A spark of memories

2.3K 288 9
                                    

"Bogoshipda"

"Yah, Jungkook tak nyanyi!"

Bunyi mereka ketawa.

'Yah, Jeon Jungkook! Nyanyilah sekali'

"Araseo, araseo"

Suara-suara itu memasuki ruang fikiran Jimin sewaktu dia menatap dia orang lelaki yang dia tak kenali di hadapannya itu. Yang pasti dua lelaki tersebut sangat-sangat familiar, dan aura mereka memberi Jimin keselesaan.

"Jeon Jungkook.." Jimin menyebut perlahan nama yang kedengaran di dalam mp3 recordnya. Jungkook terkejut mendengarnya lantas dia mara ke hadapan sedikit.

"Nae, hyung" jawab Jungkook. Jimin terus terkejut, dan dia membalas pandangan Jungkook. Jungkook kelihatan yakin.

"Ni Kook, Jiminie hyung" kata Jungkook.

Jin mematikan enjin van mereka selepas mereka tiba di satu karnival yang terletak di kawasan funfair, seperti yang dicadang. Mereka memandang ke luar tingkap, melihat ramai orang memenuhi karnival itu, secara langsung membuat mereka teruja.

"Yah, kaja!" kata Jungkook, semangat dan baru sahaja dia dan yang lain hendak keluar, Namjoon yang terfikir sesuatu tiba-tiba memberhentikan mereka.

"Korang, kejap" kata Namjoon. Sejurus semua memandangnya dia menyambung "macam mana kalau Army datang ramai-ramai dekat kita?" tanya Namjoon, agak risau oleh kerana mereka ialah public figure. Semua terdiam seketika sebelum Taehyung memberi kata-kata positif.

"Ey~ Tak lah. Kita jauh dari bandar, tempat ni kalau ada Army pun, mesti takkan ramai" kata Taehyung. Mereka terfikir bahawa kebarangkalian Taehyung itu betul, membuatkan mereka kembali bersemangat. Mereka ketawa kecil selepas secara tidak sengaja bersependapat lalu mereka melangkah keluar dari van tersebut.

~~~

Namjoon berbaring lantai ruang tamu di apartmentnya, memandang rantai yang sedang dipegang oleh tangan kirinya. Dia menenung loket berbentuk bintang bewarna hitam itu tanpa henti, tanpa sedar dahinya sedikit berkerut. Dia menterbalikkan loket itu, menampakkan tulisan bewarna putih tertera di belakangnya.

'Bangtan ; 7 is 1'

"Bangtan, seven is... one?" Namjoon bermonolog perlahan, keliru dengan ayat yang tertera itu. Dia menatap lama sebelum mengeluh berat dan memandang siling. Dia tak tahu apa perasaannya saat itu, tetapi satu perkataan yang mampu keluar dari nafasnya ialah

"Bogoshipda" bisik Namjoon. Dia tak tahu mengapa, tetapi hampir sepanjang hari dia keluhkan perkataan itu. Entah apa yang dia rindukan, dia sendiri keliru. Dia memandang kipas silingnya yang tak berputar itu sangat lama sebelum sekali lagi mengeluh dan dia menukar posisi kepada mengiring menghadap sofa.

Matanya tertangkap pada sesuatu di bawah sofa membuatkan dia tertanya-tanya. Dia mencapainya dan ianya ialah sekeping gambar polaroid dia dan Jackson yang mereka ambil sewaktu di German suatu masa dahulu.

Namjoon tersenyum kecil, terasa rindu dengan kawannya yang seorang itu. Sejurus itu baru Namjoon terfikir, mungkin dia menyebut perkataan 'rindu' itu berulang kali kerana Jackson.

"Bogoshipda" kata Namjoon, tetapi kemudian fikirannya seolah-olah mengimbas satu memori pendek di mana seorang lelaki menunjukkan gambar polaroid kepadanya, dan lelaki itu bukan Jackson.

Namjoon sedikit terkejut, dan matanya terus terpaku pada kepingan polaroid itu. Dia cuba ingat kembali memori itu tetapi malangnya memori yang terimbas terlalu pendek, membuatkan Namjoon tak dapat ingat apa-apa berkaitan dengannya.

[C] Serendipity | BTS Malay FanficWhere stories live. Discover now