lariannya semakin perlahan dan akhirnya mereka berhenti tercungap-cungap apabila kereta itu memasuki simpang.

Jin yang sedang menatap botol kaca dalam pegangannya itu tiba-tiba sedikit tersentak dan dia sendiri terkejut dengan pergerakannya. Dia diam seketika, dia mula merasakan seperti ada yang memanggilnya. Dia dengan perlahan menoleh dan memandang kebelakang, melihat jalan yang mula menjauh.

Jin memandang ke belakang begitu lama sehinggalah dia mengeluh kecil, dan dia duduk seperti biasa serentak dengan keretanya itu berhenti pada lampu isyarat. Dia diam seketika, sebelum kembali memandang botol kaca di tangannya itu. Sebuah teksi berhenti di sebelah keretanya membuatkan dia hilang fokus lalu memandang teksi di sebelah itu.

Kelihatan seorang lelaki sedang bersandar pada penyandar tempat duduk belakang, kepala berpaling dari pandangan Jin jadi Jin hanya menganggap lelaki itu sedang tidur. Jin memandang lelaki itu agak lama, sebelum tiba-tiba dia tersentak kerana botol kaca itu terlepas dari tangannya. Dia lantas tunduk untuk mengambil botol itu di tempat letak kakinya.

Namjoon membuka mata, lantas tiba-tiba menoleh ke arah kereta di sebelah teksi yang dinaikinya itu. Kelihatan seorang lelaki sedang tunduk membuatkan hanya sebahagian belakangnya kelihatan di tingkap di tempat duduk belakang kereta mewah itu.

Namjoon kembali memandang hadapan apabila teksinya mula bergerak dan Jin bersandar semula apabila pemandunya kembali memandu pergi dari lampu isyarat yang sudah bertukar hijau.

~~~

Mereka berlima jalan di sisi jalan itu tanpa arah, masing-masing senyap memikirkan cara untuk mereka berjumpa dengan Jin dan Namjoon. Sedang mereka senyap berjalan, tiba-tiba Jimin terpandang kedai aiskrim tempat dia bekerja sebelum ini.

[C] Serendipity | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now